Khamis, 2 Ogos 2012

duty kat mersing



1.Hari Rabu pertama setiap bulan macam biasalah aku ne duty kat Pejabat Penerangan Mersing..duty kat pejabat penerangan mersing ni mula dah lama dah sejak tahun 90an lagi, antara sebab utama sudah tentu memikirkan jarak yang begitu jauh antara Kluang dengan Mersing  maka Perkeso Kluang ambil inisiatif membuka kaunter setempat di pejabat penerangan mersing..ni pun untuk memudahkan penduduk mersing.endau,tengaroh, jemaluang dan tanjung gemuk rompin berurusan dengan pihak perkeso.


2.Maacam baisala kalau duty kat mersing ni aku ne turun seawal pagi dari rumah..jarak perjalanan ambil masa 2 jam jugakla lau de banyak lori..jalan plak bengkang bengkok..tambah lagi aku drive ala2 siput sedut hahaha lagi la lambat sampai...paling lambat ne turun pun sebelum kul 7.00 pagi..kalau tak jam 6.30 pagi dah  gerak jalan dah..jalan seawal pagi ke mersing macam nak pi genting highland hehehe kabus tebal gak woooo



3.Macam2 ne pun nak ne sampai kat pejabat penerangan sebelum kul 8.00 pagi terrr..penat beb drive!!! Namun..Alhamdulilah kehadiran masyarakat setempat tidak menghampakan..mereka sememangnya mengambil peluang ini dengan baik sikit sebanyak leh hilangkan penat lelah aku drive..mereka pun lagi untung pelbagai urusan boleh dilakukan dengan mudah tanpa pergi ke pejabat perkeso kluang yang jaraknya agak jauh dari mersing.



4.Kaunter setempat ni bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang..pada setiap rabu pertama setiap bulan,hm terima kasihla jabatan penerangan mersing sejak dulu lagi bagi bilik dan tempat yang selesa buat aku dan the geng bertugas disitu..hehehe sesuai dengan jabatan penerangan sebagai pusat maklumat rakyat hm hm..


5.Hari ni jugak aku sempat melawat kembali waris mangsa kemalangan maut yang dirempuh kereta semasa dalam perjalanan nak masuk kerja kat ILP mersing..hehehe aku rasa masuk paper terrrrr..


6.Balik dari duty kat pejabat penerangan mersing aku singgah beli kerepok loosong jap..bulan puasa ni depa tutup awal beb..kerepok pun depa tak buat banyak..


er er masa aku duty kat pejabat penerangan mersing ni sempat jumpa geng konvoi merdeka jabatan penerangan hehehe


hehehe rest sat..lepas solat kat masjid jamek mersing :)


1 ulasan:

  1. salam...
    nak tanya sebtulnya jarak dan masa dari kluang ker mersing berapa yer..??kluang dari econsave dan mersing di TM mersing..??TQ

    BalasPadam