Rabu, 9 Januari 2013

naik bosan aku nak kesan depa yang tak hantar borang 117!!!

1.Dalam 2-3 hari ni aku sibuk sikit tambah2 lagi aku kena mengesan saki baki penerima pencen penakat perkeso dan juga penerima pencen faedah orang tangungan perkeso yang masih lagi gagal mengemukakan borang 117!!! Aku pun tak faham pasal apa la depa ni tak nak hantar borang 117 tersebut..pelik bin ajaib padahal mereka juga yang menerima pencen bukannya aku!!!depa yang dapat duit tiap2 bulan..takkan tu pun lupa!!untuk yang uzur apa nak buat..yang uzur aku tak kisah leh aje pi..

2.Adehhhh tiap2 tahun macam ni letihla..sepatutnya mereka penerima pencen tahu tanggungjjawab mereka...hmmm susahla lau macam ni..kita plak bersusah payah nak mengadap depa ni..aku banyak lagi kerja lain nak buat!siasat kes pun nak diutamakan...

masuk ladang hari2 aku trik ni ...
3.Tapi kalau melibatkan keuzuran tak dak masalah..tak ralat aku pi cari walaunpun dalam ladang mana sekali pun...yang sakit hati tu aku pi cari jumpa dok lepak kat kedai kopi..bila tanya kenapa tak nak hantar borang 117 BOLEH PLAK JAWAB MALAS NAK HANTAR..adehhhh macam nak bagi je penyepak atas muka bagi orang jenis begini..nak kat bodoh pun ye bangan pun tepat sekali..gila pun boleh jugak masuk dalam kategori ni!yang pindah rumah tak kemaskini 117 lagi la buat sakit hati adehhhh pi pi dah pindah..dah la pindah tak update alamak plak..dah la tak update alamat lagi haru borang 117 pun tak hantarrrrr aku pi mengadap je la rumah kosong dah la jauh!!!

2 ulasan:

  1. Assalam...
    saya nak tanya tentang pencen ilat kerana saya telah menghadiri sesi temuduga wakil perkeso dan jemaah doktor tapi wakil doktor lebih bertanya sbb apa saya tidak bekerja seolah2 sy sengaja berhenti kerana menghidap kencing manis. Sebenarnya saya telah ditamatkan perkhidmatan pada september 2009 kerana masaalah kesihatan kerana saya pernah mengalami kemalangan motorsikal pada 2007 dan selama bekerja 25 tahun saya ada mencarum dgn perkeso. Selama 3 tahun sya berniaga cendol di tepi jalan demi menyara keluarga. Untuk pengetahuan pihak tuan pada 26 hb oktober 2012 kaki saya telah dipotong hingga ke pangkal peha dan saya telah kehilangan sumber pendapatan untuk mencari rezeki dgn kos hidup yg kian meningkat.. kemuskilan saya kini adakah saya layak menerima pencen ilat? Sbb pihak doktor kata dalam pertimbangan dan akan bincang.. terima kasih

    BalasPadam
  2. wasalam:
    1.Untuk makluman puan hal2 berkenaan pencen Ilat ada saya poskan dalam post bertajuk berkaitan pencen Ilat dan disitu telah diterangkan panjang lebar..cuba rujuk semula.

    2.SEKALI LAGI SAYA NYATAKAN HAL2 BERKAITAN DAPAT ATAU TIDAK PENCEN ILAT BERGANTUNG ATAS KEPUTUSAN JEMAAH DOKTOR YANG PAKAR DALAM BAB2 ITU DAN IANYA BUKAN KEPUTUSAN PERKESO HARAP MAKLUM!

    wasalam

    BalasPadam