Jumaat, 3 Julai 2015

kemalangan semasa bercuti bukan bencana kerja@claim socso/perkeso

 
1.Dua hari lepas aku ke Ladang Arami Jaya Nitar dan Ladang Arami Jaya Terosot Mersing..macam biasala siasat kes kemalangan melibatkan tuntutan perkeso/socso..kedua dua Ladang Arami Jaya ini terletak agak jauh juga dari satu sama lain hehe..Ladang Arami Jaya Nitar untuk kelapa sawit dan Ladang Arami Jaya Terosot Khas untuk penanam getah..
 
 
2.Ladang Arami jaya Nitar senang aje aku nak cari dan masuk ke ladang tu...tapi untuk masuk ke Ladang Arami Jaya Terosot aku sesat wakakakaka...terpaksa panggil pekerja depa ambik aku kat jalan besar bawak pi masuk ladang getah tu...baru 2 tahun ladang terosot dibuka untuk tanaman getah kalau tak silap..luas jugakla
 
 
3.Berbalik pada kes yang aku siasat ni agak simple..kemalangan atas urusan peribadi..kena plak pada hari beliau sememangnya mengambil cuti rehat dan tidak bekerja..Jika kemalangan berlaku semasa tidak bekerja dan sudah pasti tidak melibatkan perjalanan pergi/balik kerja atau perjalanan yang tidak berkaitan kerja maka sudah pasti kes tuntutan itu ditolak dan tidak menetapi Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja AKSP 1969. Ingat senario kemalangan jalan raya yang boleh di claim/di buat tuntutan perkeso/socso adalah melibatkan situasi kejadian kemalangan jalan raya semasa bekerja contohnya posmen hantar surat terlibat kemalangan hehehe, situasi kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan juga balik kerja, perjalanan yang berkaitan dengan kerja contohnya kena arah pi meating ka,jumpa pelangan ka bla bla bla dan kemalangan semasa hendak ke tempat makan dan balik makan dalam waktu rehat dibenarnya hehehe kalau hangpa mengular bukan time rehat tak terima kakakaka cedera katak la jawabnya hahaha..bab2 ni ada aku huraikan panjang lebar dalam post2 terdahulu cari sendirilah.
 
 
4.Er er sepatutnya jika kes2 yang dah terang2 bukan bencana kerja yang tiada kaitan dengan kerja tak payah hantorla borang tuntutan kemalangan ke pejabat socso/perkeso..kalau hantor jugak terpaksolah den pi siasat jugak walaupun da kompem2 tahu kes itu tidak diterima sebagai bencana kerja.Hehehe kes siasat ni hari2 ada geng :) kalau da hantar kertas siasatan kena lengkapkan juga walaupun dah tahu kes itu bukan berkaitan kemalangan yang membolehkan tuntutan perkeso/socso dibuat.
 
 

4 ulasan:

  1. Askum, sy ingin bertanyakan kemusykilan.. Sy terlibat dalam kemalangan motosikal semasa pulang dari kerja..Dan mendapat mc selama 2 bulan dan masih mendapatkan rawatan susulan disebabkan keretakan di bhagian pergelangan kaki dan luka yg agak dalam..
    Persoalan saya..
    1) company memberikan entitled kepada setiap pekerja selama 14 hari mc dan 16 hari untuk annual leave.. Selama sy mc, company telah menolak mc dan annual leave sy untuk dibayar gaji..Dan selepas itu unpaid..patut kah company melakukan sedemikian?
    2) jika sy ingin membuat tuntutan socso, ia diambil kira dari tarikh sy kemalangan(yg terdapat di Surat mc) atau tarikh unpaid oleh company?

    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..
      1.Tuntutan kemalangan hendaklah dibuat secepat mungkin melalaui pihak majikan yang perlu melapor kemalangan pekerja kepada pihak perkeso dengan mengunakan Borang 21 dengan KADAR SEGERA.

      2.Bayaran MC adalah bermula dari tarikh MC yang tuan perolehi...dan ianya bergantung sama ada tuan bekerja dalam tempoh MC atau tidak...jika tuan bekerja dalam tempoh MC maka MC tidak akan dibayar...sebaliknya jika MC tuan tidak hadir beker dengan kata lain rest ajeeee kat rumah hehehe akan dibayar tuan.

      3.Berkenaan peraturan syaraikat ia tertakluk pada undung2 pekerja/buruh dan ianya dibawah bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja tuan.

      wasalam

      Padam
  2. Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya, jika kemalangan semasa berkerja diluar spt berjumpa dengan pelanggan.
    Situasi:
    Hari pertama.. berjumpa dengn pelnggan di pulau pinang kemudian pada keesokkan hariya akan berjumpa dengan pelanggan di perak.. namun begitu, tempat penginapan sebelum berjumpa pelanggan di perak adalah di cameron. Sewaktu hendak pergi ke tempat penginapan berlaku kemalangan dan patah kaki.. adakah boleh diclaim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam puan Eza.
      1.sory banyak2 puan lewat sikit nak jawab ni hahahahaha harap tidak dimurkai.
      2.Boleh puan!!!asal ianya ada kaitan dan kerana bekerja tak jadi masalah lalu mintalah majikan puan Eza buat laporan kemalangan pada pihak perkeso dengan kadar segera!!!
      3.Inshallahs elebihnya serah pada pegawai penyisat perkeso yang akan buat siasatan hehehe

      Padam