Selasa, 29 September 2015

cubaan seorang designer@tuntutan penyakit khidmat socso/perkeso

1.Hari ni aku siasat satu kes tuntutan penyakit khidmat perkeso..tuntutan penyakit khidmat ini berkaitan dengan masalah hilang pendengaran..tentang berkaitan tuntutan2 penyakit khidmat dan prosedur tuntutan boleh lah kalian rujuk pada post2 aku yang lepas..dah banyak post berkaitan tuntutan penyakit khidmat kat blog ni..cube la cari.. dan dah acap kali juga aku nyatakan kat sini bahawa untuk membuat tuntutan ini perlu tahu apa punca2 yang menyebabkan masalah hilang pendengaran itu berlaku..adakah kerana masalah semulajadi atau betul2 masalah yang berpunca dari kerja?Jika berpunca dari masalah semulajadi atau tidak berkaitan dengan kerja maka janganlah dibuat tuntutan sebegini..usahlah mencuba-cuba kerna ia hanya perbuatan sia-sia sahaja..kita tahu bro hahahaha..namun jika ianya betul2 disebabkan dan berpunca dari kerja maka kita amat-amatlah mengalu alu kan..itu hak kalian..mesti tuntut beb.
2.Kes yang aku siasat hari ni beliau bekerja sebagai seorang designer tugasnya melukis pelan untuk membuat sofa sahaja...hari2 kerjanya lukis pelan..tak terlibat langsung dalam bahagian production..bahkan tiada penggunaan mesin pun kerana pelan yang dilukis secara manual dan langsung tidak bising...suasana persekitaran tempat beliau bekerja juga langsung tidak bising..ahhh jika tidak bising mengapa di cuba juga untuk membuat tuntutan???inilah masalah yang sentiasa aku hadapi percubaan percubaan yang langsung tiada kena mengena sebegini bukan sahaja merugikan masa bahkan ianya satu percubaan untuk membuat tuntutan palsu yang tidak kena mengena langsung dengan kerja hakikinya..tapi apa nak buat bila tuntutan dibuat siasat tetap kena lakukan hahaha..tak pa la aku suka dan mengemari bab2 siasat ni hahahaha..bukan baru pun dalam bidang ni hehe..hm sebelah siang siasat kes..sebelah malam kadang kala jadi burung hantu kakakaka sesekali berbakti pada penduduk taman apa salahnya hahaha..
3.Siasat punya siasat rupa-rupanya beliau telah lama hilang pendengaran sejak usia muda seawal usia 20 tahun dan pernah menjalani pemdehan di telinganya..bila ditanya mengapa buat tuntutan..beliau hanya tersenyum..pehhhhh ai ai ai..sabor aje la..nak marah tak boleh hahahaha...senyum aje la hahaha..Ikhaskan kerja insyaAllah ada ganjaran menunggu hehehe..ni bukan nak menunjuk ni hahahaha ni bukan cubaan woooo kikiki
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan