Khamis, 3 September 2015

Fanconi Anemia@lagi kekeliruan dalam membuat tuntuan perkeso


1.Salam Geng..semalam aku ada siasat satu kes tuntutan Penyakit Khidmat yang berkaitan sakit disebabkan pekerjaan..berkenaan Penyakit Khidmat ini dah berulang kali aku catatkan disini dan tak kan jemu memperkatakan dan berkongsi maklumat berkenaan jenis tuntutan ini, kerana aku percaya ribuan pekerja masih tidak faham2 berkenaan jenis tuntutan ini..aku berharap sangat mana2 pegawai Sumber Manusia syarikat yang terbaca catatan 'jalanan'aku ni agar berkongsi sikit dengan pekerja bawahan kalian semua..hahahaha catatan jalanan yang tak didendang wakakakaka..muga2 menjadi bakti yang menyumbang pahala pada aku di kemudian hari...
 
2.Penyakit Khidmat seperti yang aku sering dok cakap dengan kata mudah ia penyakit yang disebabkan pekerjaan(kerja)yang kita sering lakukan sehari hari semasa bekerjala bukannya kerja kat rumah tuuuu..lama2 kesanyanya menyebabkan kita pekak kalau bekerja ditempat yang bising hehehe tu sebagai contohla..banyak lagi la contoh2 mudah hm hm andainya hangpa kerja sentiasa hari2 perlu angkat barang2 berat lama2 dapat sakit slip disc.,PID hahaha sakit belakang dan lain2 lah..itu juga Penyakit Khidmat..ooo sat2 Penyakit Khidmat yang aku maksud kan kat sini dalam konteks berkaitan tuntutan perkeso hahaha jangan dok pikir bukan2 plak hahaha..
 
                                          GambaQ sekadar Hiasan Je
3.Berbalik pada kes yang aku siasat semalam..siasatan sahaja mengambil masa lebih kurang 3 jam..lenguh jenuh mulut dok bla bla bla..banyak menyoal itu dan ini tapi bila tulis hahaha nak panjang2 dah tak larat beb penat..aku kongsikan sebagai untuk perkongsian maklumat dan supaya tak terkeliru lagi selepas ini..ok kes ini pada mulanya pekerja mendakwa mengalami sakit lutut dan sering bengkak lutut sebab kerja berdiri tu dakwa pekerja la..biasala depa dakwa kita siasat la tak jadi masalah tu memang kerja aku la tu..no problem..laporan perubatan sudah pasti dok habaq bab sakit lutut dia je la ada lebam2 dan ada nanah..tapi tu la depa tak tahu bila perkeso siasat bukan sahaja pekerja yang buat tuntutan tersebut sahaja bahkan segala sejarah2 perubatan yang hangpa cube sembunyi cuba rahsia dengan kata lain cuba sorok pun kita di pihak perkeso dapat tahu...hahahaha ada caranya tak kan nak habaq sini ehhh..sesi pertama 1 jam hahaha.. berlalu dengan kisah2 sakit dan bengkak lutut pekerja ni..bla bla bla Lebam bla bla bla sering Lebam..ok.
 
                                               GambaQ sekadar Hiasan Je
4.Masuk pusingan kedua baru giliran aku buka fakta..slow slow slow 'menikam dalam' tapi still cool dan bersahaja kita di perkeso sentiasa 'mempraktikan sikap terbuka layanan mesra' hehehe..pusing sana pusing sini barulah akhirnya selepas 2 jam beliau mengakui yang sebenarnya beliau mengalami sakit Fanconi Anemia yang kronik.FULL STOP!Apakah Fanconi Anemia berkaitan dengan kerja???sudah tentu tidak..Fanconi Anemia yang beliau hidapi adalah satu jenis penyakit menyebabkan berlaku kekurangan darah merah dan darah putih..berkaitan dengan sumsum tulang,menyebabkan kurang daya tahan organ2 dalam badan.penyakit ini menyebabkan jika pekerja ini tercedera ia akan lambat untuk pulih kalau berdarah lambat nak kering..mudah lebam dan sakit2 lutut dan kaki..dan sekarang ini bertambah kronik dimana mata kirinya telah hampir buta dan mata kanannya telah kabur dengan teruk...beliau juga perlu mendapatkan rawatan secara berkala dan sentiasa perlu mengambil ubat pada setiap hari.Nasihat saya pada beliau agar kuat kan semangat..terus hidup dengan tabah dan bekerja dengan bersemangat. Untuk penyakit jenis sebegini kami di pihak perkeso er er secara individu dan secara peribadi (tidak mewakili organisasi tempat aku kerja) aku nasihatkan pekerja ini agar membuat tuntutan Pencen Ilat kerana sakit yang beliau hidapi ini tidak releven dengan tuntutan Penyakit Khidmat sebab punca penyakit tersebut bukannya disebabkan kerja/pekerjaan yang beliau lakukan...InshaAllah dibawah Skim Ilat beliau boleh memohon Pencen Ilat dah berpeluang untuk mendapatkanya InshaAllah ia bergantung pada kelulusan Jemaah Doktor..InshaAllah dibawah Skim Pencen Ilat pekerja ini akan memproleh pelbagai faedah yang disediakan pihak perkeso..seprti pencen bulanan,feadah pemulihan dan perubatan dan banyak lagi lah...
 
                                          GambaQ sekadar Hiasan Je hahaha
5.Akhir kata..nasihat aku sebelum membuat apa2 tuntutan pada pihak perkeso sila bertanya pada mereka yang lebih mengentahui jenis tuntutan mana yang patut kita tuntut supaya tidak terkeliru dan tidak membuang masa kalian sendiri. Bagi aku tak menjadi masalah sebab jika hangpa hantar apa sahaja jenis tuntutan aku dengan lapang dada dan dengan gembiranya akan menyelesaikan dan menyiasat kes yang dihantar InshaAllah sedaya upaya dengan secepat yang boleh..sebab aku mencintai kerja yang aku lakukan sekarang..dengan niat membantu para pekerja..stidak-tidaknya mengentahui dan menuntut hak2 yang mereka patut tuntut..sebab itu di blog aku ini aku sering bercerita bab2 kerja lebih dari bab2 peribadi..dengan hasrat jika aku ditakdirkan meninggal dunia nanti hangpa semua tak salahkan aku hahaha... kerana tidak menyebarkan ilmu yang aku ada..itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan