Rabu, 16 September 2015

Operasi Bersepadu PERKESO@OPS KESAN 2015 Daerah Mersing dan Endau Capai Kejayaan Luar Jangkaan!

 
1.Salam Geng..Alhamdulilah pada 14hb hingga 15hb September 2015 yang lalu aku berkesempatan untuk menyertai satu Operasi Khas iaitu Operasi Bersepadu OPS KESAN 2015 yang telah diadakan dengan jayanya melibatkan keseluruhan kawasan operasi Daerah Mersing dan Endau..OPS KESAN 2015 ini adalah satu operasi untuk mengesan majikan2 yang masih belum mendaftar perusahaan mereka dengan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan juga majikan yang masih gagal mendaftar pekerja mereka dengan sPERKESO. Pihak Majikan seringkali dan sentiasa diingatkan agar mendaftar perusahaan dengan PERKESO namun masih banyak yang ingkar dengan pelbagai 1001 alasan yang langsung tidak munasabah..walhal pelbagai program kesedaran,program promosi melalui kesemua media cetak dan elektronik dan terakhir program pemutihan namun kesemuanya gagal untuk membuka hati mereka untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak PERKESO..lantas itu Operasi ini tidak dapat tidak ianya perlu dilakukan dengan segera dan secara menyeluruh.
 
 
2.Maka disebabkan itulah Operasi ini dilakukan secara besar-besaran..Operasi selama dua hari tersebut berjalan lancar dengan sokongan kekuatan 40 anggota PERKESO dari seluruh Johor yang terdiri dari anggota PERKESO dari daerah Kluang, Muar, Batu Pahat, dan Johor Bharu. ianya dilakukan secara besar-besar dan terancang supaya tiada majikan yang terkecuali dan terlepas dalam Operasi pada kali ini. Dengan kekuatan anggota tersebut dan ditambah dengan kekuatan dari maklumat risikan awal yang telah dilakukan sebelum Operasi dibuat hasilnya perjalanan Operasi ini mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali lantas mencapai matlamatnya.
 
 
3.Dalam Operasi selama dua hari tersebut sebanyak 364 Premis Majikan telah diperiksa dan didapati 34 daripadanya masih belum mendaftar perusahaan mereka  dengan pihak PERKESO lantas tindakan Kompaun serta merta telah diambil mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969(AKSP 1969) kerana gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak PERKESO dan sebanyak 7 Kompaun juga dikeluarkan untuk kesalahan dibawah Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) atas kesalahan gagal mendaftar pekerja kepada PERKESO,maka keseluruhan kompaun yang dikeluarkan selama dua hari operasi secara besar-besaran ini adalah sebanyak 41 Kompaun yang mana jumlah amaun keseluruhanya berjumlah kira-kira RM37,500.00.
 
 
4.Operasi ini sudah pasti akan diteruskan secara berkala dan tidak akan terhenti setakat itu sahaja bahkan operasi susulan akan dilakukan secara lebih kerap lagi, ini untuk memastikan keseluruhan majikan yang mempunyai perusahaan/perniagaan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja(tempatan/warganegara Malaysia) wajib mendaftar perusahaan mereka dan wajib mencarum pekerja mereka dengan pihak PERKESO tanpa sebarang kekecualian selaras dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969).
 
 
5.Operasi ini juga dilakukan untuk memastikan kesemua pekerja rakyat/warganegara Malaysia di dalam daerah ini dilindungi oleh pihak PERKESO di dawah skim bencana kerja dan skim keilatan..ini untuk memastikan kebajikan pekerja terjamin jika sekiranya berlaku apa2 jua malapetaka seperti kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan semasa bekerja, kemalangan semasa balik kerja dan juga skim keilatan untuk penyakit2 yang menyebabkan pekerja tidak lagi mampu dan hilang keupayaan untuk bekerja disebabkan penyakit kronik yang dialaminya serta juga penyakit2 yang berkaitan dengan pekerjaan harian yang pekerja lakukan. Ini sememangnya amat penting seandainya tiada caruman PERKESO maka jika berlaku perkara2 yang disebutkan tadi sudah pasti pekerja terabai dari segi kebajikannya..
 
 
5.Justeru suka diingatkan bagi majikan2 yang masih belum mendaftar perusahaan mereka dengan pihak PERKESO dan jika ada 'kemungkinan' masih ada yang terlepas dalam Operasi selama 2 hari tersebut maka segeralah kalian berbuat demikian dengan mmendaftar perusahaan/perniagaan kalian dengan kadar segera sebelum operasi ini tiba di premis kalian, ini untuk mengelakkan tindakan Kompaun serta merta daripada diambil..seandainya team operasi ini tiba di premis kalian dan didapati majikan belum berdaftar dengan PERKESO maka tiada pilihan lain kecuali Kompaun terpaksa dikeluarkan..maka Ayuh segeralah mendaftar perusahaan kalian sebelum terlambat...ingatlah Operasi ini akan berterusan dan tidak terhenti di situ sahaja.
 
 
 6.Operasi Bersepadu OPS KESAN 2015 pada kali ini juga turut disertai oleh Pengurus Unit Penguatkuasaan Ibu Pejabat PERKESO jalan Ampang..beliau juga sempat berkongsi maklumat2 berkenaan penguatkuasaan dan sempat memberi sedikit sebanyak taklimat yang amat berguna untuk meningkatkan lagi Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar dan tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terutama melibatkan Seksyen 4 dan Seksyen 5 Akta tersebut.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan