Sabtu, 12 September 2015

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Persatuan Pandu Puteri Johor

 
1.Salam hari minggu Geng..Alhamdulilah hari ni berluang untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 58, anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor yang diadakan di dataran/laman tasik Kluang.Hmm kiranya Majlis hari ni majlis rasmi geng...hohoho hadir majlis rasmi jika kalian terlibat dalam kemalangan boleh aje buat tuntutan perkeso geng hahaha..majlis rasmi pastinya ianya dilindungi perjalanan pergi dan balik hehehe dengan syarat ianya arahan majikan la..bukan main sesuka hati hangpa nak pi je.Pi secara suka2 tanpa arahan majikan tak leh claim la bro..tu pi 'ada makna' tu kah kah kah mentang2 Pandu Puteri pi dengan niat nak usha awek2 tak leh claim la kah kah kah. (gurau je ehhh)
 
 
 
2. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Johor ini di serikan dengan kehadiran Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustaman (Isteri TMJ) yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu puteri Malaysia Cawangan Johor.Majlis ni mengikut jadualnye bermula jam 2.00 petang...soo jam 1.30 petang dif2 jemputan kena sampaila..so aku macam biasala datang awal jugakla cari tempat parking kereta dulu maaaa..hahahaha ada kad VIP pun kadang2 susah parking jugak maaaa kakaka..kadang2 maunyer ken pusing2 jugak..tapi untuk majlis hari ni Alhamdulilah banyak eh tempat parking..mungkin tak ramai sangat hadirin bekali..so senangla aku letak kereta....siap letak kereta aku pi la tempat majlis tu ,ye la aku ni lelaki yang nak pi Majlis Pandu Puteri sudah semestinya dimonopoli kaum perempuan jadi pi tinjau dulu dari jarak jauh kakakka..agak2 bila dah  ada nampak golongan2 kaum Adam barulah aku pi kakakaka..Alhamdulilah kawan2 yang sentiasa jumpa pada setiap majlis rasmi ada pehhhh tak la kekok jadinya...bila satu kepala senang hahaha..mulanya risau jugak kot2 aku je yang lelaki mau cabut balik aku dibuatnye hahaha.
 
 
 
3.Majlis Alhamdulilah berjalan dengan amat baik sekali..ada persembahan macam2 la..ada pertandingan dan ada pembahagian hadiah..sebab tempat aku duduk agak jauh dari pentas utama jadi tak la dapat tengok semuanya..hahaha pastu macam biasala makan2..dan makan pun macam biasala menunya mihun goreng hahahaha menu tetap ni sentiasa ada hahaha..Alhamdulilah boleh la..kenyang jugak.
 
 
 
4.Majlis habis jam 4.00 Alhamdulilah sempat solat Zuhur hehehe aku dah risau dah takut2 terlepas tadi..sebut pasal majlis rasmi macam aku nyatakan tadi la jika atas urusan rasmi dan sudah pasti atas arahan majikan jika seandainya berlaku apa2 kejadian kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik ianya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso..begitu juga melibatkan perjalanan pergi dan balik untuk menghadiri kursus atau latihan juga boleh dibuat tuntutan dengan perkeso jika berlaku apa2 kejadian kemalangan sama ada semasa perjalanan tadi atau semasa ketika sesi latihan/kursus terma ini terguna pakai khas untuk pencarum perkeso sahaja hehehe..tak carum nak claim tak boleh laaaaa..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan