Khamis, 10 September 2015

Video Cara Mudah Untuk Majikan Mengisi Borang Pendaftaran PERKESO




1.Salam Geng..hohoho kat sini aku lampirkan video cara-cara mengisi Borang Pendaftaran Majikan(Borang 1) dengan PERKESO/SOCSO..hahaha ramai yang dok tanya macam mana nak isi borang ni..tak susah ehhh sonang ja ehhh..ikut aje langkah2 dan tunjuk ajaq dalam video kat atas tu InshaAllah tak de masalah lagi untuk mengisi borang pendaftaran dengan PERKESO..bulan ni mesti ramai yang dok kelam kabut nak cari borang ni dan nak isi borang ni sebab apa???sebab bulan ni adalah bulan September ni merupakan bulan Operasi PERKESO/SOCSO untuk mengesan Majikan yang masih gagal membuat pendaftaran perusahaan/perniagaan mereka dengan perkeso, Operasi Khas ini dinamakan OPS KESAN hehehe.Nasihat aku kat hangpa semua sebelum PERKESO/SOCSO kompaun/dakwa kerana tak daftar perusahaan dan perniagaan dengan PERKESO baik hangpa segera berbuat demikian selagi masa masih ada hahaha..sempat lagi JOM Daftar segera..lagipun kesian para pekerja jika hangpa tak carum mereka kat PERKESO/SOCSO...tak dak la kebajikan mereka beb..kena pulak kalau terlibat dalam kemalangan..aku setiap hari dok siasat kes kemalangan...plz la..bantulah pekerja hangpa.
 
2.Tahniah buat geng2 KIK PERKESO/SOCSO Johor Bharu 2015 yang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan video yang menarik ini..sekali gus berupaya membantu pihak majikan dalam mempercepatkan proses pendaftaran majikan dengan pihak PERKESO...Er er sebenarnya ada satu lagi video cara2 untuk mengisi borang 2 yakni borang pendaftaran pekerja, namun borang 2 tu tak la payah sangat untuk di isi,untuk makluman borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) hendaklah dikepilkan bersama-sama salinan IC pekerja serta SSM/Lesen perniagaan semasa borang2 ini dihantar ke pejabat perkeso untuk tujuan pendaftaran Majikan.
 
3.Hehehe sebenarnya kat blog aku ni pun dah banyak kali dok catat dan dok cerita bab2 pendaftaran majikan dengan perkeso ni..cuba hangpa cari kompem ada..

2 ulasan:

  1. salam tuan. nama saya zaki, kerja di bank of tokyo.
    pada 8th september yg lalu, ketika hendak ke tmpt kerja dalam pukul 8.40 pagi, saya mengalami kemalangan motosikal.
    saya telah mendapat MC selama 4 hari (selasa smpai jumaat) dan ada follow up doctor pada 14hb september ini (isnin)
    akibat drpd kemalangan tersebut, saya mengalami luka2 di kaki, lutut, tangan, dagu dan bibir.
    selain drpd itu, gigi saya juga patah sepenuhnya sebatang dan sebatang lagi patah separuh.
    laporan polis dan traffic sudah dibuat juga.

    sehari spls kemalangan HR ada hubungi saya utk uruskan claim sokso.
    persoalan saya adakah kehilangan gigi saya itu boleh dikategori sbg kecacatan kekal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan zaki..semoga tuan cepat sembuh...hehehe tuan perlu buat tuntutan Hilang Upaya Sementara (HUS) terlebih dahulu iaitu claim cuti sakit tuan...dan jika tuan telah berpuas hati bahawa tuan sudah sihat dan tidak memerlukan rawatand an masuk hospital lagi disebabkan kemalangans emasa hendak datang kerja 8 September lalu maka Tuan boleh lah buat tuntutan kekal,berkenaan tuntutan kekal semua keputusan adalah atas pihak Jemaah Doktor dan ianya tidak langsung dipengaruhi oleh pihak perkeso...jika pihak Jemaah Doktor taksirankan tuan ada cacat kekal maka per sen akan diberi pada tuan dan piha perkeso sudah pasti akan membuat bayaran.

      wasalam

      Padam