Selasa, 27 Oktober 2015

selepas 15 tahun kematian anaknya..Ibu ini akhirnya membuat tuntutan pencen penakat dengan pihak perkeso!

 
1.Bulan ni didatangi seorang mak cik dari satu kawasan tanah rancangan felda..mak cik ini ingin membuat semakan kelayakan caruman arwah anak bongsunya yang meninggal dunia dalam bulan April tahun 2000..tahun 2000 geng..la ni tahun 2015..mak cik ini tidak pasti sama ada arwah anak bongsunya ada mencarum dengan perkeso atau tidak..dari mana mak cik ini ada kekuatan hendak datang buat semakan kat pejabat perkeso ni aku tak tahu la ada orang depa tak ambil tahu, ada malas nak bertanya..macam2 alasan lah..tapi mak cik ini nekad ke pejabat perkeso dan membuat semakan kelayakan caruman arwah anak bongsu yang meninggal dunia tersebut..anak bongsu mak cik ni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang tiada kaitan dengan kerja..masa tu arwah belum kahwin..
 
2.Setelah semakan dibuat didapati arwah anak mak cik ini mempunyai caruman dengan pihak perkeso..dengan kata lain arwah anak bongsunya ini pernah bekerja dan majikannya ada membuat caruman..semakan kemudianya mendapati caruman arwah anak bongsu beliau memenuhi kelayakan faedah pencen penakat perkeso melalui syarat "kelayakan yang dikurangkan"..
 
3.Alhamdulilah bersyukur tidak terkira mak cik ini...bayangkan jika beliau tidak hadir ke pejabat perkeso untuk membuat semakan maka pencen yang sepatutnya beliau perolehi terbiar begitu sahaja tanpa dituntut..adalah menjadi tanggung jawab waris untuk membuat tuntutan pencen penakat ini..seperti biasa jika isteri meninggal maka suami la yang tuntut begitulah sebaliknya ,jika anak meninggal dan belum berkahwin maka ibu dan bapa lah yang tuntut..
 
4.Proses tuntutan segera dilakukan dan mak cik ini telah mengisi dokumen yang perlu dan dalam bulan ini juga bayaran kepada beliau telah dilakukan di mana bayaran faedah pengurusan Mayat (FPM) RM1500 telah dijelaskan bersama-sama tunggakan pencen penakat sejak April tahun 2000 hingga September 2015 pehhhh boleh tahan banyak jugak tunggakan pencen yang di terima mak cik ini,..namun permasalahanya bukan soal tunggakkan bukan soal banyak atau tidak pencen itu..persoalannya mengapa masih ada yang tidak tahu akan hak2 mereka untuk menuntut pencen penakat dari perkeso jika berlaku kematian pada pencarum??15 tahun bukan masa yang pendek...cukup lama..kesian mak cik ni..untuk makluman pencen penakat adalah pencen yang dibayar secara bulanan..dan mak cik ini akan menerima pencen ini setiap bulan sehinggalah beliau meninggal dunia.
 
5.Pelabagai program dibuat oleh perkeso..program ceramah, siri penerangan, promosi melalui media cetak dan eloktronik dan banyak lagi kaedah dilakukan namun ianya masih tidak mampu untuk menarik minat masyarakt untuk mengentahui faedah2 yang disediakan pihak perkeso..kalau dibuat ceramah berkenaan perkeso pun ramai yang berbual2 di belakang..ramai yang tido ramai yang bercakap cakap inilah masalahnya..
 
6.Untuk pencen penakat aku dah banyak kali ceritakan dalam post yang terdahulu...heheh malas nak ulang bagitahu hahaha cari sendirilah

4 ulasan:

  1. salam sejahtera. bapa saya baru saja dapat surat drpd pihak perkeso diberitahu bhw bapa saya tidak layak mendapat pencen ilat sebab dia tidak mempunyai caruman yg mencukupi. nak tanya ada apa cara utk membuat rayuan ya? terima kasih bnyk bnyk

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sejahtera puan semoga bapa puan sentiasa sihat,
      1.Puan kelayakan caruman pencen ilat adalah wajib dan ianya tiada cara rayuan kerana ia bergantung pada caruman yang dilakukan ini bermakna jika tidak cukup jumlah kelayakan caruman maka sudah tentu permohanan itu tidak menepati syaratnya..sebab itu saya sentiasa meminta mana2 pekerja yang bkerja sila pastikan majikan membuat caruman perkeso ini kerana caruman ini lah yang akan membantu kita dikala menghadapi masalah keilatan yang teruk.

      2.Secara peribadi saya cukup bersimpati dengan bapa puan,walau bagaimanapun jika bapa puan mempunyai sekurang-kurangnya 12 caruman ia telah mencukupi untuk memohon bantuan ILAT dimana bantuan ILAT membolehkan pihak perkeso membantu bapa puan dari segi penyediaan alatan pemulihan seperti kerusi roda,kemudahan dialysis,fisioterapi dan sebagai nya

      Sekian terima

      Padam
  2. Assalamualikum..Allhamdulillah sy bru selesaikan tuntutan pencen penakat arwah abah sy..meninggal tahun 2003..tersenyum mak sy..anytime bole g umrah..terimakasih perkeso.

    Sy ada satu soalan..sy pernah berkerja selama 1tahun 5 bulan di sebuah syarikat di KL dan mencarum di perkeso selama sy berkerja(17 bulan)...adakah wakil sy layak membuat tuntutan pencen penakat sekiranya sy mati sebelum usia 55.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam..sama tuan...perkeso sentiasa memberi khidmat yang terbaik untuk para pencarum..

      2.Saya juga cube memberi seberapa banyak maklumat kepada umum supaya kita semua tahu pa hak kita!

      3.Tentang soalan kematian tuan tersebut...jangan la kata macam tu hahaha tak elok..saya doakan tuan panjang umur murah rezeki...jangan sebut pasal mati tuan..

      wasalam

      Padam