Ahad, 18 September 2011

Kenduri kahwin@Kampung Sahari simpang rengam


1.Aku sebenarnya biasa sangat dengan selok belok kampung sahari ni..dalam seminggu ada la 2-3 kali nak ne masuk kampung ni..sejak aku ditempatkan di kluang aku dah menjelajah seluruh pelusuk kampung ladang dan desa..aku rasala aku lebih tahu selok belok dan lorong kawasan depa dari depa sendiri..inilah kerja aku selama 7 tahun disini..lebih2 dari penyiasat polis plak dan lebih kurang posmen nak ne tahu semua lorong2 kecil adehhhh..

2.ops aku ke kampung sahari hari ni sebab de majlis walimatulurus member setugas wife aku ni hah..sebut pasal walimatulurus ni nak ne faham betul2..Aku ingat lagi time kat Universiti sains malaysia dulu aku ambik minor pengajian Islam..dan aku ambik jugakla bab2 munakahah ni..aku lupa pensyarah mana yang ajar..tapi ni lebih kurangnya Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak

ehem pehhhh taib mahmud macam ne dah pregnent ke wife hehehehe..lama x dengar khabar???hari2 tongkat ali ka broooo

3.Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
ehem ehem lau la kenduri kahwin hidang domino pizza pehhhh agak2 keterlaluan ka ???

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

4.Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.

5.Syarat-syarat wajib hadir ke majlis kenduri kahwin:
* Tetamu jemputan itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
* Yang menjemput itu hendaklah beragama Islam.
* Tetamu yang dijemput juga hendaklah beragama Islam.
* Kenduri itu bukan dari sumber yang haram.
* Tetamu jemputan itu tidak menerima jemputan yang lain terlebih dahulu, jika ada, hendaklah dia menghadiri jemputan yang lebih dekat dari segi kerabat.
* Tidak ada unsur kemungkaran dalam kenduri seperti minuman keras dan pergaulan bebas antara tetamu lelaki dan perempuan.

hmmm sedapnye lau leh bantai kueh teow thai kat warung sejahtera kluang hehehe kueh teow thai@kueh teow celuk kata ore kelate :)

6.Hehehe panjang lebar sikit mukadimahnya..hari ni aku ikut my wife ke majlis kenduri perkahwinan rakan setugasnya..hm mulanya kami ingat tak nak pi..my wife cakap dia tak terima jemputan..kad pun x dak hehehe but entah macam mana saat2 akhir pengantin call plak so mahu tak mahu nak ne pi jugak..sebabnya walimatulurus tu wajib hadir tanpa keuzuran beb..

7.So aku bertolak la menuju kampung sahari..hm cuaca yang cukup baik masa itu..

8.Tapi betul kata orang hahaha kusangkakan panas berpanjangan namun hahahaha..baru sampai kat simpang nak menghala ke simpang rengam dah mula dah hujan rahmat turun kakakaka..rahmat untuk sekalian alam dan bertambah rahmat untuk pengantin rasanya hahahaha sejuk beb macam2 leh jadi kakakakakakaka lantak korang la dah halal..

9.Mula2 hujan tak la kuat but huh makin nak sampai umah pengantin makin lebat plak dah adeiiii betul2 rahmat buat pengantin ni..bahagiala depa kuikuikui..lagi bagus lau hujan belah malam kot hahahaha..pe pun dek kerana hujan rahmat yang cukup lebat tu maka terpaksala aku anak bini berkurang dalam kereta dekat setengah jam..tambah2 lagi wife aku ni tak terbawa payung aduhhh lagi sengsara aku duk termenung dalam kereta...

10.tunggu punyer tungu aku dah xleh tahan ni lapaq dengan dah boring hahaha aku pi redah je bawa keta parking tepi khemah makan kakakaka lantak depa nak kata apa aku turunkan anak bini baru aku pi parking tempat lain huwaahahahaha keta kecik je leh redah punyer hahahaha ehem ehem depa ingat VIP kot behenti betul2 depan khemah kaakakakakakakak wakakakakaka

11.Hujan masih tak henti kesian sangat2 kat tuan rumah..nak buat macam mana ...hujan tu rahmat..takpela terima je la...pe pun aku tibai makanan dulu lah!hehehe sedap makanan :)






12.selesai makan hujan masih gak x henti...semua dah becak dah...sian kat depa..sabaq banyak2..nak buat macam ne hujan tak leh nak tahan..



13.Siap makan ingat nak masuk tengok pengantin tapi jap2 depa nak kuar pi makan beradab kot..er er tak jadi masuk dalam umah hehehe jumpa mak pengantin rasanya hehehe entah aku tak kenal hentam ajela


..lepas tu aku blah balik umah..teringat plak kat umah de sidai baju2..aiyaaaa mesti basah punyer maaaaa....er er sampai kluang jalan kering aiyaaa tak hujan alhamdulilah..selamat baju kerja aku :)

Buat pengantin baru so tahniah la...hujan rahmat menyambut kamu..de rahmat tu..agak2 terus dapat zuriat Alhamdulilah..semoga kekal hingga akhir hayat..kekal sehingga terpisah jasad dari rohnya..ye melayari bahtera rumahtangga banyak pancarobanya..x semuanya indah dan x semuanya tidak indah..saling memberi dan saling merasa hahahahaha entah betul entah tak aku bab2 belasah kromo ni johan 3 tahun berturut-turut peringkat pejabat aku la kakakakakakaka

1 ulasan: