Isnin, 12 September 2011

Usah sembunyi fakta sebenar..jika tak tahu bertanyalah broo


1.Hari ni aku ke mersing bersabit laporan berita harian bertarikh 9 september, yang mana melaporkan kesengsaraan yang dialami oleh bekas Ahli dewan pemuda PAS mersing, Azman Sabtu 37 tahun yang man beliau menetap di kampung bahagia mersing.Menurut laporan tersebut beliau telah dibantu oleh ketua pemuda UMNO mersing yang memberi bantuan kewangan dan kerusi Roda.Beliau juga mendakwa tidak pernah di kunjungi mana-mana pihak sebelum ini dan tidak dibantu mana-mana pihak.

2.Bertolak daripada laporan berita tersebut, aku dan my bos segera membuat siasatan dan didapati maklumat yang dilaporkan di dalam berita Harian Edisi johor bertarikh 9 september tersebut adalah tidak benar sama sekali!!!!!langsung tidak benar!Apa yang aku kesalkan kebenaran tidak dinyatakan dengan hakiki!!!!

3.Didalam loporan itu juga ada dinyatakan yang ketua pemuda UMNO mersing merasa kesian melihat Azman Sabtu yang lumpuh mengunakan kerusi roda yang buruk dan usang..juga tidak benar sama sekali!

4.Setelah siasatan dilakukan inilah yang sebetulnya!!!Azman sabtu bekas Ahli Jawatankuasa dewan pemuda PAS mersing telah kemalangan di luar waktu kerja di Endau..Namun Oleh kerana kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu begitu teruk yang menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap, Oleh yang demikian pihak PERKESO Kluang telah merujuk kes ini ke Jemaah Doktor (JD)Hospital Kluang dan beliau telah disahkan menghidapi Keilatan lalu telah diberi Pencen Ilat seumur hidupnya yakni selagi menghidapi keilatan...dengan kata lain pencen secara bulanan!!!Bukan itu sahaja pihak PERKESO Kluang juga telah memberi Elaun layanan sentiasa (ELS) iatu satu Elaun Khas yang diberi kepada penjaga Azman Sabtu untuk menguruskannya dalam kehidupan harian!dengan jumlah pencen yang cukup besar dan ditambah elaun layanan sentisa maka tiada sebab beliau mendakwa tiada orang/agensi yang datang menjenguknya!!!!tak kan lah kita nak jenguk tiap2 hari beb!
hmm lepak jap kat rumah Azman sabtu..mana dia pi aku pun tak tahu..

5.Pihak PERKESO Kluang juga telah memberi kerusi ROda yang baru..Oleh itu saya cukup hairan kenapa beliau mengunakan yang buruk?????baru sahaja diberi tak kanlah dah buruk beb...Kami juga memberi lampin pakai buang secara berkala...tandas bergerak lagi tuuuuuu....Oleh yang demikian secara peribadi aku cukup kesal dengan laporan yang tidak berasas tersebut!

6.Pun begitu aku dan my bos pergi juga buat lawatan ke mersing lebih tepat lagi kerumah Azman sabtu pada hari ni juga sempat berjumpa wartawan yang menulis cerita tersebut...dan aku bagila sedikit sebanyak Info kat wartawan ni..nak tulis cerita kena ada etika beb...sekurang kurangnya dapat lah maklumat dari pihak kita dulu..jangan duk pakai sebelah pihak je brooo..wa pun de banyak kerja nak buat broooo

7.layan anak aku main gitar lagi best...dunia dunia..banyak sandiwara...mengambil kesempatan dalam kesempitan Insan lain..pehhh lagi tenang dapat layan kerenah anak2 aku ni
Nur Qaleesya humaira...

Nur Qaisara humaira..cool bebeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan