Isnin, 6 Ogos 2012

putus tangan dek kecuaian


1.Masuk kerja pagi ni bos aku bagi taklimat berkenaan sistem baru hehehe..bla bla bla sepatah haram aku tak faham wakakakakaka..mungkin sebab benda tu belum dipraktikan jadi depa terang walau macam manapun tak leh kita nak bayangkan..silap2 bayang sat g terbayang plak neelofa lagi haru kakakaka dah le bulan2 puasa ni..


2.Lepas taklimat tadi, aku dengan my bos ke kampung melayu batu 4 paloh, paloh ni dalam parlimen sembrong kalau hangpa tertanya tanya mana paloh hehehe, kat sini aku dah biasa masuk ke felcra paloh tu..hm jalan sini lau malam2 sunyi beb..tak berani aku nak keluar malam2..langgit dah gelap semacam nak hujan je..dalam setengah jam kemudian tibalah kami ke rumah Mansor Talib yak ni tempat kami nak tuju hari ni..Al kisah Pakcik Mansor ni kerja kat salah sebuah kilang sawit kat paloh..besaq jugak la kilang sawit tuuu..nun jauh disana..sunyi gak la jalan nak pi kilang sawit ni..pehhhh malam2 kompem aku tak pi punyer lah!sesampai diperkarangan rumahnya aku dengan my bos disambut mesra oleh pakcik ni..mungkin dalam kesakitan lagi gamaknya..but dia still cool..senyum tetap senyum beb..lalu mula la kami bertanya itu dan ini..


 kusyuk gak dengar cerita pakcik ni...


3.Pakcik ni kerja sebagai chargeman kat dalam kilang sawit tu..nak dijadikan cerita masa tengah2 beliau bekerja tiba2 satu mesin yang beliau jaga jem terhenti sebab tersekat oleh router..lalu dengan selambanya pakcik pi buangla apa yang tersekat kat mesin tu tanpa matikan suis terlebih dahulu..bilamana router yang tersangku itu dapat buang maka secara tiba2 mesin itu bergerak tanpa sempat pakcik ni keluarkan tangannya..lalu tanpa rasa bersalahnya dan tanpa segan silunya mesin ni meratah lengan kanan pakcik ini zapppppp..habis putus!!!!dalam sekelip mata...



4.dulu dengan tangan kanan itulah pakcik ni buat apa sahaja kerja..la ni itu hanya tinggal kenangan, kejadian ini baru saja berlaku..dikala umat islam dah nak hampir menyambut lebaran..ada lebih kurang 2 minggu lagi..maka berayala pakcik ini tanpa tangan tahun ni..betul ini mungkin telah ditakdirkan namun faktor kecuaian manusia menyumbang 99% kecelakaan dalam kes ini..kesian aku tengok pakcik ni..


5.Mungkin juga sebab pakcik ni dah 22 tahun bekerja dalam kilang sawit ini jadi mungkin beliau dah terbiasa dengan cara kerja sebegitu..apa nak buat hari tu nasib beliau sedikit malang..maka jika dulu beliau bukan OKU kini beliau dah OKU..


6.Masa aku jumpa pakcik ni hari ni beliau cool beb..cool se coolnya hehehe..apa nak buat benda dah nak jadi katanya..beliau dapat terima hakikat dengan amat baik sekali..tak merungut jauh sekali menyesali apa yang berlaku..bahkan aku pelik tak dak plak pakcik ni trauma dengan apa yang berlaku..cuma rakan2 sekerja yang melihat kejadian itu sememangnya trauma yang amat sangatla..ada pekerja yang terbayang -bayang pakcik ni baru terlibat dalam kemalangan di tempat mereka didepan mata mereka walhal pakcik ni dah lama berehat dirumah akibat kejadian itu.. maka sahla rakan sekerja pakcik ni trauma la tu...


7.Cuma apa yang membimbangkan beliau keadaan isterinya yang masih mampu menerima hakikat apa yang berlaku keatas paknik ini..biasala isteri mana yang tak sayang suaminya kan kan kan beb


8.Hari ni kami sekali lagi ke rumah pakcik ini untuk menyampaikan cek bayaran faedah hilang upaya sementara kepadanya..dengan harapan sedikit sebanyak ia mampu meringankan beban yang ditangungnya..tambah tambah lagi hari lebaran bakal menjelma..selain itu kami juga cuba usahakan untuk mendapatkan anggota tanggan palsu dengan kadar segera untuknya..kami akan buat apa yang termampu untuk membantunya mengikut faedah2 yang beliau layak sebagai pencarum perkeso..


10.Betul kata orang walau lama mana pun kita kerja walau macam mana cekap sekali pun kemahiran kita namun sedikit kecuaian kompem mengundang padah yang tak terkata azabnya..
deyyyyyyy i pun cool apaaaaaaaa..hehehe patah kaki takpa tapi rambut punyer stail mesti jaga apaaa.. adehhhh sempat lagi budak ni pening aku mcm2 ragam la depa ni


2 ulasan:

  1. ngeri nyerrr

    p/s jemput empunya blog ni utk join GA sy! ;-)

    BalasPadam
  2. puan Khairin:thanks er er lagi ada gambar lebih mengerikan tapi tak leh nak uplod kat sini :)

    BalasPadam