Isnin, 17 Disember 2012

Angkara lembu pemuda patah kedua-dua tangan


1.Dalam banyak2 kes yang aku siasat hari ni aku lebih tertarik pada kes yang berlaku kat Felda Kahang Barat ni..kisahnya angkara peternak lembu yang tidak bertanggungjawab di Felda Kahang Barat yang melepaskan lembu peliharaan mereka berkeliaran kesana dan kemari sesuka hati dan sesedap rasa telah menyebabkan seorang pemuda patah kedua-ddua belah tangan akibat motorsikal yang ditunggangnya merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan..ayat standat sikit aku guna wakakakakakakaka..ini kisah benar bukan rekaan wooooo

2.Sebenarnya banyak dah kes yang aku siasat melibatkan kemalangan motorsikal melanggar lembu dikawasan ni..nak salahkan lembu sememangnya tak patut sama sekali la sebab lembu tak de akal fikiran..maka secara tak langsung yang salah adalah tuan punya lembu yang berfikiran sama tak de akal macam lembu peliharaannya!lembu ni tak de nama kalu ade nama senang nak tahu plak lembu ni kepunyaan siapa senang kita nak pi saman pemilik lembu yang tak bertanggungjawab ni .hahaha.harus diingat angkara lembu berkeliaran di tengah jalan ini boleh menyebabkan nyawa melayang beb..dan menjadi kesalahan membiarkan lembu berkeliaran di jalan raya..bahaya wooooo

3.Pemuda ni yang dalam perjalanan balik dari tempat kerja telah melanggar lembu yang dilepas bebas itu yang secara berkumpulan secara tiba2 lintas jalan akibatnya pemuda ini telah koma er er pengsan ditempat kejadian..manakala lembu yang dilanggarnya telah mampus juga ditempat kejadian...lembu mampus takpa sebab tuan dia tak bertanggungjawab..tapi kesian jugak kat lembu yang tak bersalah itu jadi mangsa angkara tuan si lembu itu sama perangai dan mentalitinya dengan lembunya..kalau dia bijak dia tak lepaskan lembu malam2 diatas jalan raya!!!

4.Setelah bertarung nywa di Hospital kluang selama 9 hari akhirnya oemuda ini terpaksa terima hakikat kedua dua tangannya telah patah..siap pasang aerial lagi hehehe...patah satu hal kalau dah kedua-dua patah tangan macam mana nak makan beb!!!!dah la tu tulang pinggulnya juga dah retak dan terkalih hehehe jalan pun dah tak sepeti dulu lagi..hm hm sian dia..kalau dah jadi macam ni tuan lembu pun dah tak mengaku lembu tu dia yang punyer beb..kalau mengaku itu mengundang bala namanya hehehe

5.Aku dah selesai siasat kes ni InsyaAllah dalam waktu terdekat bayaran akan beliau perolehi di samping faedah2 lain seperti bayaran bil2 perubatan dan lain2..


8 ulasan:

  1. Salam.
    Saya kemalangan motor ketika perjalanan waktu rehat.semua dokumen lengkap di hantar ke perkeso 3minggu yang lepas. Ada kah proses siasatan perlu kan masa yang lama?

    BalasPadam
  2. wasalam bro,
    1.Proses siasatan tidak memakan masa yang lama jangan risau...cuma terpaksa ikut turn..maksudnya kes saudara akan disiasat bilamana tiba giliran kes saudara..saya yakin tak lama lagi saudara akan ditemuduga untuk siasatan.

    2.Saudara juga boleh berhubung terus dengan pejabat perkeso dimana borang kemalangan saudara dihantar dan dapatkan nama pegawai penyiasat kes saudara dan tanya status kes saudara pada pegawai itu.jangan risau saudara akan dilayan dengan baik.

    wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dh call pegawai tu.kata dia ikut turn byk kes.sabar je la.

      Padam
    2. ye la tu bro kalau banyak kes kena ukut turn nanti tak lama lagi sampai giliran saudara...masalah biasanya berlaku jika majikan hantar borang 21 yak ni borang kemalangan lewat hantar pasal tu lah kes lewat disiasat...senang cakap sape hantar dulu kita siasat dulu hantar lambat maka lambat la bro

      Padam
    3. Hari ni pegawai ada dtg ke tmpt kerja utk sesi temuduga.layanan mesra pegawai perkeso yg bertugas utk kes sy. Terima kasih

      Padam
    4. hehehe sama2..semua pegawai penyiasat perkeso mesra jangan risau..kecuali jika tiada kerjasama dari pihak terbabit sama ada majikan atau pekerja itu sendiri hehehe biasal kita pun manusia kan.

      2.tak lama lagi kes saudara dah selesai..ada masa singgahla kat blog saya ni :)

      Padam
  3. salam bro...thanks bro ko sudi jawap msg aku smlm..aku dah htr borang penyakit khidmat tu bro...aku dah hadiri JDK pun pastu JDK tangguh plak dia cakap aku kena buat 2nd test ..aku dah buat 2nd test pun ,,positif penyakit khidmat..racun plumbum..pastu tunggu plak 2nd laporan perubatan..sebulan beb bru dapat laporan..bengang beb..dah setengah thun tunggu pastu tangguh..lagi..tunggu lagi date JDK...pesal erk nak dapat jumpa JDK tu ambil masa erk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..
      1.Untuk makluman saudara bro yang hensem hahaha..sebenarnya JDK (Jemaah Doktor Khas0bukan BERADA DIBAWAH BIDANG KUASA PIHAK PERKESO IA BERADA DI BAWAH BIDANG KUASA PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN..pihak pakar perubatan juga terdiri dari Pakar dan doktor dari Hospital kerajaan oleh yang demikian berkenaan sidang JDK dan tarikhnya serta kekerapannya ditentukan oleh pihak mereka bukannya pihak perkeso.Oleh itu perkeso tidak boleh berbuat apa2 cuma terpaksa turut tarik sidang yang tellah ditetapkan.

      2.Adakala sidang JDK memerlukan maklumat lanjut dan kajian yang mendalam berkaitan sesuatu penyakit khususnya penyakit khidmat berkaitan plumbum...yang mungkin menjurus kepada kanser dan lain2 disebabkan terdedah pada plumbum..kanser ni mungkin kanser kulit dan sebagainya maka sudah pasti ia makan masa...untuk kes kemalangan biasa sememangnya cepat kerana tidak perlu melalui JDK.harap Maklum

      wasalam

      Padam