Jumaat, 21 Disember 2012

subsidi suntikan erythropoietin (EPO) dan kemudahan dialisis untuk orang berinsurans PERKESO (anda patut tahu ni!!!)




1.Malam ni aku nak cerita serba ringkas(mungkin teramat ringkas) berkenaan kemudahan bantuan rawatan dialysis yang disediakan oleh pihak perkeso secara percuma kepada penerima pencen Ilat, Untuk makluman bagi yang belum mengentahui nya ia, dimana perkeso telah menyediakan bantuan rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang dan ianya mula diperkenalkan oleh PERKESO  pada  tahun  1999 sebagai  satu  faedah  pemulihan untuk membantu penerima-penerima pencen ilat yang mengidap penyakit  buah pinggang  di  peringkat  End  Stage  Renal  Failure (ESRF), di mana kos rawatan dialysis yang dilakukan di pusat-pusat  dialysis  panel  ditanggung  seumur  hidup  oleh PERKESO. 


2.Pembiayaan  ini  termasuk  kos  penyediaan  “Arterior  Venous Fistula” untuk persediaan pesakit menjalani rawatan dialisis. Untuk makluman juga sejak tahun  2003, bantuan rawatan dialisis ini telah  meliputi kaedah rawatan  Continuous  Ambulatory  Peritoneal Dialisys (CAPD) memandangkan ada orang berinsurans PERKESO yang terpaksa menjalani rawatan melalui kaedah ini. Mulai 4 Jun 2009, PERKESO telah meluaskan lagi kemudahan kepada orang berinsurans dengan menyediakan  bantuan  subsidi  suntikan erythropoietin  (EPO) untuk  membantu  orang  berinsurans  membiayai  kos  suntikan tersebut yang agak mahal!


3.Untuk tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lengkap lagi..tapi data sehingga  Jun 2010, PERKESO telah meluluskan sejumlah  4925 permohonan daripada penerima-penerima  pencen ilat dan bukan ilat sejak kemudahan ini diperkenalkan pada tahun 1999. Setakat ini,  untuk  kemudahan  orang berinsurans  menjalani  rawatan dialysis, sejumlah  285 buah pusat rawatan dialysis telah dilantik sebagai  panel  dialysis  PERKESO di  seluruh  negara.  Jumlah keseluruhan kos bagi kemudahan ini juga meningkat setiap tahun. Misalnya  pada  tahun  2009,  PERKESO  telah  membelanjakan sejumlah  RM  53  juta bagi  membiayai  kemudahan  bantuan rawatan dialysis kepada Orang Berinsurans PERKESO. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 23% jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PERKESO untuk tahun 2008 iaitu RM43.44 juta. Sehingga Jun 2010 sahaja, PERKESO telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak  34.1 juta untuk membiayai kos rawatan dialisis ini. Untuk perbelanjaan berkaitan dialisis bagi tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lagi..InsyaAllah sikit masa lagi jika mendapat data yang betul dah sahih akan dimaklumkan kemudian.


4.Bukan itu sahaja aku juga nak maklumkan Pihak PERKESO juga pada 21/3/2012 telah meluluskan subsidi untuk suntikan jenis "Micera" yang mana suntikan ini juga untuk pesakit buah pinggang di mana ia disuntik sebulan sekali pada kadar RM240 sebulan!!!! dan dalam perkembangan TERBARU pihak PERKESO juga telah bersetuju untuk untuk penetapan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO) sebanyak RM240 (maksimum) sebulan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengidap penyakit buah pinggang yang mendapat pencen Ilat dan pemberian subsidi RM240 (maksimum) sebulan ini untuk suntikan Erythropoietin (EPO) ini dilaksanakan dengan kaedah2 dan syarat2 tertentu.

5.Rasanya cukup setakat tu ajelah..nak lebih lanjut hangpa kunjungi pejabat perkeso terdekat...hehehe itu serba ringkas..ringkas pun penat gak aku dok menaip ni ehehehehe..aku nak BBQ sat hehehe





2 ulasan:

  1. alhamdulillah dapat juga maklumat yang berguna dari saudara,namun saya ingin bertanya jika seseorang itu telah mendapat pencen ilat adakah boleh memohon untuk bantuan dialisis?dan bagaimana nak memohon.

    BalasPadam
  2. salam encik heezam:Boleh!!!sudah tentu jika disahkan ilat maka bantuan dialisis akan diberi..sila buat permohonan dengan perkeso terdekat

    wasalam

    BalasPadam