Selasa, 18 Disember 2012

siasat kemalangan di lokasi


1.Dalam perjalanan aku nak pi siasat kes kemalangan yang berlaku kat mersing tiba2 aku terserempak plak dengan kemalangan yang berlaku  kat depan mata aku kat pekan kahang (pekan koboi) hehehe...aku rasa kes ni pun kes kemalangan nak pi kerja jugak hahaha sat lagi aku jugakla nak ne siasat kes kemalangan ni rasanya..hm hm sejak akhir2 ni kes kemalangan nak pi kerja berkaitan pekerja yang bermotosikal sememangnya menunjukkan tren peningkatan yang agak mendadak beb..ia tak kira usia beb itu yang pasti..tak kira tua ka muda ka ade aje kes kemlaangan melibatkan pekerja yang mengunakan motosikal.

2.Sebenarnya pelbagai kempem dah pihak perkeso buat termasuk siap bbagi Helmet percuma lagi...tapi kemalangan tak jugak boleh dikurangkan...itu perkeso buat bahkan jabatan lain seperti polis,JPJ,JKJR dan banyak lagi NGO pun buat kempem yang sama malangnya setakat ni ianya boleh dikatan GAGAL dalam erti hendak kurangkan kemalangan dalam konteks perjalanan pergi dan balik kerja!!!

3.Er er er sebut pasai siasat kes kemalangan kat mersing ni aku memang suka pi siasat kes kemalangan kat mersing sebab aku leh singgah kat tepi sungai Kahang hahahaha kat sana yakni tepi sungai kahang tu ade gerai tepi jalan yang jual Ikan sungai dan UDANG GALAH hahahaha hari ni aku beli satu kilo Udang galah gred A dengan harga RM55 untuk 1 kilogram adehhhhh boleh tahan mahal gak..dulu RM50..dah nak RM5 untuk 1 kilogram hm hm dah suka nak buat macam mana bantaila jugak hahahhaha.


4 ulasan:

  1. rumah jauh dari tempat kerja,badan plak penat lepas bekerja hati nak balik cepat nk uruskan hal2 rumahtangga..

    BalasPadam
  2. ingat kawan-kawan semua..biar lambat asal selamat sampai kedistinasi...malang tidak berbau..

    BalasPadam