Rabu, 12 Disember 2012

Kenyataan Akhbar:Penerima pencen Ilat dan HUK berkala tidak perlu lagi isi borang 117!!


1.Oleh kerana banyak sangat pertanyaan berkenaan perakuan 117 berkenaan dengan penerima pencen Ilat dan Penerima Faedah Hilang Upaya kekal (secara berkala) maka disini aku nak habaq sejelas jelasnya supaya benda ni tak menimbulkan kekeliruan lagi.


2.Bermula Januari 2013 penerima pencen Ilat dan juga penerima bayaran Hilang upaya kekal (HUK)secara berkala TIDAK PERLU LAGI MENGEMUKAKAN PERAKUAN TAHUNAN MELALUI BORANG 117 seperti diamalkan seperti tahun tahun yang lalu.Perubahan kali ini bertujuan untuk memudahkan kira-kira 41 384 penerima pencen Ilat serta seramai 18 167 penerima Faedah bayaran Hilang upaya kekal berkala.


3.walaubagaimanapun bagi penerima pencen penakat serta pencen Fedah orang tanggungan perakuan 117 berjalan seperti biasa..jika penerima pencen penakat dan penerima pencen faedah orang tanggungan tidak membuat perakuan 117 maka pencen akan digantung buat sementara waktu hehehehe..harap Maklum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan