Jumaat, 26 Julai 2013

persiapan program sumbangan hari raya untuk penerima faedah Perkeso Kluang :)



1.Jumaat macam biasala aku jarang keluar pi siasat kes..cuma call dorang untuk datang opis aku untuk buat siasatan di pejabat aje la...bukan ape jumaat waktu kerjanya singkat sangat..aku nyer sistem kalau siasat hari jumaat perlu terus bayar hari tu jugak!!!hm hm takut tak sempat depa nak buat bayaran hahaha..so hari jumaat macam dah jadi hari in day opis la aku..tapi kalau ade kes urgent kena la keluar gak..macam biasa..


2.Ohhh ya hari ni jugak aku nyer rakan2 team Kelab Perkeso Kluang busy sikit duk buat persiapan untuk Majlis Penyampaian Cek dan Sumbangan sempena Hari Raya 2013 untuk penerima Faedah Perkeso yang terpilih sekitar daerah Kluang..penyampaian sumbangan dari kakitangan perkeso kluang ini dibuat mengunakan dana kutipan dari duit kakitangan sendiri...dengan kata lain tak melibatkan duit dana perkeso pun hehehe kami kumpul2 duit staff perkeso kluang dan beli barangan untuk disumbangkan kepada penerima Faedah Perkeso yang tidak berkemampuan..Alhamdulilah moga2 usaha ini dirahmati ilahi hendaknya..


3.Dari kutipan derma kakitangan perkeso kluang itu..agak banyak jugalah kami dapat hehehe..Alhamdulilah mereka ni baik hati suka menderma...so dapatlah memberi bantuan sedikit sebanyak kepada golongan yang tidak berkkemampuan tersebut..banyak juga bekalan beras,makanan,minyak masak dan sebagainya akan di sumbangkan..ada wang ringgit jugak tu!!!Program sumbangan hari raya pejabat perkeso kluang ini akan dibuat senbanyak dua sesi..hahaha sebab banyak penerimanya InshaAllah..sesi pertama lawatan ke rumah2 penerima akan dibuat pada 31hb ni dan sesi kedua akan dibuat pada 1hb ogos ni...Alhamdulilah doakan semoga misi kami tercapai!!!


wasalam

2 ulasan: