Selasa, 9 Julai 2013

selesai kes tuntutan perkeso melibatkan kemalangan maut anggota polis bantuan ladang pamol timur

 
1.Semalam aku selesai siasat satu kes kemalangan maut melibatkan seorang anggota polis bantuan Ladang Pamol Timur,Kahang. Kemalangan berlaku pada 3/7/2013 dalam jam 11.30 malam, kemalangan maut berlaku di KM 74 Jalan batu Pahat Mersing,dalam kejadian itu anggota Polis Bantuan yang dikenali sebagai Mohd Izaini bin Hibzullah 25,yang sedang bertugas membuat rondaan dikawasan ladang tersebut bersama rakan setugas namun sebaik tiba ditempat kejadian motosikal yang ditunggangnya telah dirempuh sebuah kerana proton waja yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan.
 
 
2.Menceritakan detik kemalangan itu berlaku,rakan setugas mangsa yang aku soal siasat mengatakan pada masa kejadian beliau dan Allahyarham dalam tugas melakukan rondaan di kawasan persempadanan Ladang Pamol Timur dan sempadan Ladang Pak Loh, dan sebaik tiba di tempat kejadian Motorsikal yang ditunggang Allahyarham telah dirempuh sebuah kereta Proton Waja dari arah bertentangan.kemalangan itu menyebabkan Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian.Lebih mengharukan Allahyarham baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei yang lalu..er er ni rakan setugas Allahyarham pada malam kejadian..hm dia sedang tandatangan pernyataan yang dia beri kat aku time soal siasat..
 
 
3.Siasatan telah dilakukan dengan segera mengikut seksyen 2(6)Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969), siasatan yang dijalankan telah mendapat kerjasama penuh pihak pengurusan Ladang tempat mangsa nahas itu bekerja.Thanks pengurusan ladang Pamol Timur kerana layan kerenah aku dengan baik..ni pejabat ladang pamol Timur..

4. Kes ini telah disiasat dan telah diklasifikasikan sebagai bencana kerja di bawah seksyen 2(6)AKSP 1969 dan ini melayakkan waris simati iaitu Isterinya bernama Nurulhawa binti Irwan 25, bakal memperoleh Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) dari pihak PERKESO. Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) ini akan dibayar kepada isteri Arwah secara bulanan untuk seumur hidupnya dan ia akan dikreditkan terus ke dalam akuan bank balu (isteri) arwah. Adalah dianggarkan pencen yang akan dibayar secara bulanan itu berjumlah RM855.60 sebulan.
5.Selain itu, hari ini pihak PERKESO Kluang juga  telah menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM1500 kepada Isteri Allaharyam.Penyampaian cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Faedah Pejabat Perkeso Kluang Encik Alzailani bin Kasmin.
 
 
6.Isteri Allahyarham ketika ditemui di majlis ringkas sempena penyampaian cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) di pejabat perkeso kluang melahirkan rasa terharu atas kepantasan pihak perkeso dalam menyelesaikan tuntutannya.Beliau mengucapkan terima kasih pada pihak perkeso atas keprihatinan mereka dalam menyelesaikan kes tuntutan ini dengan segera .Walaubagaimanapun isteri allahyarham masih bersedih dengan kehilangan suami  tersayang yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kira-kira sebulan yang lalu, bahkan ia lebih memeritkan tahkala menjelangnya bulan ramadhan beliau yang baru sahaja ingin menikmati sambutan ramadhan sebagai pasangan suami isteri terpaksa melupakan hasratnya itu.
 
 
7.Ibu mertuanya juga masih bersedih dengan kejadian yang menimpa satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarganya,walaubagaimanpun beliau redha dengan ketentuan Ilahi.Ok la geng pasal tu lah aku selalu ingatkan agar pastikan kalian jika bekerja sila semak dengan majikan atau perkeso sama ada nama hangpa ada dicarumkan dengan perkeso atau tidak..jika tidak cepat2 la buat aduan ke pejabat perkeso terdekat..jangan main2 beb..perkeso cukup penting bagi kita yang kerja swasta ni..ingat pesan aku tu..ehem ehem aku kadang2 bab bola ni semua jersi aku beli hahahahaha termasuklah yang ni kekekeke


Tiada ulasan:

Catat Ulasan