1.Alhamdulilah semalam aku ke Felda Ulu Dengar untuk menyelesaikan satu kes tuntutan PERKESO berkaitan kematian pekerja pasaraya Econsave Kluang yang telah dibunuh bekas tunangnya di tempat kerja beliau.Kes ini masih dalam siasatan Polis dan semasa catatan ini dibuat pembunuh masih belum berjaya ditangkap.
2.Macam biasa siasatan aku di pihak PERKESO lebih menjurus sama ada kes itu boleh disahkan sebagai bencana kerja atau sebaliknya.Setelah siasatan dibuat kami berpuas hati kes ini boleh disahkan sebagai bencana kerja memandangkan kes itu berlaku ditempat kerja dan berlaku tahkala dalam waktu rehat yang dibenarkan,bagaimana kejadian berlaku sememangnya semua sedia maklum..dan aku berpeluang meneliti CCTV kejadian tersebut..tapi biarlah dek kerana kes ini belum selesai di pihak POLIS maka elok aku tak menyentuhnya..sama ada dari segi kronologi kes atau cerita di sebelah keluarga arwah si mati..takpa la cukup setakat tu..sensitive kes ini,jadi memadai setakat itu sahaja.
3.Setelah kes ini disahkan bencana kerja maka sudah pasti warisnya yakni kedua ibu bapa dan adik bongsunya yang berusia 18 tahun layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) senang cakap kedua-dua Ibu dan Bapanya akan menerima pencen seumur hidupnya manakala adik arwah akan menerima sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat Ijazah Pertama,berkenaan FOT aku dah terang panjang lebar dalam post2 di blog ni yang lepas..hm cuba cari sendirilah.
4.Alhamdulilah Cek pembayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM1500 juga telah selesai dibuat pada hari ni,sebenarnya aku cukup2 simpati pada keluarga arwah..apa nak buat sudah sampai masanya arwah pergi dengan suasana dan kejadian sebegitu..kesian juga pada rakan sekerja yang menyaksikan kejadian tersebut..ketika sesi siasatan dibuat aku dapati emosi beliau masih tidak stabil dan menangis..aku yakin beliau cukup2 trauma dengan kejadian tersebut..apatah lagi arwah selepas ditikam saspek jatuh dan rebah sambil memegang kaki rakan sekerja(saksi) ini.
5.Apa pun Alhamdulilah Ibu arwah yang aku jumpa di kediamannya cukup tabah!!!beliau tidak menunjukkan kesediahan walaupun hakikatnya aku benar2 yakin beliau cukup2sedih dengan kejadian malang yang menimpa anak ke 11 nya itu..bahkan beliau ku lihat mengagahkan diri untuk menguntum senyumannya pada aku..Allahuakbar.beliau cukup tabah!!!
6.Seringkali aku ingatkan kepada pengunjung blog ini...pastikan adik2 anak2 sahabat2 kita mencarum dengan perkeso seandainya mereka bekerja...bukan apa..aku cukup risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku maka tiadalah pembelaan dan tiadalah kebajikan kepada keluarga yang kita tinggalkan :(
Salam en kaburator.. sguh trharu tgk pjuangan yg bro buat... sy dlam dilema.. dn harapkn jwapn dr bro
BalasPadam1- kmalgn brlaku d tmpat krja.. jth dr bumbung lori ktika membuat krja.. sy d sahkn dktr PATAH 2 JARI PADA TAPAK KAKI TIADA PEMBEDAHAN DAN HANYA BERSIMEN...hgga kini msih mc smpai 13.5.15 dan msh dlm folow up dktr...jd soalan sy...sdah 2 kali terima cek HUS.. layak ke sy untk membuat tntutan HUK???
2.. dalam dilema.. Manager syarikt kol dn mgatakan akn membuang sy dgn ALASAN X BLEH TGU HGGA SAYA BAIK.. sy bru 2 bulan bkrja dah d tmpa kmalangan.. Saya menegaskan pd manager.. saya DALAM MC DAN NEGARA ADA LAW!!... terus snyp tnpa jawpan..soalan sy.. JIKA SAYA MGADU SAYA AKAN MENANG??
wasalam encik ridzuan,
Padam1.DALAM TEMPOH CUTI SAKIT ENCIK TIDAK BOLEH DIBUANG KERJA DAN MAJIKAN TIADA HAK!!!!!IANI KERANA GAJI ENCIK MELALUI MC PERKESO YANG BAYAR BUKANYA PIHAK MAJIKAN.ENCIK BOLEH FAILKAN KES DAN ENCIK KOMPEM AKAN MENANG!!!!!
2.Selagi encik mdendapat MC selagi itu tuntutan HILANG UPAYA KEKAL (HUK) tidak boleh dibuat, sehinggalah habis MC(cuti sakit) barulah encik boleh membuat tuntutan hilang upaya kekal (HUK)
3.Hehehehe harap semua jawapan telah menjawap semua pertanyaan encik wasalam