1.Salam geng..hari ni antara kes
yang aku siasat adalah kes kemalangan melibatkan pekerja Syarikat Air Johor
(SAJ) Cawangan Kluang..pekerja ini setiap hari berulang alik dari rumah beliau
di kampung Parit Haji Arshad Yong Peng ke tempat kerjanya di SAJ Kluang..jauh
jugak perjalanan beliau setiap hari untuk ke tempat kerja..vromm vromm
mengunakan motorsikal..lagi cepat dan jimat kan guna motorsikal..kalau aku pun
guna motorsikal boleh selit2 hehehe..
2.Satu hari dikatakan semasa
sedang dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya di SAJ Kluang..ketika sedang
melalui bulatan jalan batu pahat(dah tak jauh dari tempat kerja) tiba2 sebuah
Van melanggarnya dari arah belakang menyebabkan beliau jatuh ke atas jalan raya…terus
pengsan geng…van yang langgar pun tak tahu lari kemana..koma 2 minggu
beb..Alhamdulilah walaupun kecederaan beliau agak parah..teruk di bahagian
kepala..namun semangatnya kuat..beliau beransur pulih walaupun dengan daya
ingatakan yang agak perlahan..mungkin kesan gegaran dan kecederaan teruk pada
kepala..
3.Kes ini aku siasat dengan
segera..almaklumlah pihak majikan pun satu hal lambat melapor
kemalangan..sepatutnya bila dah dapat
cuti sakit 4 hari segeralah lapor pada pihak perkeso..ini tidak!!!depa tunggu
sampai 4 bulan baru lapor adooo…entahlah dah banyak kali aku dok peringat dan
banyak kali ajar cepat2 hantar laporan kemalangan jika pekerja kemalangan dalam
perjalanan pergi atau balik kerja ..tapi dok macam tu jugak..harap lepas ini
kalau hangpa ada pekerja yang terlibat dalam kemalangan berkaitan kerja usahlah
tunggu lama2 cepat2 la hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso.
4.Kes kemalangan ini telah
selesai siasatannya..sampai aku terpaksa masuk kawasan yong peng sanaaaa hehehe
Yong peng kawasan batu pahat..hehe terpaksa langgar sempadan gara2 nak bantu cepatkan
proses bayaran tuntutan perkeso untuk pekerja ini.Alhamdulilah selesai…bayaran
perkesonya telah pun dibuat..puas hati dapat membantu beb..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan