1.Hari ni aku bersama rakan setugas telah ke Kampung Pengkalan Batu Mersing, satu kes kejadian melibatkan 2 kematian kerana di timpa pokok tumbang di hutan Taman Bahtera Jemaluang Mersing.Untuk makluman kes ini mendapat liputan meluas media cetak di mana dikatakan 2 pemuda ini adalah kaki pancing yang masuk ke hutan berkenaan untuk memancing dan bermalam di hutan tersebut, pada sebelah malamnya ketika mereka sedang nyeyak tidur Pokok secara tiba-tiba tumbang dan menghembab kedua-duanya menyebabkan mereka meninggal dunia ditempat kejadian.
2.Untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan mengentahui cerita sebenar aku bersama rakan setugas telah ke rumah salah seorang mangsa kejadian tersebut iaitu Allahyarham Rizal bin Ismail berumur 33 tahun,aku ke rumah arwah kerana hasil semakan mendapati arwah pernah mencarum dengan pihak PERKESO dan siasatan mendapati waris beliau layak untuk mendapat Faedah pencen Penakat (pencen bulanan) kerana caruman arwah dengan perkeso mengcukupi syarat kelayakannya, Alhamdulilah urusan kami dipermudahkan. Namun untuk Allahyarham Hanafi Abd Rahman 42 pula semakan mendapati arwah tiada caruman dengan pihak PERKESO dan waris beliau sekaligus tidak layak untuk menerima pencen penakat dari perkeso.
3.Ketika kami mengunjungi kediaman arwah Rizal bin Ismail di kampung Pengkalan Batu Mersing, semua waris arwah ada di rumah, dan kebetulan juga Isteri arwah juga ada dan memudahkan urusan kami. Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kami ke rumahnya beliau menadah tangan penuh kesyukuran, Isteri arwah langsung TIDAK mengentahui yang arwah suaminya mencarum dengan PERKESO dan beliau langsung tidak mengentahui yang beliau sebagai WARIS (Isteri dan anak) adalah layak mendapat FEADAH PENCEN PENAKAT daripada pihak PERKESO ekoran kematian suaminya di Hutan Taman Bahtera Jemaluang pada 19/04/2015 yang lalu..oleh yang demikian mereka sekeluarga cukup2 terharu dengan kunjungan kami yang cukup bermakna itu.
4.Arwah sebenarnya bersama 4 rakan beliau (kaki pancing) telah masuk ke hutan Taman Bahtera Jemaluang sejak 2 hari 1 Malam yang lalu..mereka memancing disitu dan mengambil keputusan untuk bermalam, jam 4.00 pagi sedang nyeyak tidur dikatakan tanpa ribut atau hujan tiba2 pokok tumbang secara tiba2 lalu menghembab 2 kaki pancing tersebut, manakala 2 lagi rakan mereka terselamat walaupun mereka tidur berhampiran antara satu dengan yang lain. Salah seorang rakan yang terselamat telah menghubungi ayah Arwah rizal bin Ismail dan ayah beliau telah ke tempat kejadian dan mengeluarkan mangsa yang didapati telah meninggal dunia (panjang ceritanya tapi aku ringkaskan aje la ).
5.Habis cerita bab kejadian yang menimpa arwah di hutan..selepas itu bermula lah kami mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan Pencen PENAKAT dengan pihak PERKESO, Alhamdulilah semua dokumen yang diperlukan semuanya ada dan lengkap..sesungguhnya semua urusan kami dipermudahkan pada hari tersebut, dan alhamdulilah kes tuntutan ini BERJAYA diselesaikan pada hari yang sama. Syukur kehadrat Ilahi sedikit sebanyak dapat membantu pencarum ini...saya yakin jika kami tidak ke rumah arwah dan tidak berjumpa dengan warisnya sudah pasti BELIAU TIDAK TAHU bahawa kematian suamianya adalah melayakkan beliau mendapat pencen PENAKAT kerana suaminya adalah pencarum PERKESO sebelumnya. Alhamdulilah aku yakin dengan duit pencen yang kami salurkan ini ia sedikit sebanyak mampu menyara kehidupanya bersama seorang anaknya. Untuk makluman pihak PERKESO akan membayar pencen ini kepada isteri arwah sehingga sepanjang hayatnya, untuk anak pula sehingga si anak berumur 21 tahun atau mendapat Ijazah Sarjana Muda. Bab2 pencen penakat sila rujuk pada post aku yang lalu..kalau nak tahu lebih lanjut.
6.Ini adalah salah satu contoh yang jelas bagaimana kami sedaya upaya membantu pencarum..telah beratus dan beribu kali kami war warkan...tentang faedah2 mencarum dengan perkeso namun masih ada yang tidak mengambil tahu dan tidak tahu hak2 mereka..marilah sama sama membantu kami untuk membantu anda. Selagi terdaya..selagi ada kudrat aku akan tulis dan terus menulis berkenaan PERKESO di blog ini..lantak la nak jemu ke tak nak baca ke...aku yakin ada yang mahukan maklumat sebegini. OHhhh yaaa..untuk makluman setiap post di blog ini tiada kaiatan dengan pihak PERKESO dan pihak perkeso pun aku yakin tak tahu dan tak pernah masuk pun ke blog aku ni hahahaha jadi blog ini tiada kena mengena dengan depa dan tiada tajaan dari depa pun ehhhh..aku bhuat ikhlas untuk membantu pencari2 maklumat berkenaan perkeso aje hahaha..cuma dek kerana aku bekerja dengan perkeso jadi banyaklah maklumat yang ada boleh aku kongsikan..tertakluk pada akta OSA juga la...
hehehe thanks pejabat kesihatan Daerah Kluang..dapat surat perlantikan sebagai ahli DEVIT COMBI hehehe..berkhidmat untuk masyarakat selagi hayat dikandung badan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan