Rabu, 1 April 2015

Wajib buat Laporan Polis berkaitan kemalangan jalan raya untuk tuntutan dengan pihak PERKESO


1.Salam geng..pehhh cepat masa berlalu beb..diam tak diam dah melangkah ke bulan APRIL 2015 hehehe..adehhh tak tertunai janji nak hari2 update blog..hmmm penat kerja geng..balik kerja ne bantai dengan anak2 plak hahaha jawabnya tak ter update la..tapi jangan risau kan ku cuba bagi yang terbaik untuk kongsi info bab2 perkeso untuk menambahkan ilmu kawan2 semua.Update pasal PERKESO ni bukan niat nak menunjuk ke apa just nak tolong kawan2 kongsi sedikit Ilmu yang saya ada aje..tak lebih dari itu…Ikhlas kerana Allah..sebab tu blog saya tiada IKLAN hehehehe..

2.Oleh kerana banyak soalan yang berkisar kepada keperluan LAPORAN POLIS dalam membuat tuntutan kemalangan (jalan raya)/bencana kerja(kemlangan jalan raya) berkaitan PERKESO maka hari ni aku nak kupas isu ni aje hehehe..harap2 lepas ni paham la..kalau tak paham mai jumpa aku..kan ku bawa kalian masuk balai tunjuk cara buat laporan polis hahahaha..senag aje ehhh nak buat laporan polis kemalangan tak payah pun..hangpa cerita kejadian dan pak polis trafik tu akan tolong taip hahahaha..senang bukan lalalala..thanks pak polis...ni salah satu contoh hehehe contoh je yeee..harap2 big bos aku tak marah la...

3.Laporan POLIS adalah wajib dibuat untuk kes -kes kemalangan jalan raya..YANG MANA TUNTUTAN DENGAN PIHAK PERKESO HENDAK DILAKUKAN!!!sila ingat tu buat selama lamanya hehehe…senang cakap jika berlaku kemalangan dalam perjalanan hendak ke tempat kerja/balik kerja/atau semasa bekerja melibatkan kemalangan jalan raya maka WAJIB laporan polis dibuat.SAMA ADA hangpa dah kawtim dengan si pelanggar atau si pelanggar telah beri duit kos ubat ke kos baiki kenderaan ke tetap laporan polis perlu buat jika hendak buat tuntutan kemalangan dengan pihak PERKESO.ITU ADALAH ASASNYA.Jika tiada laporan Polis Laporan kemalangan kepada pihak PERKESO boleh dihantar dan siasatan juga sudah pasti akan dilakukan namun BAYARAN FAEDAH HUS(MC/CUTI SAKIT) tidak AKAN dibuat selagi LAPORAN POLIS kemalangan tidak dilakukan.satu satunya faedah yang hangpa dapat adalah bayaran bil perubatan sahaja…tak banyak mana pun hehehe..maka jika berlaku kemalangan dan ingin buat tuntutan PERKESO maka buat lah Laporan POLIS…tak rugi buat laporan polis ni…jika kena saman pun bayar la geng hehehe…laporan POLIS pun tak mahal pun RM2 je..harap2 leh faham la hehehe ni kali kedua aku post pasal WAJIB buat laporan polis jika berlaku kemalangan jalan raya semasa hendak pergi/balik kerja atau semasa bekerja(pemendu lori,posmen dan lain2 lah)

4.Contoh2 laporan POLIS akan diberikan kemudian..aku nak ne fikir dulu wajar ka dak bagi contoh laporan POLIS ni hahahaha sat lagi dengan aku-aku masuk dalam kakakakakaka…nak bagi info nak kongsi maklumat nyer pasal hahahaha..ok geng harap fahamla..hehehe..lau tak de apa2 malam ni aku tunjuk contoh2 laporan polis..hm harap2 my BIG BOSS tak marah la…bukan ape nak kasi tunjuk aje kasi paham sikit2 kan kan..bukan nak buat apa pun kan kan…

 

4 ulasan:

  1. Salam bro.
    Nak tnye wajib ke police report tu tulis "dalam perjalanan ke tempat kerja" ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..LEBIH BAGUS tulis bro..sebab kita nak tahu tujuan perjalanan semasa kemalangan hehehehe lau kata nak pi rumah awek memang tak dapat la kakakakaka..jangan marah bro gurtau je :) :) :)

      Padam
  2. salam. bro . macam mana nak buat kalau saya salah beri maklumat , misalnya no plat kereta . kena buat report polis sekali lagi ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro hahahhaha..geng untuk maklumat yang salah/tidak betul amat berbahaya jika tidak sama denganhasil siasatan polis..Nasihats aya sila betulkan maklumat dengan membuat tambahan pada laporan polis...yakni buat laporan polis tambahan dan salinannya diberi pada pihak perkeso.

      tq bro

      Padam