1.Antara kes yang aku siasat hari ni adalah melibatkan kes kemalangan seorang Penolong Pengurus di Ladang Lambak/Elaeis hehehe..entah betul entah tidak nama elaeis yang aku eja tu hahaha..kes ini melibatkan kes kemalangan jalan raya dimana Penolong Pengurus ni dalam perjalanan balik dari mengisi minyak petrol motorsikalnya yang kehabisan minyak dan hendak masuk ke Ladang semula...untuk makluman setiap ladang tidak dibenarkan simpan petrol geng..jadi mahu tidak mahu nak kena isi minyak tiap2 hari..motorsikal yang digunakan milik kompeni ladang la...diberi khas untuk tugas2 kerja..minyak dibeli pun guna akaun ladang..sebut aje kot bla bla bla pembelian petroleum akan diluluskan masuk akaun ladang ni hehehe tak yah bagi tunai.
2.Kemalangan ini sememangnya diterima sebagai bencana kerja oleh pihak perkeso kerana ia melibatkan perjalanan berkaitan kerja dan mengisi minyak petroleum ke dalam motorsikalnya adalah rutin hariannya beliau dan itulah stesen minyak rasmi ladang tersebut hehehe..tak isi minyak maka tak jalan lah motorsikal..macam mana nak ronda ladang geng..
3.Aku siasat macam biasala...seperti kes2 tuntutan kemalangan perkeso yang lain jika melibatkan kemalangan jalan raya semua kena siasat..termasuk yang kemlangan,saksi,bos ladang termasuk juga stesen minyak tersebut hahahah senang aje boleh tengok transaksi pembelian minyak tu pun hehehe senang kan kan..
4.Dalam kes ini perkeso menerimanya sebagai bencana kerja dan bayaran cuti sakit Feadah Hilang Upaya Sementara (FHUS) akan dilakukan secepat mungkin...kesian aku tengok Penolong pengurus ni..cedera parah pada bahagian kaki beb..pergelangan kakinya putus dilanggar kereta dari arah bertentangan...InshaAllah banyak kemudahan yang akan perkeso berikan padaya nanti...itu pun berdasarkan pengesyoran doctor. OK geng aku rest dulu penat beb..siasat kes main tulis tangan geng bukan pakai computer hahahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan