Rabu, 22 April 2015

Penubuhan Skuad COMBI Impiana Casa Meriah

 
1.Alhamdulilah pada 11/4/2015 secara rasmi tertubuhnya Skuad COMBI di Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang Johor.COMBI adalah singkat kepada maksud (Communication for Behaviour Impact) atau pun bermaksud Komunikasi untuk perubahan tingkahlaku. Antara tugasan utama skuad yang ditubuhkan ini adalah untuk mencegah wabak penularan khususnya Demam Denggi. Skuad COMBI ini bakal ditugaskan untuk membuat kerja kerja pencegahan, mempromosi cara-cara pencegahan dan sebagainya. Setinggi-tinggi perhargaan kepada ahli-ahli DEVIT COMBI Impiana Casa yang bertungkus-lumus sejak dari mula dalam menjayakan majlis penubuhan skuad COMBI ini,tak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada pejabat Kesihatan Daerah Kluang yang begitu memainkan peranan cukup penting dalam merealisasikan penubuhan skuad COMBI ini.
 
 
2.Untuk permulaan penubuhan awal skuad COMBI ini bermula dengan pemilihan seramai 20 orang penduduk Impiana casa untuk menjadi Ahli DEVIT skuad COMBI.Skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian ini di ketuai oleh Encik Syed Jamalil bin Syed Kassim dan dianggotai 19 Ahli DEVIT yang lain, serentak dengan penubuhan skuad COMBI pada 11/4/2015 satu mesyuarat yang kali pertamanya telah diadakan pada 22/4/2015 untuk merancang dan merencanakan serta menyusun pelbagai aktiviti untuk perjalanan skuad ini dalam mencegah deman denggi. Selain itu taklimat untuk kali yang keduanya berkenaan COMBI juga telah disampaikan pada malam tersebut dan pada malam itu juga acara penyerahan sijil lantikan ahli DEVIT COMBI juga telah diadakan,selain Sijil lantikan Ahli DEVIT COMBI turut di edarkan adalah Vest anggota COMBI.
 
 
3.Untuk mengeratkan hubungan diantara ahli2 DEVIT COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian sebaik sahaja selesai mesyuarat COMBI telah diadakan pula acara sampingan BBQ dan jamuan pelbagai juadah yang masing2 disumbangkan oleh ahli skuad COMBI ini.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan