Sabtu, 1 Oktober 2011

Guru..kenapa malangnya nasib kalian


1.Pertama sekali aku bukannya seorang guru, jauh sekali mempunyai cita2 untuk menjadi seorang guru,telah ku tilik telah ku muhasabah diri sifat seorang pendidik tiada dalam diri apatah lagi aku bukan tergolong dalam manusia yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..suhu takat didih bila2 masa boleh terjadi tanpa mengira situasi mahupun keadaan sekitar..sebab itu aku tak ditakdirkan terjun dan bergelombang dalam arena pendidikan..


2.Pun begitu dalam kehidupan seharian aku sentiasa dikelilingi golongan ini..bahkan sehingga ke bilik tidur aku pun!!! boleh dikatakan aku dari keluarga pendidik..dari sebelah aku mahupun sebelah isteri aku..namun tak sempat nak berjangkit pada aku..kalau tidak dengan aku sekali menjadi seorang pendidik. Ramai kawan2 mahupun kenalan mengatakan dari tutur kata bual bicara lagak aku seorang guru..peramahnya seperti guru..sifat pelawak semulajadi juga mengukuhkan andainya mereka..jauh sekali aku langsung tak teringin kearah itu..tak tahu kenapa..sudah rezeki aku disini..banyak hikmahnya..Alhamdulilah aku cukup berbangga dan bersyukur dengan kerjaya hari ini..puas..kebajikan anak isteri aku ternyata terbela..perbedaan cukup mudah..bila Isteri aku bersalin dan mendapat rawatan pakar ianya hanya percuma...ya percuma dan banyak lagi kemudahan2 yang xdapat aku nak sebutkan disini..itu sebahagian hikmahnya yang tidak dinikmati insan lain..hanya insan seperjuangan dengan aku sahaja tahu hakikat itu..sebab itu aku cukup sayang akan pekerjaanku :)


3.Dalam sehari dua ini riuh rendah media cetak mahupun media elektronik mencanangkan dan menambah luka profesion perguruan secara langsung mahupun tidak langsung, aku juga tidak faham mengapa media di malaysia sepantas kilat menghukum golongan pendidik dalam apa jua permasalahan yang melibatkan pelajar mahupun ibu bapa..apa salahnya mengambil jalan tengah dengan menyiasat dengan lebih jelas tentang sesuatu isu yang dibangkitkan..ambill pernyataan dan pandangan kedua dua belah pihak..toksah bising-bising hendak menyalak dan menjuarai sesuatu yang kalian belum menyelaminya..pantang ada isu hangpa semua bedal!itu prinsip wartawan yang tidak ada etika kewartawanan..isteri aku dulu pelajar komunikasi kat Usm hehehe..dia pun setuju dengan pendapat aku hahaha..


4.Kes pentadbir sekolah menyorokkan pelajar supaya tidak mengambil UPSR sebenarnya bukan benda baru, dah lama dah benda ini berlaku..seingat aku semasa aku masih belajar di sekolah rendak lebih kurang tahun 1990 kot benda ini ada ada da pun, masa itu seorang pelajar sekolah aku mempunyai masalah pembelajaran dan kesihatan langsung tak tahu apa2..dan beliau dinasihatkan tidak hadir ke sekolah semasa Upsr dijalankan..beliau dan keluarga faham akan situasi itu dan tidak hadir ke sekolah..tak de pulak heboh sana heboh sini.


5.Ironinya apabila isu ini dimainkan kembali dengan pendedahan demi pendedahan melibatkan kes pelajar dihalang menduduki peperiksaan UPSR terutamnya melibatkan pelajar di sekolah kebangsaan bandar bintangor sarawak dan sekolah kebangsaan telok sira di baling ianya mencetuskan kemarahan ramai pihak lantas isu itu diletakkan 100% kesalahan itu kepada sekolah dan guru2 sekolah terlibat!Pelbagai maki hamun dan cacian kemarahan dihambur tanpa ulasan yang adil bagi kedua-dua pihak mempertahankan diri..bab-bab kutuk maki orang memang hebatla..tunggu salah depa main bantai je..sian cikgu2...wahai kalian sedarkah kenapa ini berlaku???pernahkah kalian bertanya kenapa ianya berlaku???berapa kali saudara dan saudari ibu dan bapa yang kononnya mengambil berat akan pendidikan anak anda berjalan masuk ke kawasan sekolah ditempat anak anda belajar?berapa kali dalam setahun anda berjumpa guru2 anak anda???bertanya akan prestasi anak anda???pehhh anda ada KPI anda semua anda nak jaga..KPI guru macam mana???ada anda ambik maklum???


6.Aku tidak pandai membawa isi hati guru-guru,Namun dapat aku rasakan sebenarnya pihak pentadbiran sekolah dan cikgu-cikgu tertekan dengan KPI pendidikan yang dijalankan oleh kementerian pendidikan. KPI pendidikan ini seolah-olah mengambil kira semua manusia adalah sempurna dan tidak bermasalah.KPI pendidikan ini akan menilai prestasi akademik pelajar sekolah secara purata yang selalunya akan merujuk kepada Gred Purata Sekolah(GPS).Bagi sekolah kluster dan sekolah-sekolah kawalan memang tiada masalah untuk mencapai GPS yang baik kerana semua para pelajarnya memang sudah dipilih dan ditapis dari kemampuannya mencapai prestasi akademik yang cemerlang.Namun adakah sistem ini adil dilaksanakan kepada sekolah kebangsaan harian terutamanya sekolah luar bandar?sekolah diladang2 yang ramai rata-ratanya mempunyai para pelajar yang bermasalah pelajaran dan mempunyai prestasi akademik yang rendah?


7.Jika KPI pendidikan terus dilaksanakan tanpa pembaharuan ,memang Ranking Sekolah kebangsaan Harian yang terletak dikawasan luar bandar dan sekolah2 ladang akan berada di kedudukan terbawah selama-lamanya..adakah ini yang kita mahukan???adakah ini yang guru besar mahukan??kompem kementerian akan mengaum macam singa lapar marah sini marah sana,hentam sini hentam sana..Pejabat pendidikan daerah pun tumpang sekaki marah sini marah sana ceh macam la depa ni perfect sangat dua kali lima jeee!!!Ini yang membuatkan pihak dan pentadbir sekolah berasa amat tertekan kerana sekolah mesti mempunyai semua pelajar yang mampu mencapai prestasi akademik yang baik tapi hakikatnya tidak.Cuba bayangkan jika ada 5-10 pelajar lembam yang tidak mampu menulis,membaca dan mengira sudah tentu GPS akan jatuh sedangkan guru-guru sudah bermati-matian membuat yang terbaik agar prestasi sekolah berada pada tahap yang cemerlang.Maauk je kelas pemulihan Khas namun apa pun depa tak boleh terima apabila guru mengajar...ajarla macam mana sekalipun...tak kan nak salahkan cikgu pulak???akal ada ke??jangan bodoh sombong sangatla dalam membuat dasar!


8.Aku bukan bersetuju dengan langkah sekolah menghalang pelajar lembam atau murid2 yang bermasalah dalam pembelajaran@golongan pemulihan khas masuk dan mengambil UPSR namun biarla ianya adil..adil dari segi penilaian..kalaula disekolah ladang yang mempunyai 10 orang budak2 pemulihan khas dan calon UPSR ada 16 orang je habisla sekolag depa brooo..Aku rasa kini sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran Malaysia 'kotor tangan' dan meninggalkan kerusi empuk di putrajaya dan turun padang melihat sendiri permasalahan ini jangan mengharap laporan Pejabat pendidikan daerah sahaja..kadang2 laporan depa tu hampaeh nak menyedapkan mulut sahaja..Kementerian pelajaran harus mengkaji keupayaan KPI yang ingin dilaksanakan supaya memberi keadilan kepada semua sekolah khasnya.Usahlah KPM ingin yang" baik-baik sahaja" namun 'yang buruk' diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah bulat-bulat.Jika KPM berhasrat untuk membuat penilaian tepat terhadap Prestasi Akademik pelajar biarlah ia bersifat "kemanusiaan" dan bukannya robot yang boleh diprogramkan.KPM boleh pandang ke atas namun perlu juga pandang kebawah supaya tidak memijak golongan bawah semata-mata ingin mendaki ke puncak.


9.Hakikat manusia bukan semuanya sempurna,suatu pentaksiran yang sesuai perlulah dilaksanakan kepada golongan pelajar yang normal dari segi fizikal namun mempunyai masalah mendalami pelajaran supaya ia adil bagi mereka dan pihak sekolah dalam masa yang sama. Aku amat bersetuju Laporan NUTP dan laporan itu hadir tepat pada masanya untuk membela kaum guru..dimana laporan itu menunjukkan sejumlah 3000 pelajar sekolah rendah dikenalpasti mempunyai masalah ini di seluruh negara. Sudah tiba KPI pendidikan "dimanusiakan" supaya melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan para pelajar dalam mencapai matlamat yang diinginkan.


10. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.


11.Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan."Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR."Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya.


12.Aku juga tidak menyalahkan guru2 besar dan para pendidik untuk menghalang pelajar2 ini untu menduduki UPSR sehinggalah pihak Kementerian sendiri perlu mengambil penyelesaian ke atas permasalahan ini bukannya meletakkan 100% kesalahan kepada guru dan sekolah terbabit..alaaaa Bos Kementerian Pelajaran jugakla yang memulakan benda ini..benda apa????benda akan memberi ganjaran wang tunai kepada guru besar jika sekolah itu cemerlang kan kan kan....takkan depa lupa kottttt..nak bagi cemerlang ada jalan mudah beb...tak payah kasi depa ni masuk dan ambik UPSR maka cemerlangla sekolah itu dah Bok Kementerian pelajaran dah janji sekolah cemerlang guru besarnya akan dapat ganjaran wang tunai kan kan kan...sudahkah kau ingat itu semua???ia juga salah satu punya menyumbang ke arah itu...dan ianya perlu dikaji semula...

13. Ini buktinya..
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

“Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

“Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar. – Bernama
Utusan Malaysia Online: 16 Mei 2010

14. Bukti kedua..
KUANTAN 16 Mei –
Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.
Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.


15.Oleh itu aku dapat rasakan gelodak tekanan jiwa para guru untuk mencapai KPI yang ditetapkan apatah lagi dengan Imbuhan yang bakal diterima guru besar menjadi pelincir ke arah tindkan-tindakan yang diambil untuk kecemerlangan sekolah lantas itu ada murid2 dihalang menduduki UPSR...

16. Ya batu kita boleh pahat mengikut acuan yang kita mahukan...mudah untuk bercakap dari membuat..ini manusia...ajar benda yang sama setiap hari tanya semula 2 minit kemudian langsung tak tahu apa????adilkah nak salahkan guru???jangan jadi buta jangan jadi pekak badak jangan jadi baling batu sembunyi tangan..Hakikatnya untuk berlaku adil eloklah pihak kementerian pelajaran membuat penilaian lain untuk mereka ini ...prestasi pelajar ini dinilai berdasarkan kriteria yang lain..adil untuk pelajar adil juga untuk ibu bapa...Elok juga pihak Pegawai pendidikan Daerah melihat sendiri kes ini turun padang bukannya turun mendengar dari pihak lain..ambil masa dan cuba mendengar sendiri permasalahan pejar ini dan cuba ajar mereka sendiri baru anda tahu hakikat sebenar susahnya mengajar mereka ini sepertimana laporan NUTP..ajarla macam mana pun mereka tidak mampu menerima...


17.Buat pentadbir pejabat pendidikan berkenaan..ya terima laporan dan pendedahan berita sememangnya menjadi tugasan kalian untuk melakukan siasatan ..namun kalian juga perlu berpijak di bumi yang nyata..janganla berkobar kobar melakukan siasatan semata mata untu menghukum guru dan sekolah terbabit..sepatutnya anda tanya diri anda apa yang anda buat untuk mengelakkan masalah ini berulang..dan laporkan kebenaran walau pahit kepada bos KPM anda..lapor yang sebenarnya..KATAKAN KEPADANYA KPI KEMENTERIAN PELAJARAN AMAT MENEKAN KAMI SEMUA!!!!!susahkah untuk mengakui kebenaran????

18.Mohon maafla..ini pendapat golongan diluar liputan pendidikan negara...aku rasala guru2 dikawasan pendalaman kian tertekan...cuba-cubala tanya depa...yang kat atas KPM mau KPI...semua elokkkkkkkkkkkkkkk je...amboi amboi amboi...

Salam hujung minggu

6 ulasan:

  1. byknya karenah birokrasi....ngaja kt rumah je la snang heheh

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama:thanks sekurang kurangnya anda juga meninggalkan catatan NO komen :)

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang guru, walau siapapun anak murid kita berilah mereka peluang, menghalang mereka dari menduduki peperiksaan kerana mengejar nama.....itu bukan guru sejati.Bayangkan kalau yang dihalang ambil peperiksaan tu anak kita.....

    BalasPadam
  4. salam..saya bersetuju dengan pendapat anda

    BalasPadam