1.Apa nak jadi la..dikatakan malaysia sebuah negara cukup selamat...aku tak tahu la selamat tang mana..tiap2 hari ada aje kes pembunuhan..kini manusia semakin kejam dan zalim mugkin kerna tuntutan dan himpitan serta tekanan ekonomi dan sebagainya lantas mengambil tindakan diluar batas kemanusiaan..
2.Aku macam biasa tiap2 hari aku beli paper sinar harian..minta maaf cakapla aku bukan tak minat paper lain kat bumi malaysia ni, tapi aku dah frust dah mual dan loya baca paper nasional isi beritanya sentiasa melaporkan hal ehwal politik sempit dan berpihak secara jelas!lantas mengetepikan etika kewartawanan yang sepatutnya mereka junjung...setakat hari ni paper sinar harian ok lagi..setara tak menampakan sangat aktiviti memandulkan etika kewartawanan!
3.Er er meleret plak dah aku ni..saja je nak citer tentang kes pembunuhan yang baru saja berlaku di salah satu Flat kat jalan 7 permas bandar baru permas.johor...
4.Yang kena bunuh itu adalah Kum Huey Lan 46 tahun yang dikatakan seorang kerani di sebuah syarikat kilang simen di pasir gudang, Aku difahamkan beliau orang Kluang, beliau dibunuh dengan kejam dengan tikaman di dada serta kelar di leher dan mayat mendiang akan dibawa ke Kluang kerana keluarganya berada disini, Namun aku tak pasti mereka tinggal di area mana..
6.Aku jugak tak pasti si mati ini sudah berkahwin atau sebaliknya..yang pasti esok aku akan cuba dapatkan maklumat tentang kejadian ini dan sedaya upaya untuk mengesan keluarga si mati kerna aku pasti jika kiranya kerja simati sebagai kerani kompem beliau rasanya dicarumkan dengan perkeso...oleh kerana umurnya baru 46 tahun maka warisnya layak untuk membuat tuntutan pencen penakat dengan pihak perkeso, cuma disini perlu disemak terlebih dahulu sama ada caruman si mati ini cukup atau sebaliknya.InsyAllah aku cuba kesan waris simati esok jika keadaan mengizinkan berbuat demikian...mana tahu depa masih berkabung atau bersedih..bagi mereka ruang. Oh ya..untuk yang majikan mereka tak carum dengan perkeso sila cepat-cepatla buat aduan...kerna yang pastinya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita dikemudian harinya...ingatlah jangan menzalimi diri anda dan keluarga anda kerna sayangkan majikan semata-mata lantas bersekongkol bersama-sama untuk mengelak dicarum pada perkeso!yang rugi adalah kamu dan keluarga kamu..bukannya aku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan