Khamis, 19 April 2012

DR Zainul part 1 @1000 dalam 1::


1.Tiada siapa pun akan menduga penampilannya yang cukup bersahaja dan ditambah pula dengan sifat semulajadinya yang sedikit 'ribut' diserikan lagi dengan seni 'kelambut'(perkataan baru aku sendiri kakaka) lantas membuat sesiapa sahaja yang berada disampingnya pasti akan tecungap-cungap nafas menahan keletihan seumpama berlari sepuluh padang bola, Namun jauh disudut hati beliau seorang yang cukup istimewa bagi aku..cukup-cukup istimewa!


2.Keistimewaan beliau bukan sahaja terletak kepada kebolehan beliau sebagai pegawai perubatan yang disegani, namun beliau juga mempunyai semangat yang cukup kuat untuk melihat semua hadirin memahami secara mendalam tentang apa yang disampaikannya..yaaa beliau cukup menjaga masa..tak kira dimana beliau berada...kalimah Allah tidak pernah lekang dari bibirnya..Alhamdulilah aku dipertemukan dengan beliau hari ni..sebelum ini pernah berjumpa beberapa kali namun tidak secara peribadi..



3.Sepanjang hari ini banyak masa aku habiskan bersama dengan beliau tahkala mengiringi beliau ke syarikat Ayamas Food Corporation Sdn Bhd di bandar Tenggara Kluang, apa yang mengkagumkan sepanjang perjalanan kami ke sana beliau tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran pada Allah s.wt dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan Ilahi...sehinggakan disepanjang jalan menuju ke destinasi kami ternampak apa sahaja  beliau akan kaitan dengan pencipta kami Allah swt...ahhh dikala itu terasa diri begitu 'berjurang' dan 'bercerun' jika hendak dibandingkan dengan beliau..berjurang ayat datok nenek aku guna..hangpa tak faham diam2 kakakaka..



4.Tapi...masuk sahaja bab kerja..adehhhh segala ceruk kilang beliau terjah..antara yang tersorok dan tersirat mahupun yang nyata semua beliau selongkar...penat aku hari ni kakakakaka..


5.Setiba aku ke destinasi..disambut oleh pegawai kilang tersebut lantas tanpa membuang masa dibawa meronda-ronda ke pelusuk kilang..aku perhatikan beliau tidak henti-henti bertanya itu dan ini..begitu dan begini..aku dapat rasakan jika pegawai kilang itu baru bekerja maka ku rasakan kompem keesokan harinya beliau akan letak jawatan hahahaha...dan setidak tidaknya panadol menjadi peneman sejati dikala saat memerlukan hahaha..



6.Setelah puas beliau menjelajah ke seluruh pelusuk didalam kilang tersebut tidak sah jika beliau tidak menemui pekerja..maka ada sahaja pekerja melalui berhampiran kami maka ditahannya lantas ditanya pelbagai persoalan..diperiksa itu dan ini semata-mata prihatinya beliau akan nasib pekerja tersebut..lagak gaya beliau seumpama seorang ayah menanyakan akan anaknya..


7.Di pentas yang berbeda pula beliau adalah pendengar yang amat setia dikala umur kini menjejak 65 tahun...selagi jawapan yang diperolehi tidak memuskan hatinya selagi itulah beliau akan mengasaknya hinggalah persoalan diaju menemui titik jawapan yang dikiranya mampu memuaskan hatinya...



8.Diakhir majlis aku sempat bertanya kepada hadirin...semua kagum dengannya beliau..dan mereka belum puas mendengar celotehnya, bahkan mereka cukup teruja..celoteh yang bukan omong2 kosong..tiada dusta mahupun tipu daya hanya yang benar2 belaka...


9.Ya beliau cukup istimewa...aku tertawa terbahak-bahak dikala melihat lagak beliau memegan sewacan kopi dengan sudu ditangan lantas dengan sudu itulah beliau mengetuk2 cawan lantas mengeluarkan bunyi yang mengejutkan  hadirin diluar yang sedang melepak..lantas dengan selamba beliau menyuruh peserta masuk ke dewan untuk mendengar syarahannya, perbuatan yang belum pernah dibuat insan lain..


10.Er er semasa lawatan ke kilang ayam tadi adeiiii habis kena tahi ayam la...adeiiiii beliau 'buli' saya kakakakaka...beliau yang saya maksudkan adalah Doktor Haji Zainul Abidin bin Md Hussain Pegawai Perubatan, cawangan perubatan dan pemulihan Ibu Pejabat PERKESO...hahaha jangan marah ye Doktor kakakaka...leading time...penat sihhh  :) hope selamat sampai kuala lumpur!




p/s sebenarnya banyak gambar didalam kilang but tak leh diuplodkan..er er sensitif brooo..cukup setakat yang tak sensitif je :)

2 ulasan: