Jumaat, 13 April 2012

lagi kes bencana kerja -FOT


1.Hari ni aku malas nak tulis panjang lebar, nak senang hangpa tengok je paper Sinar Harian..Edisi Johor je la..lau tak dak hangpa buka mata baca yang kat sini je lah kekeke tu pun lau nampak..aku tak larat nak tekan key bok dah ehh..petang menulis stetment..malam plak tekan keybok penat la broooo....


2.Secara ringkasnya kes ini merupakan antara berpuluh malahan mungkin ratusan juga dalam satu2 hari melibatkan bencana kerja...bezanya jika kes itu melibatkan kematian semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau semasa balik kerja atau semasa kerja ianya dipanggil kes bencana kerja dimana warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan (FOT)..apa itu FOT??? aku dah habaq dalan entry yang lepas..pandai2 hangpa la nak cari,.,tak nak cari sudah hehehe..nak ilmu kena usaha beb..bila dah dapat ilmu nak kena kongsi-kongsikan..tak kirala nak kongsi dengan sape pun hehehe...kongsi Ilmu takpe jangan kongsi benda yang bukan2 hahahaha yang tu aku tak suruh weiiii...jangan duk memandai tak tentu hala kakakaka..hidup ini hanya sementara brooo akhirat jua yang kekal selama lamanya (mcm baca khutbah plak)




3.FOT ni membolehkan warisnya mendapat pencen seumur hidup..yakni jika suami mati maka sudah pasti isteri dapat pencen seumur hidup manakala anak2 dapat bagi yang umur tak lebih 21 tahun...kalau anak da kahwin sebelum 21 tak dapat la..begitu juga kalau mati isteri maka suami yang dapat..bagi kes FOT yang mana simati belum kahwin maka ibu bapanya yang dapat..termasuk adik2 yang belum capai 21 tahun...tu la secara ringkasnya..nak yang lengkap hangpa cari sendiri dalam entry aku yang lepas..nak lagi lengkap pi lah berkunjung ke pejabat perkeso terdekat!


4.Oleh itu maka rugi besarla jika hangpa atau sape sape pun yang bekerja namun majikannya tidak mencarum dengan perkeso...maka dengan itu jika sekiranya hangpa rasa hangpa dizalimi kerna hangpa tak dicarumkan dengan perkeso hangpa bolehlah berkunjung ke pejabat perkeso terdekat untuk membuat aduan...dan segala aduan adalah dirahsiakan!hangpa jangan risau !


5.Harus diingat bahawasanya hangpa sebagai pekerja di sektor swasta hangpa tiada pencen...yaaa mungkin hangpa ada caruman kwsp..namun jika berlaku apa2 musibah pada hangpa mcm manalah nasib anak bini hangpa di kemudian hari?????masih belum terlewat...hangpa janganla menzalimi diri dan anak bini serta keluarga hangpa sendiri....fikir-fikirlah..hangpa sayang anak bini ke sayang majikan hangpa??????just renungan malam...bye bro...peace no war hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan