Jumaat, 12 Oktober 2012

OPS KESAN PERKESO 2012 bermula 1 November ini!


1.Ambil perhatian geng...PERKESO akan melancarkan OPS KESAN 2012 bermula 1 November ini..kalau tak silap aku ni kali yang ke 4 OPS KESAN secara besar besaran seluruh negara dilakukan.Adalah dinasihatkan dengan cara baik jika sekiranya kalian mempunyai perniagaan dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 pekerja maka segeralah mendaftar perusahaan kalian denpan PERKESO dengan kadar segera sebelum terlambat..kalian kunjungilah pejabat perkeso yang terdekat..ada 46 pejabat perkeso seluruh negara beb..


2.Seandainya semasa operasi nanti kalian gagal mendaftar dan berjaya dikesan sudah tentu kalian akan dikompaun...dan kemungkinan besar juga dihadapkan ke Mahkamah mengikut seksyen2 yang tertentu mengikut kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969..mengikut pengalaman aku banyak yang dikompaun ini adalah jenis majikan tegar yang sering kali mengelak untuk mendaftar perusahaan dan perniagaan mereka dengan perkeso.


3.Bertindaklah sebelum terlambat..cara daftar perusahaan adalah cukup mudah sekali dan aku dah buat entry khas untuk cara2 daftar perusahaan dengan perkeso..hangpa cari sendirila..yang pasti bulan November 2012 nanti kompem aku busy dengan operasi ni!!!!


4.Nasihat aku cukup mudah buat tauke2 syarikat janganlah hangpa kejam sangat kat pekerja...carumanlah pekerja hangpa dengan perkeso..jagalah kebajikan pekerja dan warisnya...takut dikemudian hari berlaku sesuatu yang tak diingini saper yang derita beb..aku tahu sangat bab2 kemalangan dan tragedi yang menimpa pekerja..sebab aku pegawai penyiasat kes...sentiasa siasat kes2 tuntutan beb..jadi lindungilah pekerja kalian dengan cara terbaik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan