Isnin, 29 Oktober 2012

siasat kes 6 pekerja cedera van kilang terbalik


1.Hari ni aku siasat kes kemalangan 6 pekerja Kimberly clark Kluang yang ditimpa kemalangan semasa hendak balik kerja..kejadian berlaku dalam jam 11.15 malam di KM 67 Jalan Batu Pahat-Mersing...jalan ni selekoh dan kiri kanan jalan semuanya pokok sawit kira waktu malam memang gelap kawasan ni..rutin depa kerja sentiasa pergi dan balik kerja dengan dihantar oleh Van kilang syarikat tempat depa ni kerja..

                                          ..er er sekadar gambar hiasan..

2.Nak jadikan cerita Van kilang yang depa naik seramai 6 orang ni telah terbabas lalu terbalik dengan keadaan semua tayar keatas...kesemua penumpang van kilang ini adalah pekerja Kimbberly Clark product (m) Sdn Bhd Kluang...depa terpaksa merangkak keluar dari Van kilang itu melalui pintu cermin belakang yang pecah!Punca kejadian dikatakan pemandu Van kilang yang depa berenam naiki ini cuba mengelak lori yang datang dari arah bertentangan yang masuk laluan van mereka...kerana mengelak lori itulah van yang dinaiki terbabas lalu terbalik dan teerpelosok ke dalam ladang sawit tepi jalan itu...Oleh kerana agak lewat malam..maka lewat jugak la bantuan terima..mereka agak bernasib baik kerana semuanya tidak tersepit dan boleh merangkak keluar dengan selamat...dan mereka juga bernasib baik kerana van kilang itu tidak terbakar!


3.Apa yang sedikit melucukan adalah kesemua meraka 6 pekerja ni adalah wanita yang dimana penghujung nama mereka adalah berakhiran dengan nama ..DAH!rasidah..samsidah..rafidah dan lain2 hehehe..kebetulan la tu..



4.Alhamdulilah aku jumpa meraka hari ni..6 pekerja semuanya perempuan...5 cedera ringan..sekadar luka-luka..tapi seorang patah tulang bahu..cuti sakit panjang jugakla lau patah tulang bahu gak..tulang atas bahu tu kat leher nak panggil tulang apa aku lupa la adeiii


5.Gambar kejadian depa tak sempat ambik sebab panik.. dan keenam enam yang terlibat tak benarkan aku uplod kat sini hahahaha depa malu..takpa la...ke enam-enam pekerja wanita tu 2 dari Nitar mersing 2 kampung gajah 2 kahang hehehe..lepas siasat kes ni aku lapaq pi makan sat kat Nasi Gulai kawah kat flat haji manan kluang hehehehe best woooooo




1 ulasan: