1.Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan tubuh badan yang sihat dapat teruskan tugas macam biasa..Hari ni aku ke simpang renggam bersama bos aku ..turut serta 2 orang pegawai khas Ahli Parlimen simpang senggam..
2.Hari ni jugak aku dapat melihat kasih sayang seorang ibu pada anaknya tidak ada tolak bandingnya..terharu aku tengok begitu tekun dan sabarnya seorang ibu menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan..anaknya itu lumpuh 100%..anaknya itu juga tak mampu lagi untuk berkata-kata apatah lagi untuk bergerak..sekadar terbaring kaku..
3.Beliau baru sahaja berusia 18 tahun..dulunya banyak membantu keluarga dengan bekerja sebagai kelindan lori..namun segala-galanya berubah selepas kemalangan menimpa beliau ketika beliau dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya...kemalangan yang berlaku itu telah telah merubah segala-galanya..darpada seorang yang aktif kini hanya mampu terbaring lesu..hidupnya kini bergantung sepenuhnya dengan bantuan ibu tersayang..
4.Aku tengok ibunya seperti seorang doktor terlatih..buat itu dan buat ini..cucuk sana cucuk sini..menguruskan anaknya..cukup sabar dan besar pengorbanan seorang ibu..ibunya tan swee tang memberitahu aku anaknya Kuan Yong Teck hanyan mampu terbaring sahaja..namun anaknya itu tidak pernah tidur..dan sebagai ibu beliau juga tidak mampu untuk melelapkan mata..setiap masa beliau perlu memantau keadaan anaknya itu...
5.setiap masa juga beliau perlu mengepam dan memastikan kahak2 dipam keluar dari leher anaknya..dengan mengunakan pam khas...semuanya dilakukan sendiri..
6.Bagi kami pihak perkeso hanya mampu membantu apa yang terdaya..selebihnya kekuatan mereka dan semangat merekalah yang boleh membantu mempercepatkan pemulihan..kami di perkeso khususnya perkeso kluang membekalkan pampers pakai buang sepanjang masa secara berkala pada setiap bulan kepada pesakit ini..selain itu banyak lagi alat-alat pemulihan yang kami bekalkan kepada mereka secara berkala dan ianya diberi percuma tanpa apa-apa bayaran untuk seumur hidupnya selagi ianya disahkan oleh pihak doktor yang beliau masih memerlukanya..katil khas untuk pesakit ini juga sedang diusahakan...begitu juga alatan pam kahak terbabit..
7.Selain cuti sakit yang berjumlah lebih rm10,000 telah di bayar untuk pesakit ini, hari ni pula lebih rm62,000 diberi atas pengesyoran jemaah doktor yang mengklasifikasikan beliau Hilang Upaya kekal 100%..selebihnya pesakit ini akan memperoleh bayaran pencen berkala secara bulanan lebih kurang RM1200 untuk sepanjang hayatnya...bagi ibunya pula satu elaun khas dipanggil Elaun Layanan Sentiasa (ELS) juga diberikan khas untuk ibunya yang menjaga pesakit ini...
8.Semoga bantuan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban pencarum dan keluarga untuk mengharungi 1001 macam dugaan selepas ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan