Rabu, 31 Julai 2013

jelajah kelab rekreasi dan sukan pejabat perkeso kluang@sumbangan hari raya 2013



1.Hari ni aku bersama team pejabat perkeso kluang menjelajah dari rumah ke rumah penerima faedah  perkeso yang terpilih yakni dari golongan kurang berkemampuan untuk mennyampaikan sumbangan sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi..lebih kurang 20 penerima sumbangan terpilih mendapat sumbangan ini..dimana sumbangan ini adalah dari Kelab Rekreasi dan sukan pejabat perkeso kluang..er er hasil derma kutipan dari kakitangan opis aku laaa..banyak la jugak dapat :)


2.Turut menyertai sesi jelajah dari rumah ke rumah ini adalah bos aku sendiri hehehe Encik Zanurin Zakaria hehehe..siap bersusah payah bawa beras lagi tu hohoho..sememangnya beliau suka turun padang beb..sejak dari dulu sampai la ni tak jemu2 beliau turun padang..hehehe sama gak dengan aku wakakakaka..tapi aku bab2 ambil gambar ok..tapi nak masuk dalam gambar sama tu malu la kakakakaka.. :)



3.Bagus juga program sebegini..selain dapat bertanya khabar dengan penerima2 faedah perkeso ia juga berupaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan kan kan kan


4.Aku malas plak nak tulis panjang2 memalam macam ni mengantuk la geng hahahaha esok ada majlis lagi beb..lagi pun esok majlis besar woooooo siap exco kerajaan negeri datang tuuuuuu..hm hm nanti aku cerita esokla ye..

2 ulasan:

  1. Awatnya tak masuk dalam gambar sekali... leh kenal2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...jadi tukang ambil gambar kekekeke tak dak sape sudi nak ambik gambar saya hahaha

      Padam