Rabu, 9 Mac 2011

Dua kakitangan telekom maut nahas di kluang



KLUANG - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) maut dalam kemalangan manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan pasir di kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam.

Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, kejadian kemalangan maut tersebut berlaku lebih kurang jam 8 pagi semalam.

“Dalam kejadian di Kampung Gajah tersebut, kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki tiga mangsa itu telah melalui laluan yang bertentangan sehingga merempuh treler pasir dan dipercayai pemandu mengantuk.

“Bagaimanapun, pemandu yang dikenali Jasni Samad, 51, gagal mengelak sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum merempuh treler berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Fawzi berkata, kedua-dua kakitangan TM yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Abdul Malik Abdullah, 49, dan Abdul Wahab Jaafar, 51, manakala pemandu kereta, mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, mayat dan pemandu kereta di hantar ke Hospital Kluang dan ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berasal dari Mersing dan lengkap memakai uniform syarikat.

“Dalam pada itu, pemandu treler yang berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Mayat mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kluang berkata, pihaknya berkejar ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan ada mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut itu.

“Apabila tiba di lokasi, kami (bomba) mendapati dua mangsa di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan itu tersepit manakala seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mereka.

“Manakala, pemandu cedera parah kerana tersepit pada bahagian kaki dan mengalami pendarahan di beberapa bahagian tubuhnya,” katanya.

**saya akan berada di mersing esok untuk menyiasat kes ini,yang saya pasti ianya kes bencana kerja ia berdasarkan liputan meluas media massa yang mengatakan Allahyarham dalam perjalanan ke pejabat TM kluang untuk menghadiri kursus.. dan jika sekiranya ianya bencana kerja maka kes ini diklasifikasikan kes FOT yakni waris si mati itu layak memperoleh pencen Faedah Orang tanggungan..saya akan berbicara berkenaan Faedah orang tanggungan dikemudian sebaik mempunyai sedikit waktu**

2 ulasan: