1.Sepertimana dijanjikan..kata dikota, nasihat sudah pujuk rayu pun sudah hari ni operasi secara besar-besaran telah diadakan meliputi beberapa kawasan yang telah ditetapkan hasil daripada tinjauan 'unit risikan' yang terlebih dahulu memantau sejak beberapa minggu yang lalu..hakikatnya serbuan dan terjahan ini telah membuahkan hasil..mereka gagal mengelak..mereka gagal memberi 1001 alasan mereka kaku.. kelu lidah tidak terkata..umpama pertemuan si dara dan si teruna buat kali pertama hahaha..
ini pengusaha kantin salah sebuah sekolah di kluang..ehem ehem
kami tetamu..diundang ka tak diundang ka kami tetap datang dengan selamba hahaha..mana mau lari aaaaa
2.Operasi yang ditargetkan ke beberapa kawasan hari ini telah menyebabkan mereka yang cuba mengelak dan ingkar selama ini mati langkah, apatah lagi tonto pun gagal mnegesan pergerakan kami..cuma ada satu tempat dikhabarkan maklumat telah bocor..hampeh depa tutup semua kedai terutamanya kedai makan!!!buat sementara waktu kamu bergembira...jangan ingat kami tidak akan kembali ke tempat kamu...berapa lama kamu mampu menutup kedai kamu???berapa lama kamu mampu mengelak kami?tindakan kurang bijak ekoran kebocoran maklumat itu ternyata akan memakan diri sendiri kelak..tunggulaaa hangpa nak lari mana beb!
3.Gerakan operasi yang melibatkan bilangan kakitangan operasi yang besar telah ternyata memberi impak yang besar bukan sahaja pada kejayaan operasi bahkan ianya telah memberi imej yang mengerunkan kepada pihak majikan yang ingkar agar berfikir panjang sebelum melakukan tindakan yang menyalahi undang2..jika mereka menyerah diri kan senang, ini tidak mereka menunjukkan sikap degil mengalahkan budak2!...dalam operasi hari ni juga beberapa kawasan perniagaan yang tersembunyi berjaya dikesan dan majikan terbabit telah diberikan kompaun serta merta!
4.Ini baru hari pertama..hari pertama sebagai pemanas badan..tunggu..pelbagai kejutan akan menanti hari seterusnya..dan amat diharapkan info operasi sulit ini mampu dipertahankan kerahsiaannya lantas berjaya memerangkap mereka yang betul2 hardcore dlm kategori kedegilannya hehehe...hangpa jangan ingat kami pi siang saja yaa..helo kedai2 makan..helo pub2 helo kedai2 tomyam..kami operasi siang malam kini..selagi kami belum sampai didepan pintu anda maka elok la esok pagi cepat2 ke pejabat perkeso terdekat..serah diri lebih afdal..InsyaALLAH tidak dikompaun..dan jika sekiranya premis kamu sempat diserbu maka langkah kirila kamu..dan langkah kanan bagi kami..kerna itu tugas dan tanggungjawab kami untuk mempastikan kebajikan pekerja terbela..sesungguhnya amat kejam dan tidak berhati perut jika anda selaku majikan mengabaikan hak pekerja...jangan berlagak hero dan diktator kerna diktator tak kekal lama kakakaka dengan la nasihat kami ni hah..tak caya..tanyala hosni mubarak dan ben ali kakakaka depa tu degil la tu sebab tu jatuh kakaka..
5.Cukupla untuk kali ni..penat ni..sok operasi diteruskan..tempatnya biarla rahsia..kerna kerahsiaan itu mampu memberi 1001 nikmat dan 1001 kejutan kepada kalian..yang pasti kami akan sentiasa melangkah dan terus melangkah..mara terus mara..tiada batasan tiada tempat yang tertentu dibandar dihutan dirimba ..demi menjaga kebajikan pekerja dan rakyat jelata..
wah gerun gerun takut takut huhuhu
BalasPadam;D
hehehe...siang dan malam kini operasi
BalasPadam