1.Hari ni aku pagi2 dah ke mersing sepanjang jalan hari ni hujan lebat..bawa keta tak laju slow2 je, sempat singgah sebentar di tempat berlaku kemalangan yang mengorbankan 2 kakitangan TM tersebut...jam 10.00 dah kat pejabat telekom mersing..sebaik tiba depa baru habis mengadakan majlis tahlil untuk dua kakitangan yang meninggal dunia itu..mereka terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di Km 76 jalan batu pahat mersing..sepatutnya Allahyarham menyertai kursus di TM kluang..tu merupakan hari kedua mereka menyertai kursus yang bermula 7 mac-8 mac,depa berulang alik..namun perjalanan hari kedua itu merupakan perjalanan terakhir mereka..Al-fatihah, saya difahamkan en.jasni samad pemandu pada hari kejadian dah mulai sedar dan dan mula bertanya nasib yang menimpa 2 arwah tadi..hope en.jasni juga tabah..nak buat macam ne benda dah jadi..
2.Banyak masa aku kat pejabat telekom membantu depa apa yang patut...namun berbaloi semua dokumen hampir 98% siap!!!cuma sikit sahaja lagi yang diperlukan..itupun kerna masalah perkomputeran..lebih kurang jam 1.00 ptg baru selesai
3.Jam 2 petang baru bertolak ke kampung tenglu..ke rumah balu terbabit..sebut pasai kampung teglu aku setiap kali masuk kamgpung tenglu kat mersing kompem sesat punyer!tak tau macam ne depa ni buat jalan adeiii mcm jalan tikus daaa :) banyak sangat jalan..macam biasa jumpa balu dan anak2 tanya apa yang patut dan selesaikan beberapa hal ehwal dokumentasi...jam 3 lebih baru siap...bergerak plak dari mersing ke taman sri endau @endau..ni balu yang kedua..Alhamdulilah selesai dalam jam 4.30 ptg..hujan masih lebat..dari endau bergegas hendak balik ke kluang sebab sebelah malam aku de operasi but hm tak sempat dah...sampai kluang dah nak kui 7 petang...cepat sangat masa berlalu..
bersama pihak pengurusan Telekom malaysia dan balu di kampung tenglu@mersing hope tabah sentisa hendaknya
4.Jutaan terima kasih buat team pengurusan telekom mersing khususnya en.kadir,dan para pegawai khasnya ketua jabatan johor utara kerna memberi kerjasama yang amat baik..thanks juga buat pengurus sumber manusia TM ibu pejabat KL dan pengurus sumber manusia TM johor Bharu kerna melicinkan urusan aku hari ni..maafla hasil siasatan tak bleh nak citerla beb...tu urusan rasmi..lain kali de masa aku coretkan lagi pe yang menyentuh hati dan perasaan dikala menyelami mereka yang kehilangan tempat bergantung...lantas aku sendiri juga terbayang benda yang sama dikala aku juga bekerja bertemankan kereta yang beriramakan deruman enjin..masaku banyak dihabiskan disitu dan aku sentiasa mengharapkan jika berlaku apa2 ketas diriku..harap mereka juga bertindak segera sepertimana aku bertindak..Allahuakbar lamunan itu khayalan itu igauan itu harapnya ia satu imignasi jauh sekali dari realiti hendaknya..
5.Apa yang pasti hakikatnya tetap hakikat..mati itu pasti..Surah Ali-Imraan ayat 185,“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelak balasan kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah berjaya. Sesungguhnya tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan