Sabtu, 5 Mac 2011

Pesakit@Orang berinsurans menjadi Pelakon hebat bila ke Jemaah doktor (PERKESO)

1.Petang tadi sambil santai aku buka blog carian dan terjumpalah dengan satu blog yang cukup berguna dan dan ada bersangkutan dengan apa yang aku lakukan kini..banyak tulisan beliau ada kebenaranya tentang Jemaah Doktor perkeso dan apa yang berlaku didalamnya..aku rasa penulis blog itu cukup arif mengenai Jemaah Doktor dan aku dapat rasakan beliau adalah salah seorang panel Jemaah Doktor disalah sebuah negeri..lupakan tentang beliau, apa yang lebih penting yang aku cuba nak kongsikan adalah jupaan dan dapatan beliau sepanjang mengendalikan kes2 dari pihak pencarum perkeso yang mendapat kemalangan..yang khususnya merujuk kepada kes hilang upaya kekal (HUK) dan permohonan pencen Ilat..

2.Pertama sekali aku cuba senangkan cara bercerita hahahaha hangpa nak paham ka xdapat paham ka terpulang ka hangpa lah hahaha..secara ringkas biasanya Jemaah Doktor ni depa nak lihat dan buat keputusan mengenai permohonan yang dihantar oleh pencarum perkeso yang mendapat kemalangan yakni yang disahkan sebagai bencana kerja selepas sesi siasatan oleh pengawai penyiasat kes dilakukan...lu orang jangan anggap perkeso senang ditipu oooo depa ada pegawai penyiasat terlatih dan boleh dikatakan cukup hebat!!!.hehehe..ada gaya CSI ka hahaha


lagi gaya CSI bekerja hahaha..anda usah menipu gerak geri kamu sentiasa dalam pemerhatian pegawai penyiasat..anda tidak akan sedar akan perkara ini..sedar2 je pencen ditarik balik..so jangan main2..jangan sesekali nak dapatkan duit mudah dengan cara menipu!!!



3.Kes2 yang dirujuk kepada jemaah doktor melibatkan tafsiran hilang upaya kekal (HUK)yakni selepas hilang upaya sementara habis dibayar..senang cakap hilang upaya sementara tu bayaran terhadap cuti sakit hasil dari bencana kerja..selain dari tu Jemaah doktor juga menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat pencen Ilat atau pun tidak..kuasa Jemaah doktor ni cukup besar..bab2 kuasa besar depa ni malas aku nak ulas..namun nak jadi Ahli Jemaah doktor bukan calang doktor beb..doktor sakit puan xbleh geng hehehehe..depa ni ada sijil khas beb..Pemegang sijil 'Certified Medical Impairment Assessor (CMIA)' ini kompeten untuk penilaian tahap ketidakupayaan seseorang..dan pe persen nilaian tahap hilang upaya kekal yang akan ditafsirkan!dan depa juga mempunyai kepakaran untuk tentukan anda layak menerima pencen Ilat/menghidapi keilatan atau tidak!


4.Biasanya pihak perkeso akan mengutuskan surat untuk memaklumkan kepada hangpa yang menuntut Hilang Upaya kekal dan Pencen Ilat bila hangpa kena ke Jemaah Doktor..dan bila sampai surat tu sila la sahkan kehadiran anda ke sidang Jemaah Doktor tersebut..jangan tak datang plak, jangan duk bagi depa peningla beb..pihak perkeso dalam bab ini hanya menjadi pengantara sahaja!!!yang menentukan kamu dapat pe persen dan ilat atau tidak adalah pihak Jemaah Doktor!!!Depa ni pakar hangpa tak payah la duk jadi pelakon atau Aktor..walau macam mana baik sekalipun lakonan anda dalam bilik Jemaah doktor anda tak kan mampu memperdayakan Jemaah doktor ni hah..so jangan duk buat kerje bebal dan memalukan diri kamu sendiri la.

5. Aku petik apa yang dikatakan oleh salah seorang ahli jemaah doktor yang dikenali Dr sahi dalam blog beliau ada mengatakan "Yang best jadi ahli jemaah doktor khas ni, kita dapat tengok banyak drama free.. Mungkin patut pelakon Rosyam Nor.. rancangan pilih kasih.. datang buat audition sini.. ada banyak bakat primadona yang hebat2 di sini.. bayangkan.. masuk dalam bilik jemaah bersidang dengan kerusi roda, tapi bila keluar dari compound hospital, nampak pula berlari kejar teksi.. masuk bilik jemaah bersidang pakai tongkat terbongkok-bongkok, bila diberitahu tidak layak menuntut atas sebab tertentu, tinggal tongkat dalam bilik, berdiri tegak dan sihat dan terus keluar.. Ni lagi best, semasa pemeriksaan, belum pun sentuh lagi sudah mengadoi.. adoiii.. padahal di luar bilik persidangan, bukan main lagi gelak sakan dengan rakan.. bertepuk tampar.. Ni belum lagi masuk bab org menuntut pampasan tu berguling2 di lantai.. dan pandai mengeluarkan air mata yang mencurah2, sedangkan gelak sakan, bertepuk tampar di luar.. Rosyam Nor, datanglah join kami.. kami sediakan tempat duduk khas" itu sedikit petikan dari blog salah seorang ahli jemaah doktor..sebenarnya dah lama pun benda ni aku tahu...bagi yang betul2 yang sakit ok mereka yang betul sakit berhak mendapat hakya sepertimana ditentukan, namun yang duk berlakon pura-pura sakit kerana mahukan per sen tinggi sorry la beb hentikan kerja buang masa dan memalukan itu kerna perbuatan itu hanya sia2 belaka...nak berlakon sangat pi la masuk uji bakat program pilih kasih RTM tu hah..kasi itu rosyan nor ambik jadi pelakon!


6.Ingatla perbuatan keji dengan cara berlakon sakit untuk menipu jemaah doktor adalah perbuatan terkutuk dan merampas hak orang lain yg sepatutnya hanpa tak dapat..bagi yang beragama Islam...hangpa kena ingat hukum halal dan haram beb..jangan kerana inginkan pencen ilat kita bagi anak bini kita duit pencen hasil dari penipuan kita..ingatla jangan memberi anak isteri kita makan makanan hasil daripada cara yang salah..kesian mereka..sebelum berbuat sesuatu yang tak baik fikirla anak isteri kita dulu hehehe




duit hasil penipuan tak kan kemana mana beb...bahkan di akhirat nanti jawabla kamu...kerna kita hidup ini tidak lama...


Diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani, dari Abdullah bin Masud radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Mencari rezeki yang halal itu adalah wajib selepas perkara-perkara fardhu yang lain".

Tafsir S.Al-Baqarah:188
"Jangan Mengambil Hak orang Lain Secara batil"

Bismillahirrahmaanirrahiim,

" Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui".

7.Bab lakonan dalam jemaah doktor kita tinggalkan sekejap hahaha malas aku nak ulas panjang lebar buat panaskan hati je!!!Aku juga nak habaq mai kat umum bahawa jikala keputusan dari jemaah doktor ni menolak kes ilat dan juga ada yang memberi persen rendah dan ada yang tiada hilang upaya kekal langsung ..hang jangan duk jadi tolol dan merasuk yang bukan bukan kat pejabat perkeso!!!dengar sini tak kira siapa anda..pihak media ka..pihak wakil rakyat ka pihak penyibuk orang tengah ka..ingin dijelaskan bahawa setiap keputusan jemaah doktor adalah keputusan pakar dan mereka memberi keputusan berdasarkan laporan perubatan bukan main hentam je!!!dan harus diingat keputusan mereka bukanya pihak perkeso yang beri tapi itu keputusan jemaah doktor maka jangan duk hentam perkeso kononya pihak perkeso zalim menolak kes ilat mereka..jangan duk pi cari ahli politik itu dan ini!!dengan kata senang depa jangan duk main campur tanganla beb!!!depa buat keje depa sudahla..jangan duk bagi yang tak dapat jadi dapat..itu pecah amanah namanya..politik biarla politik..




8. sayugia diingatkan ini adalah prosedur biasa..cubala menjadi rakyat yang berintegriti sikit jangan duk tahu menyalahkan orang lain saja!!!sikit2 masuk tv3 sikit adu sana adu sini..kalau dah tak layak pasrah sajalah jangan duk main nak makan duit tabungan dengan cara yang tak betui!!!aku marah sikit je but ianya bersebab!sebab dalam itu juga duit aku ada sama..duit rakyat!!!namun bagila pada yang betui2 berhak!!!

9. Satu lagi Implikasi besar akan gejala penipuan ianya mampu memufliskan perkeso dalam jangka masa panjang....aku tak kata macam tu tapi ramai yang duk kata begitu.. Cuba tengok figure ini.. jumlah keselurahan caruman pekerja dan majikan kepada PERKESO dlm 2009 adalah RM1.8 billion.. Jumlah caruman tidak banyak berubah setiap tahun.. pampasan yg dikeluarkan oleh perkeso kepada pekerja pd tahun 2010 adalah RM1.5billion.. dengan peningkatan 19.1% berbanding tahun lepas.. ini bersamaan dengan penambahan sebanyak lebih kurang RM0.3 billion setahun.. Bermaksud, kalau trend ini berlanjutan, maka sendiri punya ingatla apa akan jadi...

10.Aku macam biasala menulis untuk tatapan aku sendiri tanpa mewakili mana2 pihak dan organisasi..aku meluahkan apa yang aku rasa berhak aku katakan kerna aku juga pencarum perkeso..aku tak mau depa yang sihat walafiat mendapat pe yang tak sepatutnya depa dapat..apa yang aku inginkan masyarakat khususnya pencarum berfikiran positif dan tidak bermentalitikan pampasan semata-mata..jika itu hak kita maka kita wajar tuntut..namun jika inya satu penipuan maka Insaf dan bertaubatlah dan jangan diulangi lagi kerna tindakan sebegitu mampu meruntuhkan perkeso..dan ianya tidak mustahil untuk berlaku!dan inilah yang aku tidak ingin lihat ianya terjadi!!!!!!!!!!!


ada member tanya itu kalu kalau malam pertama lepas kahwin ada itu hilang upaya kekal boleh tuntut sama socso ka..aiyaaa mau aku sekeh je dia ni..kalau leh tuntut tiap2 malam aku buat kasi olang rumah HUK la kakaka wakakaka adeiiiii siot je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan