1. Kali ni aku nak berkongsi sedikit sebanyak info yang perlu diwar warkan agar tiada lagi alasan bahawa amat sukar untuk mendapat apa2 maklumat berkaitan pendaftaran mjikan dengan pihak perkeso..kali ni aku cuba memberi maklumat dengan cara cukup santai dan ayat2 mudah setaraf ayat budak tadika pun leh memahami agar ianya cukup untuk membolehkan apa yang nak disampaikan ini dapat difahami..
2. Aku tak nak pergi secara spesifik cuma aku nak sentuh secara umum sahaja..pada aku lau sentuh secara umum je pun dah boleh faham sebab ianya cukup mudah semudah kita mengenal ABC dan tidakla sesukar dan serumit untuk mengenal erti cinta hahaha..
3. Baik..kila langkah perguruan pertama...tak payah nak pi jauh..tanya diri sendiri dulu kita ni majikan ka apa...dan apa itu majikan hahaha kalau kita makan gaji dengan kerajaan tak yah la duk menyibuk hahahaha perkeso tak de kena mengena dengan kakitangan awam hahaha depa kakitangan awam mana bayar caruman..lain la lau badan berkanun..
majikan ni dengan kata mudah dan ringkas bila kita de syarikat tak kirala syarikat tu besar ka kecil dan tak kirala syarikat apa sekalipun..contohnya syarikat jual budu pun wajib mendaftar dan mencarum pekerjanya pada perkeso, itu pun jika ada pekerja warganegara malaysia la...itu mat bangla tak masuklaa pi jauh2 kakaka..
nah contoh2 kedai ni hah...tak kirala kedai kecil ka besar asalkan de pekerja wajib daftar dengan perkeso..opsss sebelum aku lupa baik aku jelaskan betui2 bab ini..yakni jika pekerja tu isteri kepada majikan sendiri dan syarikat majikan itu adalah syarikat milikan tunggal maka ianya tak perlu didaftarkan dengan perkeso...namun jika ada pekerja lain selain dari isterinya maka ianya wajib didaftarkan macam biasa la..
4. Seterusnya jika dah sohih kita ni majikan maka kita pi la ke pejabat perkeso terdekat dan mintalah borang 1 dengan depa..borang 1 tu adalah borang yang kita nak daftar perusahaan/kedai/syarikat kita dengan pihak perkeso...ingat tu borang 1..bukan borang nikah lain plak hahaha..borang 1 lebih kurang macam ni la..
borang 1 ni perlu diisi dalam 3 salinan..ala senang je nak isi tak susah pun, jawab je apa yang ditanya dalam borang tuuu kalau tak tahu tanya petugas kat kaunter InsyaAllah depa sedia membantu..harus diingat semasa hangpa nak isi borang 1 hangpa kena isi betul2 butiranya..seperti nama syarikat,bilangan pekerja,tahun pertama pekerja mula kerja dan lain2 la..nanti dapatkan borang 1 hangpa tengok sendirilah..
5. Pada kebiasaanya kalau hangpa minta borang 1 kompem depa akan bagi sama borang 2,borang 2 adalah borang pendaftaran pekerja yakni dalam borang tu lah kita tulis nama pekerja kita dan bila dorang mula kerja tu yang paling pengting, dan pastikan nama dan nombor kad pengenalan pekerja juga ditulis dengan betul supaya nanti tidak berlaku salah cetak nama di borang 8A nanti...borang 2 lebih kurang macam ni lah..
6. Ok, la ni borang 1 dah isi borang 2 pun dah isi maka hampir lengkaplah proses pendaftaran majikan dengan pihak perkeso..cuma yang tinggal adalah borang yang di isi itu perlu disertakan dengan beberapa dokumen lain la seperti lesen perniagaan/pendaftaran syarikat dari suruhanjaya syarikat malaysia dan lain2..nak lebih senang hangpa tengokla chek list/senarai semak yang aku tunjuk ni hah..senang je lah..hehehe malas aku nak tulis satu persatu..lagipun hangpa semua majikan bijak2 dan baik2 belaka kompem leh baca kan hehehe..nah tengok senarai semak ni lah
7.Yeahhh yeahhh sekarang pendaftaran majikan dengan pihak socso dah lengkap...mudah bukan hahahaha tak susah pun ehhh...bilamana dah daftar hangpa tunggu la dalam 7 hari nanti hangpa akan dapatla No.kod majikan yakni nombor akaun syarikat hangpa dengan perkeso..Nombor kod majikan tu penting kerana semasa bayaran nanti no.kod majikan itu perlu diisi..biasanya bila dah dapat nombor kod majikan maka sahla syarikat hangpa dah selamat di daftarkan dengan pihak perkeso!alaa surat pemberitahuan lebih kurang mcm ni la..:)
Ok aku rasa cukup di sini untuk sesi perkongsian ilmu hari ni hahahaha aku cuma nak habaq tentang betapa mudahnya nak daftar perusahaan@perniagaan kita dengan perkeso..tak susah pun ehh..just isi borang 1,borang 2 je..amat mudah!!!!
Nanti ada masa dan ketika aku nak habaq plak macam mana cara2 nak buat caruman dan macam mana ia dilakukan..hahaha juga cukup senang dan amat mudah..
sayugia diingatkan aku cuma nak berkongsi ilmu jaaa aku bagi penerangan main santai je..untuk penerangan yang lengkap hangpa pi la kat pejabat perkeso terdekat!!!Namun jika hangpa ikut langkah mudah yang aku habaq kat atas ni maka sudah cukup untuk membolehkan syarikat hangpa di daftarkan dengan perkeso..cukup mudah bukan!!!!
Dan sekiranya hangpa malu untuk bertanya..maka hangpa pi la pejabat perkeso terdekat dan hangpa cuba ambik buku ni..ianya percuma je..ada diletakkan di kaunter ...hangpa ambik dan baca..semua tentang pendaftaran majikan dengan perkeso ada dalam buku pandua tu hehehe..nah macam ni rupa buku tuuu..buku kuning hahahaha bukan buku jingga tau..itu buku jingga anwar Ibrahim punyer..ini buku kuning perkeso punyer hahahaha..
Akhir kata...sayangilah pekerja anda sepertimana anda menyayangi diri dan keluarga anda..langkahnya cukup mudah hanya perlu ke pejabat perkeso terdekat dan daftarla perusahaan anda dengan perkeso...bertindaklah sebelum terlambat..jangan biarkan pekerja anda merintih kerana kealpaan anda..jangan biarkan mereka meratap merayu untuk sesuap nasi dikemudian hari kerana kesalahan dan kesiapan anda sebagai majikan..kasihanilah pekerja anda..lindungilah mereka dan waris2nya..
nak copy pes bleh? ;D
BalasPadamhehe sila3 :)
BalasPadamsalam info yg mnarik.. mahu share diblog sy bole tak?? nnti sy taruk sources n citation blog awak skali.. =D
BalasPadamQarami:wasalam..boleh je no hal.thanks
BalasPadamsalam encik,
BalasPadammahu bertanya lg. jikalau kita bru bekerja adakah perkeso cover juga.. sy bru je berkerja dan bru mencarum skali saja dgn company tu..
2) tuntutan hilang upaya sementara dgn tuntutan ganti belanja ialah dua tuntutan yg berlainan kan??
terima kasih encik kabutar!
wasalam encik Qarami:1.perkeso melindungi pekerja waima berlaku kemalangan semasa baru sahaja hendak pergi kerja pada hari pertama lagi...yakni ketika saudara ingin melapor diri sebagai pekerja maka anda telah dilindu oleh pihak perkeso.
BalasPadam2.ya..betul tu,tuntutan HUS yakni tuntutan hilang upaya sementara merujuk kepada bilangan MC/cuti sakit yang saudara terima.manakala bayaran ganti belanja pula adalah merujuk kepada bil perubatan.thanks kerana bertanya.
terima kasih byk2 atas segala info. sy telah menghantar borang tuntutan kpd majikan dan mereka akan serahkan kpd perkeso. semoga segala proses akan berjalan lancar.
BalasPadamsaya akan share info berguna dr blog encik ni utk maklumat semua pembaca.. maklumlah kalau tak terjadi bencana begini kita semua takpernah tahu apa itu fungsi perkeso..
terima kasih byk2.. =)
Encik Qarami:terima kasih banyk2 kerana bertanya,saya akan cuba memberi segala info untuk memudahkan dan membantu setiap pekerja yang masih tidak tahu macam mana untuk membuat tuntutan.
BalasPadam2.Saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk perkongsian Ilmu.Encik Qarami boleh share info no hal hehehe
macam mana kita nak tau majikan kita dah daftar kan perkeso tuk kita,, sbb majikan sy ckap, dah daftar kan sy, n da carum.. tp bila sy e-semak masukkan no ic, takda rekod ditemui.. means sy still xberdaftar lg ke? tq..
BalasPadamuntuk makluman hanya pekerja sektor swasta,badan berkanun dan sewaktu denganya sahaja yang layak mencarum dengan perkeso..
Padam2.Cara semakan sila ke pejabat perkeso terdekat..bawa salinan IC untuk semakan atau hubungi pejabat perkeso terdekat
Thanks bro atas perkongsian ilmu....
BalasPadamsaya nak tanya ttg pendaftaran pekerja baru ni. majikan dah daftar, pekerja baru ada dua orang. so majikan kena isi borang apa utk pendaftaran pekerja bru tu?
BalasPadamPuan Isi Borang 2 je puan :)
Padamsaya dah isi ni, nak hantar kat mana borang pekerja ni?
PadamHantar ke pejabat perkeso terdekat puan
Padamsalam..nk tye, socso ni majikan yg daftar or pkerja tu sendiri? setiap kali kita brtukar tempat kerja means kena daftar lain?
BalasPadamwasalam hehehe majikan kena daftar pekerja...hehe bukan kita sebagai pekerja yang buat :)
PadamSaya baru bekerja dan majikan menyuruh saya mendaftar sendiri. Boleh ke? Atau majikan saya bodoh?
BalasPadamhahaha majikan puan sama macam puan kata kan kah kah kah..namun takpe just isi boring 2 dan boleh hantar ke pejabat perkeso terdekat..boring 2 tu majikan yang kena tandatangan la
BalasPadamKemalangan berlaku bukan hari bekerja,koma 1 bulan lebih,pastu meninggal...kerja tempat tu tak sampai sebulan lg...boleh buat tuntutan perkeso ke?....tq
BalasPadamluar tempat kerja tak dapat puan melainkan puan semak kat pejabat perkeso terdekat caruman si mati apakah caruman arwah cukup untuk memohon pencen penakat atau sebaliknya.
PadamSaya nak tnya. Saya kerja di tadika.. Tp majikan xd pun daftar perkeso.. Ker tadika xperlu daftar perkeso.. Huhu..
BalasPadamyoooo puan hehehe sory geng line internet umah wa jem beb hahaha adoiiii meme lambat la nak leh masuk blog ni..
Padampuan SEMUA JENIS TADIKA YANG MENGAJIKAN PERKERJA WAJIB DAFTAR DAN MENCARUM PEKERJA MEREKA DENGAN PIHAK PERKESO hehehe WAJIB puan..makanya kalau tak daftar kalau ada Operasi hehehe kena saman la puan..dan kalau pekerja kemalangan kesianla depa takd apat apa2 puan..sob sob sob..
Puan elok buat aduan kat perkeso dengan segera hehehe
tumpang tanya. mcm saya ni majikan yang dah berdaftar dengan perkeso. pekerja sy pun dah di daftar. bagaimana pula dengan pekerja yg baru bekerja dengan kami. perlu isi borang 2 sahaja ke atau borang 1 & 2?
BalasPadamtuan kalau majikan dah berdaftar dengan pihak Perkeso dan selepas itu ada penambahan pekerja maka tuan hanya perlu isi borang 2 sahaja tuan,borang 1 X PERLU hehehe borang 1 hanya isi sekali masa nak daftar majikan untuk dapatkan nombor kod majikan sahaja tuan.
PadamTahniah tuan kerana berdaftar dan membuat caruman dengan pihak perkeso Inshallah pekerja tuan akan mendapat faedahnya kemudian hari.
Terima kasih tuan...
Padamsama sama tuan ohh ya masa nak hantar boring 2 pastikan 1 salinan IC pekerja dilampirkan bersama tuan
Padam