Khamis, 3 Mac 2011

hari keluarga@gorek bay resort

1.Agak lama aku tak update blog ni dek kerana tuntutan waktu yang sentiasa tidak mengizinkan aku mencoret catatan seperti biasa, aku sebenarnya penat dan penat! tambahan pula di awal tahun sebegini banyak perkara yang perlu dilakukan.

Namun begitu dalam kesibukan tuntutan kerja dan urusan keluarga sempat juga kami berkumpul ramai2 untuk mengadakan family day..walaupun ianya cukup ringkas namun ianya cukup memuaskan dan mampu merehatkan dan menenangkan fikiran..sememangya betul kata orang bilamana kita berkumpul ramai2 apatah lagi bersama keluarga pasti amat menyeronokkan!!!



2.Di pendekkan cerita pada 26-27 februari lalu aku dan keluarga jabatan aku telah mengadakan family day yang diadakan di Gorek Bay resort tanjung resang mersing...tempatnya bestla sepadanla dengan wang ringgit yang aku keluarkan..nak pi sana pun tak susah..lau nak pi lu orang leh guna jalan nak pi endau dari mersing dan tiba di simpang tanjung resang hangpa belok je kiri...ala nampak simpang besar dan disebelahnya ada menara telekom tu la simpang nak pi tanjung resang..kompem tak kan sesat punyer!

Resort kat sini biasa-biasa je apa yang penting keseronokan bersama keluarga mampu dirasai..hari tu akulah yang paling lewat sampai hahahaha... depa kata aku bawa kereta macam siput babi hahaha wooo wooo bawa bawak kereta macam siput babi pun leh sangkut 2 saman speedy tau aiyaaa..sampai di Gorek bay dah kul 1.30 chek in terus makan hahaha..yang penting kasi perut penuh duluuuu..opsss sebelum tu masuk chek in dulu daaa


soruuu duluuuu kekeke


3. Sesudah makan aku n fmily pusing2 resort dulula..lagi pun aktiviti kami lambat lagi nak mula hehehe..jom tengok mana yang sempat aku snap hehehe..nak snap banyak pun aku malas la hehehe baik aku menikmati pemandangan indah dari duk snap je kkakaka



4.Petang tu pelbagai acara depa buat..er er aku ne la join gak hahahaha kasi bantai je janji ikut serta...but yang paling seronok mesti budak2 le..terutama anak aku ni hah..layan je laaaa



suasana sebelah petang...


sebelah malamnya..ada la jugak makan2 kasi bakaq itu ikan, sotong,udang dan ayam hehehe..de juga karoake but aku tak pandai nak nyanyi lau aku nyayi jugak maka ribut taufan la jawabnya hahahaha kesian la yang member2 yang tiduq dalam khemah tak pasai2 terbang khemah depa hahahaha...




sebelah malam juga sara dirai sempena hari lahirnya..but sara tido plak dah hampeh tui budak sara ni...


sebelah pagi soknya hehehe senamrobik :)


selepas senamrobik..makan dan terus balik hehehe..cukup setakat tuuu je lah..nanti de masa aku citer panjang lebar sampai 3 malam pun tak habih kekekeke...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan