Sabtu, 12 Mac 2011

Antara sayang dan tanggungjawab@sklur

1.Hari ni sepatutnya dah dalam pejalanan balik ke kampung halaman, dah lama jugala tak dapat balik kampung..but hari ni pi temankan wife kat sini selalunya jika cuti aku pi je layannn..tempat yang aku suka lepak gak with my wife n nur qaisara humaira,nur qaleesya humaira kecik lagi tak bleh ikut kasi tinggal je kekeke..


InsyaAllah sok bertolak balik ambik kesempatan dari cuti sekolah, balik kampung satu kewajiban namun dalam masa yang sama dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu aku sebenarnya serba salah dan amat serba salah sekali..
dikala semua rakan seperjuangan masih dalam Operasi khas selama sebulan aku plak terpaksa balik kampung selama 4 hari terpaksa terlepas sertai operasi tu..depa ni pun nak buat operasi plak dalam time cuti sekolah nak buat macam ne...kalau tak balik la ni maknanya dah hampir 4 bulan aku tak balik adeiii silap2 mak bapa aku pun kata aku dah lupa jalan balik hahahaha sory bapak sory mak..minta2 dapat terus menetap disana lagiiii bagus :)


2.Pagi-pagi dah wife kejutkan nak pi sekolah..adeiii sebenarnya aku kalau takde pe2 nak buat time cuti sememangnya aku suka melepak di tempat wife aku..tak kirala disekolah ka atau di pekan ka..janji kuar rumah leh rilek2 la sikit hehehe walaaupun kerja aku sememangnya leh dikatakan setiap hari diluar pejabat but jalan2 santai dengan wife n anak2 ni lain nikmatnya hehehe..tak dapat pi pantai santai kat sekolah pun jadilah hahahahaha..drive santai macam biasala..dalam santai2 tahun ni dah dua kali ne speedtrek kakaka..meter depa ni rosak ka apa..dalam 45 minit sampaila aku kat sini..slowww je kan kan



3.woooo sampai sekolah ingatkan nak santai tapi aiyaaa my wife dera la plak kakakaka adeiii ne buat macam2 aiyaaaa ye la cikgu i buatla apa yang you suruh hahahaha..patutla pagi tadi belanja makan nasi berlauk hahahaha adeiii tertipu kakakaka...antara suami dan isteri kita ne sentiasa main peranan hahaha biasala tu gurau senda kakaka..biasannya lau jerangkap@perangkap samar aku biasa dapat hidu dari awal hari ni tak dapat hidu awal kerna dah kenyang makan nasi berlauk tajaan dia tadi kakakaka terkena aku.


Rasulullah bersabda:
Isteri yang terbaik adalah isteri yang, membahagiakanmu saat kamu memandangnya, yang mematuhimu kalau kamu menyuruhnya, dan memelihara kehormatan dirinya san hartamu bila kamu tidak ada disisinya.

4.Berbalik pada 'jerangkap samar' yang aku terkena tadi lepas makan nasi berlauk dan sedikit kuih kami pun bekerjala..buat pe yang patut..sib baik de anak2 murid my wife tolong sama lau tak adeiii banyak gak la kerja tak siap..nak ne siap gak le..saper tak sayang bini woooooo kakakaka..opsss sayang bini bukan takut bini kakakaka..










5.Kita masuk bab serius sikit leh kan..ala biasala sambil2 santai kita kongsi pe yang patut, macam yang kita sedia maklum Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga.



Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

6.Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati, harap aku masuk dalam kategori ni la hehehe. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

7.Ok geng selamat berhujung minggu...sok nak balik kampung horeyyyyy..penat daaaa

5 ulasan: