Isnin, 7 Mac 2011
PERKESO lancar operasi besar - besaran kesan majikan ingkar
1.Seingat aku ni adalah kali ke tiga pihak PERKESO melancarkan Operasi secara besar-besaran untuk mengesan@memburu majikan yang belum mendaftar perusahaan dengan perkeso.Ianya lebih dikenali sebagai OPS Kesan dan telah memasuki siri ke 3..dan ianya bukan penamat disitu kerna ia pasti akan berulang dari semasa ke semasa mengikut keperluan..selagi wujud majikan ingkar maka selagi itulah mereka akan bekerja menjalankan tugas..yaaa tugas itu adalah salah satu ibadah jika ianya dilakukan dengan Ikhlas, dan jika sekiranya premis anda dikunjungi oleh Pasukan Operasi ini maka berilah kerja sama dengan sewajarnya..mereka bukan inginkan layanan umpama bulan dan bintang..jauh sekali untuk menindas anda..apatah lagi untuk menganiaya anda..mereka menjalankan tugas untuk memastikan kita sentiasa dilindugi..jauh dari itu mereka memberi 1001 harapan agar pabila kita ditimpa kecelakaan mahupun kematian maka waris kita ada pembelaannya..ingatla kita tidak mungkin mengentahui bila kita akan ditimpa musibah...
2.Bagi para pekerja majikan..tak kirala siapa anda sama ada anda adik beradik majikan,sepupu,saudara,menantu dan sebaginya jika anda tiada syer maka anda waajib didaftarkan sebagai pencarum dan sayugia diingatkan janganla kita memperbodohkan diri kita sendiri dengan bersekongkol dengan pihak majikan dengan mengatakan anda bukan pekerja mereka..bersikap jujurla pada diri anda sendiri..kasihanilah anak2 anda,kasihanilah waris2 anda dan kasihanilah isteri anda jika sekiranya apa2 berlaku apa yang anda tinggalkan kepada mereka???Anda seharusnya kehadapan untuk membantu pihak perkeso..berilah maklumat yang betul..buatla aduan dimana-mana pejabat perkeso terdekat..jika kat kluang pejabat perkeso de kat sini hah :)
Anda harus tahu bahawasanya kerna dek sedikit pertolongan anda itu ia mampu memberi impak yang besar kepada tugasan pihak perkeso..dengan kata lain kamu membantu perkeso dan perkeso membantu kamu..harus diingat pihak perkeso tiada apa2 keuntungan..mereka menjalankan tugas dan mengalas amanah yang diberikan semata-mata untuk mempastikan anda sentiasa dilindungi!
3. Berbalik kepada Operasi OPS Kesan siri 3 ini ianya dilakukan sepanjang bulan mac ini dimana dalam operasi ini ianya dilakukan siang dan malam, nasihat sudah..pujukan pun sudah,risalah2 telah disebarkan dari pintu ke pintu sepanjang februari nan lalu maka kini tibalah masanya untuk bertindak..bersabar ada batasannya orang kata..yang berdegil sedikit hukuman pengubat rinduuu sebagai kenang kenangan..itu dah sinonim dengan rakyat malaysia..selagi tak denda selagi tak kompaun selagi tak diheret ke mahkamah selagi itulah mereka degil dan hanyut dalam keegoan ciptaan mereka..bila sudah dikompaun bila sudah diterjah maka jangan salahkan pihak perkeso..salahkanla diri sendiri dulu sebelum mencari salah dan silap orang lain..dimana-mana negara ada undang-undangnya maka patuhilah selagi kita berada di negara ini...dikala siang dan malam pihak perkeso telah sebarkan risalah ini dari pintu ke pintu sepanjang februari yang lalu..mereka bekerja untuk kita lebih teruk dari kerja mat bangla..hargailah mereka..mereka kerja untuk kita sebenarnya..
4. Bermula 8 mac ini diseluruh negara anggota perkeso digerakkan untuk menyertai operasi ini..mereka akan menjalankan tugas seperti biasa..mereka tidak akan meminta apa2 dari anda..mereka hanya ingin memeriksa adakah anda telah mendaftar perusahaan dengan perkeso atau tidak..sekira belum maka pada hari itu anda akan didaftarkan dengan segera tanpa bertangguh lagi!!!
5.Apa hak anda sebagai majikan apabila dikunjungi pihak perkeso semasa operasi ini??anda boleh meminta pihak terbabit untuk menunjukkan kad kuasa mereka..hm mana la tahu kot2 ada plak yang cuba duk menyamar dan mengambil kesempatan...pegawai perkeso yang mengetuai operasi akan mempunyai kad kuasa dimana kad kuasa ini mempunyai kuasa2 khas di segi undang2..tertakluk kepada Akta keselamatan sosial pekerja 1969..anda minta kad kuasa je tauuu jangan duk minta kad kahwin ka kad kredit depa ka hahaha haruuu nanti oooo..kad kuasa pegawai perkeso lebih kurang macam ni la..
Dari segi pakaian plak semasa operasi depa ni akan memakai pakaian operasi seperti biasa..er er depa takla pakai pakaian mcm tentera hahaha..pakaian depa ni lebih kurang macam ni lahh..kalau nampak depa ni jangan duk tutup kedai plak beb hahaha..hangpa ni pun..agak2 la weiii tak kan nak tutup kedai sepanjang tahun hahahaha dan jangan sampai anda diselubungi sindrom ketakutan..caranya tiada lain tiada bukan daftarla perusahaan anda dengan sukarela..cepat2 pi pejabat perkeso sebelum depa ni tiba ke pintu kedai anda...kalau dah tercegat kat depan pintu maka hm hm doala banyak2 kakaka kot2 depa leh lembut hati hahahahaha...silap2 langkah kirila lu orang beb hahaha
er er..tahun ni depa pakai topi la hahaha maklumla musim panas ni hah..takkan nak pi operasi pakai payung plak adeiii alaaaaa anja nyer diaaa berpayung plak dah kakakaka
6.Akhir kata..sekali lagi aku dengan serendah hatinya memohon kepada anda2 diluar sana berilah kerja sama sebaik mungkin..salurkanla maklumat jika ada..kunjungila pejabat2 perkeso terdekat untuk maklumat lanjut jika memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat depa amat mengalu alukan kedatangan anda...pi la tanya depa sedia menjawab 1001 macam persoalan yang ada dibenak fikiran anda..segala khidmat nasihat dan bantuan adalah PERCUMA!!!!!! tak yah malu la beb kat perkeso de bilik khas untuk anda berdiskusi@berbincang 3 hari 3 malam pun takpe kot hahaha..opssss sebelum terlupa Kepada yang masih berdegil, bakal berdepan penjara maksimum dua tahun atau denda RM10 ribu atau kedua-duanya.Sepanjang tahun lalu, lebih 4000 majikan dikenakan tindakan undang-undang. 513 pula diheret ke mahkamah membabitkan jumlah denda dikenakan hampir RM350 ribu..banyak juga tuuuuu
sekali lagi aku menulis atas kapasiti peribadi segala kesalahan mahupun kesilapan atas diri ini adalah tangungang sendiri.. langsung tiada niat untuk menonjolkan diri apatah lagi untuk bermegah megah..kerna kita hidup perlu ikhlas..ikhlas dalam membantu rakyat jelata..berjuangla selagi terdaya..patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat kuku...segala hayat dikandung bada selagi itu penaku tiada hentinya..tiada RNR@hentian untuk kerja sebegini kerna ianya satu dari rencah hidupku..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat kuku...
BalasPadambestnye ayat...! nak pinjam
Ayoyo..
BalasPadamNotis Bahasa Tamil pun ada? Hebat SOCSO nie..
Tahniah. Semoga operasi SOCSO berjaya mencapai matlamatnya mengganyang majikan2 degil & kedekut duit nie..
En:Dzul terima kasih..operasi sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa demi untuk membela kebajikan pekerja
BalasPadamsalam..nak tanya adakah sekolah agama rakyat perlu daftarkan guru-guru untuk perkeso..sekolah ni dah didaftarkan pada tahun 1990,tp guru-guru belum dicarumkan untuk perkeso,sbb kelemahan pentadbiran terdahulu..so,boleh ke nak carumkan guru-guru untuk perkeso bermula tahun ini..
BalasPadamwasalam..sememangnya guru2 dan kakitangan sekolah swasta WAJIB mendaftar dan mencarum kakitangan dengan pihak perekso tiada kekecualian dalam bab itu...walaubagaimanapun...caruman tetap dikira bilamana bila pekerja itu mula masuk bekerja...yakni jika ada guru telah mengajar sejak 1990 maka caruman guru itu bermula tahun 1990.wasalam
Padam