Rabu, 30 Mac 2011

tarian poco-poco haram!!!


1.Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

2.Bagi aku tarian poco-poco ni sejak dulu lagi patut diharamkan!apa kejadahnya tengok golongan wanita terhegeh hegeh goyang sana goyang sini menari tarian poco-poco ini, sekali tengok malu beb depa ni mcm tak sedar diri pun ada!

3.Tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :

1. Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.

2. Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.

3. Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.

4. Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.

5. Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.

sila rujuk garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 sebagai rujukan masyarakat Islam Malaysia seperti berikut :

1. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

2. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

3. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

4. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

5. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan

Kenapa hukum tarian poco-poco haram?
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian..

Mengikut pembacaan akula,Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

Lihatlah bagaimana pergerakannya membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.

Marilah kita sama-sama fikirkan. kerana ianya menimbul persoalan, kenapa tarian ini dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri saya dan kenalan sebangsa dan seagama saya semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
wallahwalam..

jangan sampai tiba bencana..kerna kerosakan yang kita lakukan

Dua balu kakitangan telekom terima faedah PERKESO


MERSING 15 Mac – Dua balu kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 76, Jalan Batu Pahat-Mersing pada 8 Mac lalu, menerima pampasan berupa Faedah Pengebumian dan bayaran pencen daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi di Kampung Gajah itu, kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki tiga pekerja TM dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler pasir mengakibatkan dua daripada mereka maut di tempat kejadian.


Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Abdul Malik Abdullah, 49, dan Abdul Wahab Jaafar, 51, manakala pemandu kereta tersebut, Jasni Samad, 51, cedera parah.

Zaimah Saliman, 42, balu kepada Abdul Malik dan Faridah Idris, 43, balu Abdul Wahab menerima kunjungan Pengurus Perkeso Kluang, Dundang Undong ke rumah masing-masing untuk penyampaian Faedah Pengebumian sebanyak RM1,500 dan Faedah Orang Tanggungan iaitu bayar pencen berdasarkan purata 90 peratus enam bulan terakhir di sini hari ini.


“Perkeso mengesahkan kemalangan yang menimpa suami mereka sebagai bencana kerja sekali gus melayakkan Zaimah dan Faridah menerima faedah tunai secara bulanan dalam bentuk pencen di bawah skim Faedah Orang Tanggungan yang akan dibayar mulai April nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Dundang lagi, bayaran pencen tersebut akan diterima sepanjang hayat manakala anak-anak mereka turut mendapat faedah tersebut sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin manakala Jasni menerima faedah hilang upaya sementara.

Menurutnya, sebagai sebuah organisasi yang prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja dan orang tanggungan mereka, Perkeso sentiasa peka dengan isu-isu berkaitan termasuk mengadakan kunjungan ke rumah untuk mengetahui keadaan sebenar.



Tambahnya lagi, bayaran tuntutan akibat kemalangan di seluruh negara yang ditanggung Perkeso bagi tahun lalu adalah berjumlah RM1.55 bilion.

“Bayaran tersebut meningkat sebanyak 19.7 peratus berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 1.3 bilion,” katanya lagi.


***Utusan malaysia***

Ahad, 27 Mac 2011

ADAKAN PERHIMPUNAN ANTI POLITIK LUCAH-DR ASRI


Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;

1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.

- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin-


***dah lama aku mengikuti kelas bersama Dr Asri Zainul Abidin masa aku menuntut di USM dulu..selepas itu beliau dilantik menjadi Mufti perlis..amat bertuah jika berpeluang mengikuti kuliah agamanya..sebut pasal Dr Asri beliau memberi pandangan yang vokal dan cukup berani memperjuangkan apa tu kebenaran yang melampaui batasan kepartian..beliau bukan ulama tajaan beliau bukan ulama upahan beliau bukan ulama kedai kopi beliau bukan mudah dibeli beliau buka ilmuan agama yang bisu sepertimana ulama2 dimalaysia yang banyak bisu untuk menjaga perut masing2,sayangnya ulama muda sebeginilah diketepikan,bahkan beliau ditangkap dan didakwa atas kesalahan memberi kuliah agama tanpa permit,kesnya kini belum selesai...er er Datuk T tayang video lucah tak plak kena tahan tapi bagi ceramah agama plak yang kena tahan...hmmm pelik sungguh undang2 ciptaan manusia ni..depa ni memang hebat kakaka..ingatlah semua perbuatan kita akan dihisab nanti

pening macam ni beb..

Sabtu, 26 Mac 2011

kita sering kali ditipu hidup2 terutama melayu!

1.Minggu ni aku tak berkesempatan untuk mencoret sesuatu...balik dari bercuti terus menyertai operasi yang sepertimana dijadualkan,so tak sempat nak jenguk pun kat sini..aku seringkali jadikan blog ni umpama catatan harian namun macam tu lah jika dah busy..pe pun tak dapat buat..balik rumah pun dah nak tidur je..penat,dari siang bawa ke malam..





2.Dalam banyak2 operasi yang aku sertai kali ni banyak yang aku pelajari, antaranya paling banyak sekali melayu la mudah tertipu..ditipu majikan yang langsung tak menjaga kebajikan pekerja depa..kena plak majikan tu jugak melayu adeiii hangpa bangga ada kedai besar restoran besaq namun hangpa lupa pada masa yang sama hangpa tindas bangsa sendiri!kesian...depa ni ditipu hidup2..bila ditanya depa adakalanya buat selamba bodoh je..mungkin betul2 bodoh sehingga menipu bangsa sendiri..yang pekerja plak dah tahu ditipu pun nak bersekongkol lagi ka???yaaa sindrom melayu sememangnya suka ditipu..dan menjadi mangsa tipu..antara tipu daya atau atas2 darat tipu hahahaha..kow2 punyer tipu daaa..bila ditanya budak melayu nape tak masuk caruman socso/kwsp depa selamba je cakap alaaa just kerja cari pengalaman..kalau dah 1 tahun kerja cari pengalaman kepala hotak kooo..tu bodoh namanye!mati sia2 la lu bro waris lu pe dapat???

3.Bab tipu menipu ni siapa pelopori hahahaha depa ahli politik la bapak segala pembangunan penipu dan pemfitnah utama..aku tak kata tapi kajian yang habaq..hangpa cari sendirila kajian mana hahaha..jadi jangan duk percaya kat depa..yang terbaru ni depa telah bikin video seks dan depa duk tonton ramai2 plak dah..hukum depa kata halal..depa kata hukum tengok video seks tak salah jika tak melibatkan keuntungan kakakaka..bodohnyaaaa stetment menteri tu! halal kepala bapak dia..itu hukum manusia..hukum tuhan hang nantila kat sana...di akhirat nanti hangpa jawabla weii.


Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini

4.Ops..2hari ni isu panas penipuan jugak bab kopi kluang hahahaha..dengan aku2 sendiri pun sangkut adeiiii sengal betui!sib baik aku tak minum kopi but kalau dah makan kat situ aku pun terjebak sama la...adeiii..banyak2 gelatin leh guna apasai pe duk guna gelatin menantang babi tu..kalau dah babi tetap babi la weiii haram tetap haram tukaq la mcm ne rupa pun hukumnya tetap haram!kalau la disahkan betui maka dah pe dozen la babi dah de dalam tubuh adeiiii..kalau depa nafi pun samak ke benda yang dah was2 maka xleh nak pi dah weiiii..jangan buat buta hukum hakam plak!

dan lagiiii

susah betuiiii la hang ni

muhasabah dirila...pi la kedai makan melayu lagi baguih :)

uikkkk silap plak hahaha..ni baru betui :)

hm hm..rest jap

Ahad, 20 Mac 2011

sara@bukit gambang resort city



1.Antara sedar dengan tidak dah seminggu cuti habis la ni time nak naik kerja semula..sok dah mula kerja semula dah..cuti seminggu kompem tak cukup punyer jadual tiap2 hari penuh macam jadual rosmah mansor plak kakaka..dipendekkan citer aku hari ni baru je sampai kat johor..penat usahla diciter menempuh perjalanan jarak jauh dengan membawa anak2 yang aktif amat menguji kesabaran..adehhh sepatutnya pejalanan mengambil masa 8 jam dah terbalik jadi 16 jam..sakit pingang drive beb tuhan je tahu..

2.Macam biasa selalunya bila balik bercuti ke negeri tumpah darahku aku kena curi 1 hari untuk bercuti@berehat dari penat drive..dah tua macam ni biasala penat memanjang je lau drive..lagipun aku kerja tiap2 hari ne drive pi sana pi sini..hidup drive kenderaan ni dah satu kewajipan dah ehh..balik bercuti pun ingatkan leh pencen drive sentuh streng kereta tapi tak jugak eh kakakaka..busy mengalahkan rosmah beb hahaha..kak mah kalau terbaca jangan marah aku yee..balik dari bercuti di kampung kali ni aku singgah bermalam sekejap 1 malam kat Bukit gambang resort city..best woooo,bukit gambang ni kiranya dalam laluan aku balik kampung jugakla..biasa aku balik kampung sampai kuantan akan cari mana2 tempat untuk bermalam..kali ni pilih bukit gambang resort city..jarak dari kuantan tak jauh eh cuma 35Km je..senang nak cari resort ni walaupun tak dak papan tanda sangat..depa ni kedekut buat papan tanda ka apa!!!


3.Untuk percutian kali ni aku langsung tak bagitahu wife aku..selalunya wife aku ni cukup arif jika balik kampung kami pasti menginap di holiday villa cherating hehehe but kali ni aku sengaja pilih kelainan sikit lah..asyik laut je boring la jugak@takut gak bahana tsunami mana tahu kot2 de tempias adeiii..amal ibadat masih kurang takut beb!Hari tu aku bertolak pun dah lewat dari kampung...sampai je kat kuantan dah jam 4 petang hahaha tak de harapan la hari ni nak mandi@jelajah water park tu hah..tambah lagi kawasan resort ni luas wooo 219 hektar tuuu..satu hari pun tak habis nak jelajah ni..


4.Dipendekkan citer jam 4.30 petang baru sampai resort..woooo jom chek in dulu..
chek in kat kaunter ni pun depa guna number gak le hehehe nak ne tunggu gak la macam biasala time cuti sekolah ni ramai sangat pengunjung..takpala lagi ramai lagi best meriah sikit..tak la sunyi sangat..hmm pi ambik number dulu la beb

5.Aku awal2 dah tempah bilik Family suite..bilik ni de dua bilik la..2 bilik tido bersama 2 tandas dan 1 ruang tamu cukup luas beserta 1 ruang dapur..cukup2 selesa!kat ruang tamu tu boleh la nak kasi tidur 5-6 orang lagi..tu pun jika bawa ramai pemeli la...untuk aku ni aku pi 4 beranak je my wife dan anak2 so..sara la duk kuasai semua arena dalam bilik tu hahaha...jom ikut aku pi masuk bilik dulu...aku tahu sat lagi hangpa pung nak pi kan kan kan :)


bilik family suite ni ok la jugak..hangpa lau xdak anak lagi tak payah la duk bilik mcm ni besar sangat beb..buat rugi je..aku ni bawak si sara mcm bawa 10 orang budak tu pasai duk bilik ni..asyik kacau qaleesya aje...kasi sara duk bilik sendiri la..lagipun sara ni dah besar dah..hangpa layan dulu gambar2 dalam bilik ni hah hehehe




6.Cukupla bab dalam bilik hehehe nak lebih2 hangpa pi sendirila..oleh kerna aku dah sampai lewat dah kui 5.00 baru siap semua chek in..hm tak sempatla nak pi water park beb, lagipun depa tutup water park jam 6.00 petang..takpala nak buat macam na aku bawa kereta tak bleh laju sangat..kalau laju nak ne bayar saman plak dah..ikut had laju kebangsaan ni la jadi dia :) takpa...time malam depa ada program..aku n pemeli join la nak balas dendam yang siang hari tadi tak sempat pi mana2 kekeke..belah malam depa de pelbagai program sempena cuti sekolah..hm hm sediakan duit je la...penat otak kalau bwak anak2 ni kekekeke habis fulusss oooo..jap2 nak ne beli token adeiiii sara oh sara..rela dia tak makan nak main2..


semua permainan macam taman tema lain la guna token...hm hm mesin token ni la yang telah menelan $$$$ duit aku kakakakaka

Aktiviti pada malam tu termasukkla persembahan pancaragam ka apa entahla aku rasa pancaragam kot...selain tu banyakla lagi magic show pun ada...layan je lah sambil rest penat drive sepanjang hari tadi..lagi pun my wife n anak2 nak tengok kasi depa layan la magic show ni...sebut pasai magic show ni aku tak pe minat sangat..depa bohong belaka eh hahaha...aktiviti malam layannnn




pehhh penuh minat nampak ..boleh tahan dua beranak ni kekeke :)


Aktiviti malam banyak lagi but sara anak sulung aku ni dah boring adeiii terpaksa la aku bawa ke tempat yang dia suka ni hah..nak pi kolam malam2 mane de..tempat ni la yang menjadi lubuk $$$ hilang kakakaka


bilamana dah penat baby Nur Qaleesya humaira dah meragam so balik tidur la jawabnya hahahaha..malam tu banyak lagi game tak sempat nak pi..nak buat mcm ne datang pun dah lewat takpe kita tunggu sok la plak...


7.Esok paginya awal2 lagi Nur Qaisara humaira dah bangun hahaha sesi balas dendam katanya kakaka..dia nak balas dendam nak main lagi la tu maknanya pagi2 la aku nak ne menghadap encik mesin token aiyaaaaa..pe pun pi makan dulu la beb..oleh kerna aku duk kat fmily suite so dapat 4 tiket sarapan...2 je guna hahaha sebab 2 humaira tu budak2 lagi tak payah guna kupon pun..


tempat makan sarapan pagi ni aku lupa la name dia hahaha pe pun kawasanya memang besar dan boleh memuatkan ramai orang..pilihan makanan pun banyak beb..setakat nak isi tangki kasi penuh tu belasah je la hahahaha..


8.Makan pagi jam 8 pagi...settle jam 9 pagi hahaha belasah makanan punyer pasai..la ni time yang cukup terhad coz aku nak kejar masa nak balik johor plak..so aku nak pi water park yang tak sempat pi semalam, water park ni cukup luas..nak pi sana bleh je naik kete api pihak resort ataupun pi drive sendiri pun boleh aje..aku pi sendiri je lagi senang!!
nampak best je depa naik benda ni hehehe..aku nak kejar masa tu pasai drive naik keta sendiri ke water park..tak jauh pun 5 minit dah sampai dah :)

parking kat sini terhadla..nasibla lau tak de parking hangpa ne naik ketapi tadi la hahahaha..sib baik aku leh parking :)


samapai je water park ni terpukaula jugak mata memandang hehehe..budak2 memang seronokla kat sini..


tiket masuk water park bagi dewasa rm21.90 dan kanak2 plak rm14.90..bagi kanak2 yang ketinggian dibawah 90cm depa percuma hehehe..so pe pun pi beli tiket masuk dulu..

opssss lupa sebelum beli tiket aku nak ne ukur ketinggian sara@nur qaisara humaira dulu..dalam hati aku ni berdoa biarla ketinggian sara ni x cukup 90cm lau tak terbang lagi la $$$ aku kakakaka...pi ukur pehhh lega cukup2 90 cm tak kena hahahaha lain kali pi kompem kena la tu sara oiii..ukur ketinggian kanak2 kat sini hah..


tiket dah dapat jom masuk water park yeahhhhh


kat tiket water park tu depa dah top up duit siap2 kat gelang@tiket masuk tu..kerna kat dalam water park semua urus niaga tak guna $$$ depa siap2 tanya kat kaunter nak guna duit pe rm kat dalam taman tema tu soo kita bagi je pe rm contohnya rm50 untuk dibelanja kat dalam tu so depa dah masukkan nilai duit kita siap2 kat gelang masuk tu hah..bila kita kat dalam nak beli makanan@nak sewa apa2 je macam pelampung ka bot ka depa main scan kat gelang tu je...dan jika duit@nilai rm kita kat gelang tu ada baki lagi maka kita leh tuntut semula baki tu kat kaunter mula2 masuk tadi..bawa gelang tu ke kaunter nanti depa bagi la semula baki yang ada :)

8.Hajat hati nak jelajah semua permainan kat dalam water park tu namun si sara ni dah melekat kat coco beach..coco beach adalah pantai ciptaan manusia 1 km persegi siap de ombak..so dia duk main kat situla sampai aku balik adeiiii tak dapat la aku nak merasa main gelongsor..ingat nak bawa ke pulau penguin yang best tu tapi bila budak ni dah minat ombak susah plak nak pindah pi tempat lain aduiiii rugi wa bebbb...pe pun kebahagian anak melebihi segalanya..itulah antara matlamat aku bawa anak2 berjalan takpa la layan je..






layan budak sara mandi duluuuu











9.Ternyata 2 hari 1 malam tak cukup lagi..hahaha banyak tempat yang tak sempat nak pi lagi ehh..takpe lain kali leh pi lagi..lagi pun tak jauh pun...kui 1 petang aku dah bertolak balik johor..layan2 lama2 taman tema ni karang entah kui pe nak sampai umah ni..bab2 makan waktu malam kat bukit gambang resort city ni tak susah coz kat luar resort ni banyak kedai2 tomyam dibuka dan murah plak tu..aku waktu malam makan kat kedai tomyam ni hah..murah sama macam kat kelate je makanan dia :)


Ok la geng aku penat nak tidooo sok keje daa..layan la gambar2 resort ni dulu sementara nak tido hehehehe mana tahu hangpa nak pi senang gak aku bagi guide sikit2 kekeke


10.Pe rm satu malam?nah ni rate dia..

untuk budak2 sekolah ni hah dia punyer promosi :)


Ok la beb wa blah dulu...

ada rezeki datang lagi ye bah :)





hmmm tak sempat nak masuk sini :)

ahhh nanti datang lagi kan abah :)