Selasa, 22 Mei 2012

Majlis perhimpunan timbalan perdana menteri bersama kesatuan sekerja


1.Hari ni sebelum subuh dah bertolak pi pejabat..dengan keadaan isteri yang benar-benar tidak sihat cukup merisaukan.apa daya terpaksa tinggalkan jua dalam keadaan beliau uzur dek kerna arahan menghadirkan diri ke majlis perhimpunan timbalan perdana menteri bersama kesatuan sekerja yang diadakan di persada johor.


2.Solat subuh kat surau tepi pejabat..hope isteri aku ok di rumah..kesian sangat kat dia benar2 uzur..well bila dikatakan arahan nak ingkar susah ni la dikatakan kerja..kerja untuk menyara anak bini..kerja bukan goyang sana goyang sini auta sana auta sini lompat sana lompat katak sini bulan2 habuan berjuta juta lembu sana lembu sini maki sana maki sini habuan berjuta juta..kita ni lain..depa juga lain kita hujung bulan kering depa hujung bulan ka awal bulan ka tak dak beza!ada lembu di kandang ka tak dak ka duit tetap berjuta juta!singgah makan makan pagi kat simpang renggam sebelum bertolak hehehe...agak2 timbalan perdana menteri sarapan pe benda ek...


3.Mengikut surat, aku sepatutnya sampai ke majlis jam 7.30 pagi!hangpa ingat JB tak jem ka masa tu??bertolah awal dah ehhh sampai dekat jam 8 lebih gak..masa tu timbalan perdana menteri tak sampai lagi..dewan dah penuh..aku nak dok kat mana pun tak tahu..bukan aku saja aku tengok ramai yang tak dapat duduk..mungkin sebab majlis ini kehadirannya wajib maka penuhla dewan..kalau tak jangan harapla nak penuh!aku banyak kerja lagi nak buat dari duk melepak kat majlis sebegini tambah lagi dengan isteri yang uzur kesihatannya!dari awal hingga habis majlis berdiri ..hampeh betul punyer majlis..kot ye pun kehadiran wajib hangpa kena pikir luar kotak la geng..kalau tak cukup kerusi kasi tambah la..kalau tahu dah ramai orang baik aku dan geng2 aku tak payah datang lagi bagus..buat kerja yang boleh selesaikan kerja dari duk lepak dengar ceramah syok sendiri depa ni!





4.Timbalan perdana menteri tiba maka berbarisla depa2 ni ambik kesempatan nak bersalam..nak bersalam tak salah..tapi aku duk perhati sampai begitu ramai bodydug ahli parlimen pagoh ni..pehhhh mesti dia ni perasan sakan sebab ramai dok bersalam dengan dia..aku sedikit tak heran..time ni depa leh jual mahal..yaaaaa time ni la depa jual mahal berjalan dengan megah sambil oarang berbaris nak bersalam..dia syok sendiri dan dia maha lupa bahawa ortang yang berbaris itulah yang menaikkan beliau ke tempat beliau duduki sekarang!beliau hanya akan bersalam tanpa baris bila time kempen PRU nanti..masa tu hangpa tak berbaris pun takpa dia akan pergi dapatkan hangpa waima dengan naik motor buruk sekalipun..dan tika itulah tiadal lagi pengawal2 kiri dan kanan depan dan belakang..hahahaha masanya akan tiba!



dengan kehadiran wajib maka penuhla dewan..sikit pun aku tak heran...





4.Aku marah bukan apa...kita ada kuasa jangan dok eksyen sangat!betul teori politik kata ada kuasa maka apa cara sekalipun cuba kekalkan kuasa..halal semua yang haram demi kekalkan kuasa..perhabis semua dana yang ada demi kuasa..itu biasala..


5.Hm...lenguh betul berdiri hari ni..lagi lenguh dari kena denda berdiri atas kerusi time belajar sekolah dulu..la ni nak tengok budak kena denda berdiri atas kerusi pun dah tak dak dah.Bosan dan bosan lenguh sana lenguh sini keluar kejap urut kaki kakakakakakakaka..


6.Selesai majlis aku join my bos belanja makan..kita orang tak pergi ke tempat jamuan makan yang disediakan..nampak benar berpusu pusu ke situ..macam nak berebut aje kakakaka..makan warung lagi bestla..macam2 leh cakap dan bincang..teringat aku kat ahmad maslam hahahaha sanggup berlakon toreh pokok getah kat PRK manek urai dulu


7.Sambil dok cakap2 tu lah my bos arah ke rumah mangsa bunuh di kluang..khabarnya si mati cuba mempertahankan maruah adiknya dari dicabul..oleh dua sahabat yang menceroboh rumah keluargaanya..aku malas nak ulas panjang kes ini sebab polis masih dok siasat..antara logik ka tak logik ka kena dengan dua0dua pihak..masa aku pegi jumpa ibu si mati dia kata suspek dah kena tangkap!Aku borak2 jap dan tanya serba sedikit sepertimana my bos arahkan..oarang kata siasatan baru bermula hehehe..nak tentukan sama ada si mati ni berkaitan pekerjaan atau tidak..alu call opis semak caruman si mati tak layak penakat..tanya ibunya pula si mati tak kerja cuma kerja buruh kasar so tak de caruman perkeso..maka tak dapatla apa2 faedah perkeso..so siasatan aku mati disitu aje la..


8.Banyak jugak yang aku bualkan dengan ibu simati yang kena bunuh dan dikelar di stor berhampiran dewan JKR itu..dewan tu dulu aku selalu main pinh pong hehehehe ..tapi sejak my ex bos beli meja ping pong sendiri maka kami tak lagi main ping pong diisitu..niat hati nak jugak jumpa adik si mati yan dikatakan menjadi mangsa cabul itu namun tak sampai hati nak tanya banyak2..simpati sangat2 aku kat keluarga ni..depa ni tinggal di rumah pprt je..tempat kejadian bunuh...


rumah mereka tak jauh dari tempat kejadian..selebihnya mana leh citer kat hangpa!


mangsa bunuh..


9.Balik ke rumah aku plak..seperti yang aku bimbangkan isteri aku semakin uzur..mau tak mau terpaksa bawa pi unit kecemasan hospital kluang..hampir 2 jam disana akhirnya terpaksa ditahan dalam wad..kinimasih dalam wad..serabut sungguh dan maha gundah gulana bila ahli keluarga sakit jika tiada saudara mara terdekat..nak masuk ke wad anak2 aku kecil pihak hospital tak benarkan..habis anak aku nak tinggal mana????dia juga berhak melawat ibunya yang sakit!!!!tension aku...tak bawa ibunya pasti merindui anaknya...susahla macam ni..malam ni tido dengan anak2 harap anak aku yang kecik tu tak meragamla..hope cepatla sihat..nak kerja tak senang kalau isteri dalam keadaan sebegini...


1 ulasan: