Sabtu, 5 Mei 2012

pinjaman pendidikan perkeso


1.Agak lama jugak aku tak menulis bab2 yang serius kat sini..tak tahu nape la baru je nak tulis serius jadi tak serius kekeke..kalau hangpa ada idea nak jadi serius hangpa habaq aku la weiii,but kata orang penulisan santai lagi menarik dan lagi mudah difahami bukan!depa ni pun satu asyik komplen pasai pa aku asyik gelak kat sini..pasai apa aku gelak hangpa jangan tanya sebab kat mana2 pun aku leh gelak kekeke time kena hentam dalam meting pun aku leh gelak lagi wooooo...itu sebahagian dari rencah kehidupan..depa kata aku nyer gelak kadangkala mencapai 90disebel kakakaka hampeh la depa ni.Tapi ade betulnya bekali sebab my bos kata gelak aku leh didengar sampai tingkat 3 bangunan woooo..kira hebat jugakla bab gelak aku.


2.Hari ni aku bukan nak hurai panjang lebar bab2 gelak dan digelakkan..mai kita kongsi sedikit info yang ni lagi bagus dari hangpa duk kutuk aku hehehe..hangpa pernah dengar ke tentang Pinjaman pendidikan perkeso??aku pun dulu tak pernah dengar..menantang pe perkeso pun aku tak tahu dulu..yang aku tahu pinjaman JPA dan PTPTN, dua ni je yang aku tahu sebab aku masih de hutang dengan depa wakakakaka sampai la ni duk bayar ansuran weiiii.


3.Berbalik pada pinjaman pendidikan perkeso ni ianya cukup istimewa sedikit dan lain dari yang lain...sebab apa lain sebab pinjaman ini akan bertukar menjadi biasiswa seandainya keputusan cemerlang diperoleh..cemerlang tu nak kelas pertama jugak tuuu..kalau kelas dua bawah takde harapan nak biasiswa la kakaka..itu nanti kita cerita lain..pinjaman nak ne bayaq la kalau keputusan dua bawah gak..nak biasiswa hangpa usaha sungguh2.



4.Oleh kerana ianya sedikit istimewa dari yang lain maka bukan semua bakal penuntut universiti boleh memohonya, yang boleh mohon adalah mereka yang aku kategorikan sepertimana yang kkat bawah ni:



*Pemohon adalah anak tanggungan kepada OB yakni si bencana yang sedang menerima pencen bulanan dari perkeso seperti bapa pemohon ni sedang menerima faedah hilang upaya kekal secara berkala,atau menerima pencen FOT (meninggal masa bekerja la tu),pencen penakat dan juga pencen Ilat bab2 pencen tu aku dah hurai panjang lebaq dah..tak paham hangpa carila sendri kat arkib blog aku ni hah
*pemohon belum kahwin..kalau dah kahwin hangpa mohonla dengan pemberi pinjaman lain leee..cek suami ka :)
*telah daftar diri di IPTA/IPTS di peringkat sijil/diploma/Ijazah
*tidak ditaja oleh agensi lain..ceti pun tak bleh kot
*Pengajian pula hendaklah dilakukan di malaysia saja dan s epenuh masa..belajaq kat siam kompem tak dapatla pinjaman ni
*kos pengajian tidak lebih 100 ribu..sebab kos pengajian aku dulu 20 ribu jah hehehe..tu pun tak habis bayaq lagi
**syarat2 lain sila rujuk ke pejabat perkeso terdekat hahahaha kalau aku tulis banyak syarat nanti hangpa kata tak de istimewa plak pinjaman pendidikan perkeso ni hehehe..tapi tu antara syarat biasala untuk mendapat pinjaman pendidikan..cuma bab2 kahwin ni tak leh la..sebabnya pinmjamman perkeso ini diwujudkan sejak 1997 semata mata untuk membantu anak tanggungan OB sahaja..jika dah kahwin depa ni bukan dibawah tanggunggan OB lagi la kan kan..


5.Lagi satu, untuk mendapat pinjaman ni juga perlu kepada penjamin sepertimana pinjaman lain jugakla..aku dulu bab2 jamin ni aku kasi bapak aku je hehehe dengan mak aku..sebab aku orang susah tak de sape yang nak jamin hampeh begitu kejam dunia..last2 dapat gak ehhh pinjaman..er er la ni mana2 pinjaman nak penjamin kecuali pinjam along je kakakak along..bank islam lagi la hampeh!nama je bank islam..aku nyer pinjaman perumahan depa tak lulus banyak songeh itu dan ini..bank bukan islam lulus dengan senang hati je!!!!lari tajuk sikit sebab aku geram tak habis lagi kat bank islam!


6.Bab2 borang pinjaman pendidikan perkeso serta dokumen2 yang diperlukan semasa hendak hantaq permohonan ini, hangpa pi ambil la kat pejabat perkeso terdekat..hehehe panjang sangat aku nak tulis hangpa pi ambik free je..tak kena bayaq pe pun ehhh..hangpa pi kaunter perkeso mintak borang PKS(F)100 dan isilah borang tu sedaanya dan secukup rasa hangpa..


7.Sejak diperkenalkan pada 1997 pinjaman pendidikan perkeso telah diberi kepada lebih 3643 anak2 Orang berinsurans (pencarum)yang masuk dalam kelayakan kategori yang aku habaq sepertimana kat atas tadi..nilai semuanya adala dalam 81.1 juta..statistik ni aku ambil  tahun 2011.


8.Daripada jumlah 3643 itu seramai 21 orang peminjam telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mereka lalu status pinjaman mereka telah ditukar kepada biasiswa sepenuhnya!



10 ulasan:

  1. bole dapat jpa dengan ptptn serentak ye kak?

    BalasPadam
  2. salam. Nk tanya utk pembayaran cek hlg upaya kekal cek guna bank apa?maybank atau cimb

    BalasPadam
  3. wasalam..cek maybank tuan..cimb tak main la hehehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, sy telah lengkap mngisi borang pembiayaan pendidikan tu cuma sy msh tak tahu bgaimana utk sy mndaptkn penyata pencen dan satu lg pihak kolej wlaupun sdh diberitahu ikut format yuran perkeso mrk tak buat so takde lah detail spt yuran makmal, peperiksaan, yg mrk sertakan hanyalah yuran per sem. Mohon reply :)

    BalasPadam
  5. wasalam...untuk maklumat terbaru satu taklimat untuk pegawai perkeso berkanaan terma dan syarat2 pinjaman pendidikan perekso akan dibuat pada 28/8/2014 di wisma perkeso JB oleh yang demikian saya akan menjawab pertayaan puan selepas tarikh itu takut2 kalau2 syarat2 dan berubah ke apa hahahahaha nanti tersalah info plak...pun begitu puan boleh sahaja dating ke pejabat terdekat perkeso untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka...hehehehe senang nak bincang :)

    BalasPadam
  6. salam nak tanya.. kalau kita amik foundation pnye program.. mmg tk boleh mntak pnjaman mana2 ke ?

    BalasPadam
  7. salam, saya ada soalan, dalam syarat ada tulis "gagal mendapat tajaan dari mana2 agensi pinjaman pendidikan lain". maksudnya wajib tunggu penolakan daripada agensi lain ke ye?

    BalasPadam