Sabtu, 12 Mei 2012

:: sembang petang

1.Disebabkan kami suami isteri dua2 kerja maka setiap hari tak dapat makan pagi bersama..wife aku jam 6.00 pagi dah pecut ke tempat kerja bawa kereta macam pandu jet sukhoi dah beribu nasihat tak pakai sebab dia ada lesen besaq lesen juruterbang jet pejuang beb..adeiii, berlawanan dengan aku yang lau memandu mengalahkan pak haji yang dah pencen hehehe, kereta berderet kat belakang kakakaka..tak nak bagi orang marah atau jeling hangpa jangan tengok time depa lintas kita kakakakaka...takpun buat muka macam anak aku ni kakakaka..deiiiiiii apa tengok2 kakaka



2.Bilamana tak biasa makan pagi bersama maka tiba time tak kerja terutama hari minggu kompem terasa malas nak masak sarapan pagi kat rumah kan kan hahaha sebenarnya tak tahu nak masak pe hilang idea, tapi pagi2 minggu kita rest cukup2 geng..last2 setiap hari minggu dah menjadi rutin dan merupakan agenda penting kami sekeluarga sarapan pagi kat luaq..janji luar bantaila mana2 kedai pun hahahaha setakat nak penuhkan tangki buat sementara waktu..


3.Kami sekeluarga juga tak biasa makan kuih untuk sebarang sarapan pagi..makan roti jarang2 sekali hahaha..sebabnya mungkin dah terbiasa terus makan berat!aku lagila..kalau sarapan pagi aku pastikan perut penuh sebab makan tengahari sentiasa terlepas!kalau tak caya tanyanya pegawai penyiasat lain..kompem setuju dengan aku.


4.Mungkin jugak kerana aku mengikut tradisi keluarga aku yang bantai nasi putih dan makan kenyang2 untuk sarapan pagi sebelum ibu dan ayah masuk ke kebun getah..dek kerana aku selalu sarapan dengan mereka masa kecil2 dulu maka ianya berlarutan dan menjadi ikutan aku sampai hari ni...depa toreh getah nak guna tenaga kuat..tanam padi pun guna tenaga kuat..sarapan pagi bantai kenyang2 makan nasi berlauk nasi kerabu tak dak yang makan kuih untuk kerja toreh getah tanam padi dan buat rumah semua tu kerja berat!


5.Berbalik makan pagi aku hari ni aku pi makan kat warong sejahtera pehhh best kat sinila tempat aku makan pagi yang de berat2 hahahaha nasi dan segala macam makanan siam hehehe..biasa kat sini anak2 aku suka makan kueh teow thai la..memang sedap!aku suka nasi goreng thai..kenyang!


6.Habis je agenda isi perut aku pi beli stok air minuman plak hehehe kat rumah dah habis stok..dulu2 tak de beli lah air nak minum..lau kat kampung terus je minum air kat telaga..sekarang ni tak berani nak minum air paip kat rumah dah rasa macam bukan air je hahahaha jap kuning jap keladak jap laici jap rasa macam soya hahaha..nak pasang penapis besaq kat luar tu tuan rumah tak bagi plak..so beli je la air tuk minum...


dua botol hanya mampu bertahan dalam 3-4 hari je..khas tok minum..kuat gak depa nak minum air


Tiada ulasan:

Catat Ulasan