1.Selamat bercuti buat guru2 dan para pelajar se malaysia hahaha..wahhh seronok sakanla hangpa leh balik kampung jumpa atok nenek opah mek ayoh cek dan seumpamanya.Ahhh aku jugak yang melepas tak dapat balik kampung nampak gayanya.Hmmm sayang sungguh cuti dah lulus 1 minggu,tapi apa nak buat isteri plak tak sihat, dengan rela hatinya dan dengan gembiranya kita bercutila aje kat rumah dengan seadanya,rosak semua plan nak pi jalan-jalan waktu cuti sebegini....frust sungguh tak dapat balik kampung ni!nampaknya nak kena tunggu cuti raya puasa la baru dapat balik kampung ni.
2.Hari ni jugak aku dijemput ke hari terbuka Tadika Didik Harmoni..tadika tempat anak aku Nur Qaisara Humaira belajar..anak aku ni baru 4 tahun tapi nak buat macam mana dah dia nak belajaq aku hantaq pi lah..duit tak ada masalah janji nak belajaq..kita usahala tang mana yang patut..tadika ni guna bahasa pengantar inggeris dan diadun dengan bahasa melayu dan cina..yuran bulanan leh tahan la..aku dulu masa bebudak tak kenal ape pun tadika ni..mak ayah tak hantar bukan depa tak berduit tapi aku ni jenis anak manja time tu hahahaha..asyik dok berkepik dengan mak ayah kakakaka, budak2 zaman la ni lain benar depa lebih terbuka dan tak takut..bab2 tak takut ni kadangkala mengundang bahaya jugak ni..
3.Sedar tidak sedar dah hampir 5 bulan anak aku si sara belajaq kat tadika ni, hari ni ibu bapa dipanggil untuk sesi taklimat berkaitan perkembangan anak2 dan juga penyerahan report prestasi pembelajaran mereka..Alhamdulilah bagi anak aku ni nampak gaya dia boleh bergaul dan bersaing dikalangan pelajar yang pelbagai bangsa dan agama tu..kat tadika anak aku ni ada bangsa cina,melayu,india campuran pun ada kakakaka..bab makanan sendiri kena bawa semua dari rumah..depa tak sedia makanan kat sini..
4.Masa aku mula2 nak hantaq anak aku kat sini sedikit ragu kot2 anak aku tak dapat bergaul dengan rakan2 yang lain,namun setelah 5 bulan berlalu Alhamdulilah semuanya ok.Hari ni aku di beri taklimat oleh guru tadika ni tentang perkembangan pembelajaran anak aku ni..sekali lagi Alhamdulilah ternyata anak aku ni mampu menyerap apa yang diajar oleh gurunya..bahasa cina Alhamdulilah dah boleh berkomunikasi dengan rakan sebayanya dengan menggunakan bahasa cina yang mudah..simple2 tu dah boleh cakap dah
5.Pencapaian dalam bahasa inggeris juga cukup membangggakan..aku bukan niat nak tekan anak aku ni belajaq dari kecil dan ajaq bermacam macam ..namun itulah tuntutan pemodenan sekarang..jika kita gagal bersaing kita akan hanyut..dan bila kita hanyut belum pasti kita akan mendarat dimana setelah hanyut itu...
6.Pencapaian matematik juga amat membanggakan..secara jujurnya aku dan isteri tidak mempunyai masa untuk mengajar dan mendidik anak sendiri di rumah dalam bab2 belajar ni..inilah satu permasalahan besar yang aku dan isteri cuba atasi..dek kerna tuntutan kerja,masa dan kepenatan maka waktu malam kami berehat dan adakala tertido awal..biasanya tugas menyemak kerja rumah anak aku ni dipertanggungjawab pada aku la...dah jadi rutin balik kerja aku semak buku2 anak aku dulu...itulah rutin aku setiap kali balik kerja...semak aje bab mengajar aku failed kakakaka..aku bukan guru yang baik kalau ditakdirkan jadi guru sebab itu akun tak jadi guru hahahaha..mudah gak hilang sabaq
7.Namun perjalanan masih jauh..yang pasti aku dah aturkan satu plan khas untuk anak aku ni...hope satu hari nanti bilamana ia boleh berfikir secara matang beliau mampu untuk menentu hala tuju sendiri dalam bab2 pendidikan ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan