Rabu, 30 Mei 2012

satu-satunya mangsa terselamat dalam kemalangan tragis km 70 akhirnya meninggal dunia


1.Hari ni aku nak sambung sikit lagi berkaitan kes kemalangan maut yang berlaku di km 70 jalan kota tinggi -kluang yang meragut 3 nyawa,seperti yang hangpa dah tahu kemalngan itu meragut 3 nyawa dimana ketiga tiga meninggal ditempat kejadian iaitu marlisa mansor,anak marlisa iaitu sharmila binti jumadi dan maryana mansor adik marlisa,manakala satu satunya mangsa yang terselamat pada hari kejadian adalah sofea balqis 4 tahun telah dirawat di unit rawatan rapi (icu)hospital sultanah aminah johor.


2.Namun hari ni aku nak sampaikan satu lagi berita sedih dimana satu-satunya mangsa kemalangan tragis yang terselamat dalam kemalangan tempoh hari iaitu adik sofea balqis binti jumadi akhirnya telah menghembus nafas terakhirnya pada malam isnin dan dikebumikan pada pagi selasa,maka lengkaplah kesemua mangsa yang menaiki perodua kancil terbunuh dalam kemalangan yang menyayat hati itu.Betapa sedihnya seorang suami yang kehilangan isteri tersayang dan terpaksa merelakan dua anak yang masih kecil meyambut panggilan Ilahi..sungguh besar ujian dan dugaan yang dilalui kekanda jumadi bin sim..begitu juga dengan dengan Ayahanda Mansor ketabahan dan kesabaran serta keimanannya benar-benar teruji..beliau kehilangan 2 anak dan 2 cucu sekaligus!satu  satunya mangsa yang terselamat yang beliau harap2kan pulih akhirnya menyahut panggilan Ilahi..terpaksa juga meredakannya..


3.Pagi selasa sekali lagi kami berkunjung ke rumah pak mansor di felda bukit tongkat..pagi ini juga jenazah Sofea Balqis satu-satunya mangsa yang terselamat dikebumikan setelah menghembus nafas terakhir pada malam isnin..


4.Sambil ziarah kami juga sampaikan cek faedah pengurusan mayat (fpm) rm1500 untuk pak Mansor atas kematian maryana manakala bagi jumadi bin sim suami kepada arwah marlisa faedah pengurusan mayat (fpm)masih lagi dalam proses ini kerana terdapat beberapa dokumen masih belum dikemukakan.




5.untuk rekod kedua-dua arwah anak pak mansor ini iaitu marlisa dan maryana adalah pekerja di kilang podoyo di bandar tenggara dan kematian mereka berdua membolehkan waris mendapat pencen penakat, dimana pencen penakat ini akan dibayar sehingga waris meninggal dunia.Dalam kes ini pencen penakat untuk arwah marlisa akan dibayar kepada warisnya iaitu kepada suaminya jumadi bin sim dan kepada anak tunggalnya sehingga anak itu berumur 21 tahun.Manakala pencen penakat bagi arwah maryana pula akan dibayar kepada warisnya yakni kedua dua ibu bapanya sepanjang hayatnya!

2 ulasan:

  1. Semoga mereka ditempatkan orang-2 yang beriman. Al-fatihah.

    BalasPadam