Khamis, 24 Mei 2012

Alhamdulilah isteri dah keluar wad


1.Baru balik dari Hospital Kluang..Alhamdulilah isteri aku dah leh keluar wad, merasa jugak dia bermalam di wad hospital kluang, yang serba baru ni hahahaha..kos pembinaan semuanya rm 397 juta terrrr..mau tak canggih!sejak ianya dibuka november 2011 aku dah 3-4 kali ke hospital ni..biasala kalau sakit2 tak teruk aku tak ke hospital ..malas nak menunggu lama sangat baru dapat jumpa doktor..biasa aku pi klinik panel jabatan aku je..tapi kalau dah teruk ubat klinik swasta tak leh jalan maka kena rujuk hospital jugak la.Biasanya aku ke sini kes anak2 demam..hm kompem ne ambik darah lau anak demam nak buat macam ne..


2.Dalam sejarah hidup aku..aku belum pernah bermalam di wad..sebagai pesakit..minta2 dijauhkan tak nak la merasa bermalam di wad dengan title pesakit hehehe lau peneman boleh je kekeke..aku dapat bayangkan kalaula aku jatuh sakit dan ditahan berhari hari di wad kompem huru dan haralah anak2 dan  bini aku, tapi untuk anak2 aku dan isteri aku depa dah banyak kali merasai bermalam di wad sebagai pesakit..kedua dua anak aku pernah ditahan untuk rawatan di wad hospital kluang coz demam panas..ni giliran isteri aku plak..dah kali ke 3 masuk wad..dan ini kali pertama di hospital baru..


3.Sebut pasal hospital baru kluang ni ianya ternyata canggih..dan amat cantik serba lengkap.Namun yang tak bestnya masa menunggu untuk dapat rawatan agak lama..puas dan jenuh menunggu...inilah satu satunya masalah dulu kini dan selamanya yang kementerian kesihatan gagal untuk menyelesaikannya!


4.Aku pun tak pasti kelas bilik apa yang depa bagi kat isteri aku ni..dalam bilik wad tu ada 3 katil..dan ada 2 tandas dalam bilik..katil pesakit memang best...cukup selesa..hahaha sebab aku guna GL maka aku tak tahu pe rm kos menginap di wad hospital kluang yang baru ni hehehe



5.Depa beri layanan yang cukup baik..nampaknya dah banyak perubahan dari segi layanan kepada pesakit.Pehhh dulu2 sebut pasai misi hoospital kerajaan semuanya tak mau pi ..sebab menyampah depa garang sangat/layan acuh tak acuh suka marah marah..sekarang perilaku macam tu dah hampir tiada lagi!mereka cukup profesional sekarang..murah senyuman dan amat bertolak ansur dengan pesakit mahupun keluarga pesakit..



6.Orang kata time kita sakitlah kita nak tau mana sahabat dan mana bukan sahabat..hahahahaha aku ingat..time ni time aku hahahaha...bagus jugak depa ni..isteri aku masuk wad langsung tak jenguk muka..bagus bagus depa ni rakan sekerja yang baik dalam ertikata maksud berlawanan!takpala dunia la ni dunia kau hal kau aku hal aku..ko mampus aku peduli apa hahahaha sungguh 90 darjah berputar dan terbalik semangat kekitaan dan keabraban..ya bukti tiada lagi ciri2 semangat kekampungan disini...waima antara rakan sekerja sekalipun..baguslaaa macam tu..aku teringat masa aku kecil dulu..aku demam masuk wad sehari pun berduyung duyung orang kampung datang sahabat handai ayah aku datang..tapi kat sini ianya cukup berbeda amat2 berbeda!ianya memberi 1001 pengajaran..lepas ni..hehehe kalau la wife aku ajak aku pi melawat sape2 atau mana2 member dia sakit tahu la aku macam mana nak cakap hahahahaha..biaq pi depa la!




2 ulasan:

  1. salam, nak tanya macam mana nak pi hospital baru ni dari bt. pahat? cari kat map google xde lagi. yang ada map hospital lama..

    BalasPadam
  2. Hospital ini berada di jalan kota tinggi..jalan nak ke taman seri Impian

    BalasPadam