Selasa, 11 Januari 2011

Kuasa beli@penurunan pendapatan boleh guna isi rumah

1.Sejak akhir-akhir ini rantaian geng2 pengeluar/pekilang/pemborong dan peruncit bukan main galak lagi menaikkan harga pelbagai jenis barangan,mereka tanpa belas kasihan dan secara semberono meletakkan harga tanpa dapat dikawal mana2 agensi kerajaan seolah-olah negara ini bapak dia yang punyer..begitu hebat penangan kapitalis, disitu ada permintaan disitulah ada penawaran, hakikatnya budaya boikot yang cuba disuntik kedalam minda rakyat malaysia nyata tidak berhasil bilamana kesemua barangan keperluan asas naik harga!nak boikot pebenda nya!nak salahkan mereka 100 peratus mustahil, ada benar kata mereka faktor kos pengankutan menjadi alasan khususnya kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini.

2.Aku nak muntah bilamana iklan dari KPDNHEP menyuruh pengguna jadi bijak hahaha nak jadi penguna bijak macam mana jika ke seluruh kedai harga semuanya naik?????lembu pun lebih cerdik dari pemikiran kementerian ni!dah la menterinya kaki penipu..sekejap kata minyak tak naik..last2 tang tu jugak naik!Kementerian ni aku syorkan ditukar nama la ..bukan lagi kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna..kerna mereka bukan lagi pelindung kepada pengguna!Ubah je jadi kementeri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal kenaikkan harga barang!itu lebih sinonim!

hm shoping kat zon ria la jawabnya..boleh sikit berjimat..siannn anak2

cuci mata je la..

3.Dulu kuasa beli rakyat khususnya yang berpendapatan rendah pada pra stabil kini adakah lagi kuasa beli mereka!!!!!kuasa beli sudah tidak releven lagi dan rakyat telah hilang kuasa beli pada realitinya seolah olah menjadi pengemis jalanan pada satu hari nanti...jangan pula ada menteri menyuruh rakyat tanam kelapa sawit untuk mendapatkan minyak masak murah, jangan pula suruh rakyat tanam bawang untuk dapatkan bawang murah, dan jangan suruh rakyat buat kilang susu tepung bayi sendiri untuk dapatkan susu murah dan jangan suruh rakyat bina kilang pamper sendiri untuk dapatkan pamper murah...bak kata Mustapa anak mamat jeli suruh rakyat makan ubi kaytu dikala beras naik harga..itu jalan penyelesaikan pemikiran tahap budak tadika la..baik tak payah jadi pemimpim jika masalah rakyat dibalingkan kepada rakyat semula untuk diselesaikan!

nak jadi penguna yang bijak pusing sana pusing sini sampai anak pun da mengantuk la..boringla tu bekali

sara tak nak beli bah..sara nak tengok je..boleh kan kan

4.Aku tak kata orang lain susah mungkin rakyat yang suka pada kerajaan mereka tak mengeluh dan tak marah bahkan amat suka jika kerajaan naikkan harga barangan..peh bagusnya dorang ni ya..nak jugak aku jumpa jenis rakyat macam ni!Aku ni etrgolong dalam rakyat yang hampir hiolang kuasa beli dan jika kuasa beli dah hampir hilang isu pendapatan boleh guna juga kian terjejas..apatah lagi tabungan isu rumah!Zaman ni zaman berkira orang kata..10 sen dah cukup besar kini..duit semakin sukar dikawal..jika pun kira rajin pusing sana pusing sini untuk membandingkan harga khususnya untuk dapatkan harga rendah penat je pusing harga sama je..namun jika beza 10 sen pun dah kira bernasib baik.

5.Ada juga yang mengatakan Ubah gaya hidup!hahahaha..sape yang perlu ubah gaya hidup!!!malas aku nak sentuh bab ubah gaya hidup...hahaha rakyat marhaen nak ubah gaya hidup jadi melarat ka apa???

aku bawa kabutar je macam ne nak ubah gaya hidup..

pekerja biasa..


abah kata nak beli barang ne cermin diri dulu ikut kemampuan hahahaha..bukan cermin diri lagu tu la sara woi

6.Rakyat macam aku kini bukan lagi mengejar barangan jenis kehendak..dah tak main dah kehendak2 ni..kami nak penuhi keperluan asas je ..itu pun dah cukup perit!ya kita ada gaji namun gaji naik barang naik 3 kali ganda ..apa lagi yang kita ada???pilihan apa lagi yang ada?pehhh masa naikkan gaji posmen bukan main bangga sana sini diwar warkan namun tahkala masa yang sama keperluan asas naik harga 3 kali ganda..tak dak makna naik gaji la macam tu..mana tabungan isi rumah jika begini jadinya..opsss tak hairan jika dulu kita mampu membeli pelbagai aset kini tidak lagi...cukup bulan bukan menghitung berapa RM tabungan isu rumah tapi tak dak RM lagi nak hitung..hebat kerajaan kita menjaga kebajikan rakyat!kehebatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..

ini kehendak ka keperluan..hm kehendak ni mama..kita tengok je ye hahahaha..tunggu kempen sale

bah mama masuk tengok katalog ye hehehehe..akhirnya tunggu sale next kempen

sale girl berjaya meyakinkan sara bahawa baju ni benar2 murah hahaha


kerajaan perlu telus bukannya main sorok2 sebegini dalam mengawal harga

7.Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..
Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..kapitalis sukar lagi dikawal disaat ini..nampak gaya kerajaan kian takut ugutan,bantahan dari golongan peniaga dari takut akan bantahan rakyat..rakyat miskin hina inilah yang memastikan kedudukan mereka di kerusi emput parlimen atau DUN..dasar lupa daratan!


jangan kentut rakyat dengan tipu helah kamu..

kerana..hidup ini bukan buat selama-lamanya..begitu juga parti politik dan kerajaan pasti berkubur..

realiti

jangan duk cakap belawok gak ismail..

1 ulasan:

  1. mmang smua benda naik harga loni!! Teruk laaa.... hubby ambo wlaupun s org presiden cuma mampu duk rmh flat jah...huhuhu

    seb baik wife dio suka bjumat crmat ecece

    BalasPadam