Jumaat, 26 Ogos 2011

Faedah Pencen ILat


1.Sebenarnya aku malas nak menulis hari ni sebab mood raya beb..nak balik kampung pagi sok hehe, Namun oleh sebab banyak sangat pertanyaan dan email yang nak tahu hal pencen Ilat maka aku nak citer sikit..tak banyak sikit je sebab aku busy nak balik kampung ni hah!Walau sikit tapi aku rasa cukup berguna dan mudah nak faham..kalau tak paham jugak tak tahu la aku hangpa masuk tadika semula la hahahaha..tu lebih Afdal orang kata hehehe


2.Sebelum aku pi lebih jauh baik hangpa tahu dulu apa makna Keilatan..dulu aku pun tak tahu apa itu makna keilatan..menatang pe la Keilatan ni tak pernah jumpa sbelum ni, jahil beb kekeke..dengan bahasa mudahnya Keilatan adalah suatu keuzuran yang serius(kalu dalam bahasa kelate gak uzur berat benarla), kekal atau tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.faham ko tak aku tak tahula ayat mudah dah tu..

3.Dalam Skim pencen Ilat banyak feadah2nya namun banyak yang duk tanya tentang feadah pencen Ilat je..jadi aku fokus kat faedah pencen Ilat je lah ye..yang lain2 nanti aku habaq lain kali lah.

4.Antara lain yang yang hangpa kena tahu bab2 pencen Ilat ini ianya:

• Memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
• Antara penyakit-penyakit kronik, penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma, dan sebagainya.
• Pencen ini dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis keilatan dikemukakan.
• Pencen ilat ini dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal.
• Pencen akan digantikan dengan pencen penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima pencen ilat tanpa mengira umurnya.

Macam mana nak dapatkan pencen Ilat??hehehe bukan senang dapat beb ada syarat2 nya bukan main mohon je dan terus dapat brooo..nak pinang anak orang pun bukan hangpa kompem dapat punyer kuikuikui..

syarat kelayakan pemohon:
• Belum mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilatnya diterima.
• Sekiranya telah mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja perlu buktikan keilatan terjadi sebelum umur 55 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan.
• Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
• Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.

5.Aku tak nak hurai bab2 syarat kelayakan caruman nanti kompem hangpa semua pening..dan aku rasala aku dah cerita panjang lebar dah bab2 kelayakan caruman dalam N3 aku yang lepas2 hangpa tengok cari sendirilah!Malas aku nak ulang siar benda yang sama.

6.Apa yang penting bila mana hangpa betul2 sakit dan sepertimana yang aku telah cerita diatas..uzur tahap teruk hingga tak boleh kerja la, sakit kan mana leh keje lagi :) so langkah pertama pastikan hangpa hantar Notis keilatan,Notis Keilatan tu kena hantar cepat2 beb jangan tunggu umur hangpa dah lebih 55 tahun..kalau lebih 55 tahun susah la beb..susah nak cakap nasib lu macam mana!banyak yang tak dapat kalau hantar Notis lebih umur 55 tahun!lebih umur 55 tahun tak lepas syarat kelayakan pemohon dan kalau nak cuba nasib jugak hangpa ne buktikan sakit kronik yang dihidapi tu telah melekat pada hangpa sebelum umur 55 tahun lagi!

Ala notis Keilatan tu senang je eh hangpa pi la ambik kat pejabat perkeso terdekat..percuma je brooo

7.Opsss tunggu sebelum hantar Notis Keilatan hangpa kenala siapkan dulu Laporan perubatan yang menerangkan sakit yang hangpa deritai..hangpa pi la kat mana2 hospital yang hang pa sentiasa mendapat rawatan disitu..dan belila laporan perubatan di situ dengan menggunakan Format Laporan Perubatan Perkeso..sebabnya dalam Format Laporan Perubatan Perkeso ianya cukup lengkap!

8.Maka bilamana semua dah ada jangan lupa salinan Kad pengenalan depan belakang...selepas tu hangpa bawala laporan perubatan,salinan kad pengenalan dan juga Notis Pemberitahuan Keilatan ke pejabat Perkeso berdekatan..dan hantarla disana!JANGAN SESEKALI MENGUNAKAN ORANG TENGAH DALAM SEMUA URUSAN ANDA!!!INGAT PESAN AKU ORANG TENGAH HANYA MEMBEBANKAN ANDA DAN LANGSUNG TIDAK MEMBANTU!PIHAK PERKESO MENYEDIAKAN PELBAGAI PERTOLONGAN KEPADA ANDA TANPA MEMENTA BAYARAN SE SEN PUN!MAKA JAUHILAH KHIDMAT ORANG TENGAH YANG CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KERUH YANG CUBA MENCARI KEUNTUNGAN DARI KESUSAHAN DAN KESEMPITAN HIDUP ORANG LAIN!

9.Selepas hantar borang semuanya maka hangpa tunggulah tak lama prosesnya, anda akan dipanggil untuk ke Jemaah Doktor (JD)Jemaah doktor akan bersidang untuk menentukan hangpa betul2 menghidapi Keilatan atau tidak. Jemaah Doktor (JD) ni bukan sebarangan doktor beb..oktor pakar, jadi hangpa tak payah dok berlakon sakit la..semua dalam poket dorang jangan buang masa la woiii...ingat sama ada hangpa layak Ilat atau tidak bukan pihak perkeso tentutan namun ia ditentukan oleh Jemaah Doktor ini.

10.Bila selesai menghadiri Jemaah Doktor(JD)pihak perkeso akan memaklumkan keputusan JD(Jemaah Doktor)sama ada hangpa menghidapati Keilatan atau tidak. Jika anda disahkan menghidapati Keilatan dan caruman cukup maka dapatla PENCEN ILAT,pencen Ilat ni anda akan nimkati hinggalah hangpa pulih sepenuhnya atau kalau tak pulih2 sampaila dapat pencen Ilat sampai hangpa mati..jika hangpa mati pencen Ilat bertukar menjadi pencen Penakat untuk waris2 hangpa la. Jangan buat pening plak senang sangat ayat aku guna harap paham hehehe..bab pencen penakat dah berbuih mulut aku cerita tak faham lantak korangla!

nii contoh keputusannya..xleh tunjuk penuhla brooo..dokumen kerajaan :)

Ok lah..aku nak kemas barang2 nak balik kampung beb

selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan geng :)





57 ulasan:

  1. T.kasih bro..satu info yg berguna utk dikongsi. Tak semua yg tahu perkara ini. Nak tanya kalau permohonan pencen ilat itu ditolak dan rayuan juga gagal apa yg perlu dibuat. Kedua, sekiranya selepas umur 55 tahun stlh permohonan sblm,nya ditolak, blhkah kita memohon utk dptkan pencen ilat sekiranya keadaan pemohon disahkan doktor pemohon sblm ini berada dlm keadaan kronik Atau sekiranya pemohon sblm ini tlh memohon seblm umur 55 pencen ilat itu gagal tt meninggal dunia stlh berumur lebih 55 tahun layakkah waris menerima pencen penakat.

    BalasPadam
  2. Saya ada penyakit jantung, boleh bekerja, cuma tiada employer yang nak ambil sebagai pekerja. Layak jugak ker nak memohon?


    atau mereka yg sakit jantung, dah kronik atas katil tak boleh gerak jer yang layak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila faham dengan betul sepertima saya nyatakan diatas..Ilat untuk kronik aje dan yang layak ilat ada syarat2 cukup caruman dan disahan ilat oleh jemaah doktor...kalu dah boleh kerja itu bukan ilat la

      Padam
  3. saya baru jalani by-pass jantung dan dah mula kerja semula tapi kerap sakit selalu MC. ada kah saya layak mohon pencen ilat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. din mafia salam...pehhhh name bikin wa gentarrrr beb hahaha..

      1.Din tak salah untuk cuba pohon...cuma antara dapat dan tidak tu akan diputuskan Oleh jemaah doktor...tertakluk pada kelayakan caruman dan umur ...

      wasalam

      Padam
  4. salam... Kami baru sahaja berumahtangga bulan Februri lepas dan Allah sedang menguji kami. suami saya mengalami kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja pada awal April dan mendapat rawatan di hospital. melalui xray y dijalankan doktor mendapati ibu jari kanan suami patah dan sehingga kini suami mendapat MC selama 1 bulan sehingga 2/5/2013. adakah suami saya layak memohon ilat dan berapa minimum ilat. suami saya bekerja sebagai mekanik, basic bulanan RM 1.7K. Harap sudi memberikan perjelasan. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam:terlebih dahulu saya ucapkan selamat pengantin baru geng hehehehe bestkkan kah win :)

      1.Puan....berkenaan kemalangan yang menimpa suami puan yang dikatakan dalam perjlanan ke tempat kerja..maka berdasarkan apa yang puan ceritakan diatas tadi sudah jelas suami puan TAK LAYAK UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT..PENCEN ILAT HANYA UNTUK PENYAKIT YANG KRONIK YANG SUDAH TAK MAMPU UNTUK BEKERJA SEPERTIMANA YANG SAYA JELASKAN DIATAS...

      2.WALAU BAGAIMANAPUN SUAMI PUAN LAYAK UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KEMALANGAN DENGAN PIHAK PERKESO CARANYA MINTA MAJIKAN SUAMI PUAN LAPOR KEMALANGAN INI PADA PIHAK PERKESO DENGAN SEGERA YAKNI DENGAN MENGISI BORANG 21...

      3.HARAP PUAN BERTANYA PADA MAJIKAN SUAMI PUAN ADAKAH SUAMI PUAN DICARUM DENGAN PIHAK PERKESO..

      WASALAM

      Padam
  5. salam, saya memohon pencen ilat dan saya sudah setahun berhenti kerja, sewaktu hendak mengisi borang saya dapati ada borang yang di isi oleh majikan. adakah itu perlu diisi oleh bekas majikan sedangkan saya telah setahun berhenti kerja dan memandangkan tempat kerja saya dahulu di kl, sekarang saya sakit dan berada di rumah ibu saya di johor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam encik:Jika sekiranya encik telah berhenti kerja lebih kurang setahun maka TIDAK PERLULAH UNTUK MAJIKAN MENGISI LAMPIRAN MAJIKAN TERSEBUT..MEMADAILAH MENGISI NOTIS ILAT DAN DILAMPIRKAN DENGAN LAPORAN PERUBATAN DISERTAKAN DENGAN SALINAN KAD PENGENALAN..

      wasalam

      Padam
  6. salam...

    sijil perakuan beranak tu surat beranak ker??? memang diperlukan atau cukup dgn salinan kad pengenalan sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..surat beranak dokumen wajib puan..dan ia diperlukan.

      wasalam

      Padam
  7. assalamualaikum..slps proses jemaah doktor bila kputusan yg kita layak atau tidak dpt pencen ilat,hari yang sama ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekejap aje puan hehehehe dalam masa 3-4 hari dah boleh tahu

      Padam
  8. assalaaaam....kalau hilang sebelah penglihatan akibat kemalangan semasa balik dari tempat kerja dan telah mendapat kad OKU boleh x nak minta pencen ilat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam ..tuan boleh aje minta tapi dapat atau tidak ianya berdasarkan pertimbangan Jemaah Doktor (JD) dan ianya juga tertakluk kepada syarat kelayakan caruman yang tuan ade..sebenarnya jika dapat bencana semasa balik kerja Tuan boleh mohon tuntutan kemalangan dan tuntutan hilang upaya kekal

      wasalam

      Padam
  9. Minta maaf ye t'over marah lak sbnrnye sy salah sorang pesakit yg mohon pencen ilat disebabkan sakit stroke umur sy 30, rata2 org byk ckp yg sakit stroke ni susah nak diluluskan permohonan nye smpai la sy sendiri cb mohon... bila time jmpe jemaah dokter tu dokter cm bg tau sy masih muda lg tak layak mohon pencen ilat masih boleh bekerja lg... tampa check keadaan sy langsung tu yg buat sy rs x puas hati dgn keputusan jemaah dokter ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha wasalam zam..semoga cepat sembuh...saya cuma berkongsi info sahaja tanpa dibayar oleh sesiapa..saya wakafkan ilmu yangs aya beri untuk amal saya dikemudia hari...nak sedakah wang ringgit saya tak mampu..gaji pun cukup2 makan pakai anak isteri je..

      2.Untuk makluman zam kategori penyakit stroke ni banyak zam..ada stroke 100 percen lumpuh ada storoke yang 50 percen lumpuh dan ada juga storoke ringgan...biasanya storoke ringgan itu yang biasa tak dapat pencen ilat sebab stroke bulih pulih melalui fisoterapi zam..inshaallah berkat doa dan latihan disiplin makan minum fisioterapi ikut jadual inshaallah akan pulih..semangat kena kuat.

      3.Berkenaan Jemaah doctor ya...Jemaah doctor itu yang tentutan pesakit/pemohon layak disahkan mendapat ilat/mengidap keulatan atau sebaliknya berdasarkan LAPORAN PERUBATAN DARI HOSPITAL YANG MERAWAT zam/pesakit..untuk makluman zam dan kawan2 semua biasanya doctor akan mengkajid an membaca LAPORAN PERUBATAN itu terlebih dahulu kerana setiap perkembangan sakit dan sejarah perunatan seseorang berada dalam LAPORAN PERUBATAN ITU...lalu ia diputuskan mengikut laporan itu la..

      4.Jemah Doktor itu TIADA KAITAN DENGAN PERKESO..ianya DOKTOR YANG dilantik kerajaan yang JUGA DARI KALANAGAN DOKTOR PAKAR HOSPITAL KERJAAN..maka dalam bab doctor ini perkeso tidak boleh buat apa2..mereka lebih arif dari segi perubatan.

      5.Namun jika sekiranya tidak berpuas hati dengan mereka RAYUAN BOLEH DIBUAT itu tak menjadi masalah...boleh buat rayuan dengan percuma..bahkan ia akan diteliti pula PANEL2 doctor lain..jangan risau zam ia tak bias.

      6.Nasihat saya untuk zam..jika sekiranya permohonan tidak Berjaya zam boleh buat permohnan lagi ia tiada limit...contohnya mungkin tahun ini strokenya tidak teruk namun tahun depan semakin teruk sehingga lumpuh sepenuhnya sudah pasti para Jemaah doctor akan menilai kembali dan sudah pasti keputusannya akan berubah...sebagai contoh zam...penyakit kanser ada 4 tahap....mungkin tahap 1-3 permohonan ditolah namun jika ia masuk tahap 3-4 yang kronik yang menyebabkan ia tidak boleh bekerja sudah pasti permohonan ilatnya dilulus..

      6.Saya Mendoakan zam cepat sembuh..dikala usia muda kita mesti kuatkan semangat..zam perlukan apa2 nasihat inshaallah Tanya la saya..saya sedia berkongsia apa sahaja maklumat dengan ikhlas.

      wasalam

      Padam
    2. sory zam lambat balas..wa balik kampong raya haji beb..korban makan lembu wooooo...kampong wa masuk dalam sempadam Thailand tak de tenet2 ni hehehe pasang talian telefon depa dok curi kabel wakakakaka..data tak leh guna masuk Thailand je habis top up krediat wa geng ...

      Padam
  10. Assalamualaikum tn. Alhamdulillah saya baru dapat keputusan dari jemaah doktor meluluskan untuk pencen ilat. Saya nak tahu cara pengiraan pencen ilat ini dibuat. Saya telah mencarum agak lama dari 1994 hingga 2007. Kemudian saya telah berhenti kerja dan membuat perniagaan kecil-kecilan. Berapakah anggaran pencen ilat yg bakal saya terima. Terima kasih atas bantuan.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Nak tahu, boleh tak dapatkan borang secara muat turun? Dalam portal tiada atau memang perlu ambil di pejabat perkeso sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam bro..borang boeh aje muat turun dalam web perkeso ada ada kat web tu hehehe..tapi kalau opis perkeso depat maka pi ambik lagi best hehehehe leh gak borak2 kat opis dan tanya apa yang perlu kan kan

      Padam
  12. Assalamualaikum, saya berumur 49thn dan tidak lagi bekerja. saya telah disahkan oleh doktor pakar kerajaan mengidap Glaukoma ( hilang penglihatan mata kanan ).
    Adakah penyakit saya ni dikira kronik dan layak pohon pencen illat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam yooo puan..pertamanya perlu tengok kelayakan caruman dulu puan...caranya sila ke pejabat perkesop terdekatd an puan pi semakla kelayakan caruman cukup syarat atau tidak untuk mohon pencen ilat...dan kalau cukup syarat maka bolehlah isi borang untuk mohon pencen ILat...LAYAK ATAU TIDAK ia BERGANTUNG ATAS keputusanJEMAAH DOKTOR hehehe depa la yang akan periksa puan..cuba mohon puan belum cuba belum tauuu

      wasalam...

      Padam
  13. Salam
    .nak tanya...betul kah jika pencen ilat,lesen memandu akan ditarik?(ada dengar dari kwn2), laporan perubatan mesti dari hosp kerajaan sahaja ke?atau boleh dari hosp swasta? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam dindaku Eriyah
      1.Hahahahaha kakakakaka ITU TAK BETUL SAMA SEKALI geng ajaran sesat mana yang kata macam tu wahai dindakuuuuuu TAK BETULLLL bukan kuasa perkeso nak tarik2 lesen memandu ni adoiiii PESAN SAYA JANGAN DOK DENGAR NASIHAT DARI ORANG YANG TAK TAHU APA2 hahaha kalau ada musykil mai kat opis perkeso saya habaq panjang2 kikiki...tak betul tu puan.

      2.Berkenaan laporan perubatan puan harus dapatkan laporan perubatan ditempat/hopital yang merawat puan...kalau yang merawat puan hospital swasta maka puan pergila dapatkan laporan kat sana x jadi masalah puan.

      3.Maaf banyak2 puan lambat nak reply..INTERNET kat rumah saya ada masalah...P1 la niiiii hampeh tul hahaha

      Padam
    2. Sy pesakit buah pinggang kronik tahap 5.. skrang sy mnjalani peritoneal dialysis(cuci air) di rumah.. utk pengetahuan tuan, sy bkerja brmula dsember 2015 hga skrang... spnjg bkerja 2 biasa dh keluar msk hospital.. dan skrg ni sy brhajat utk berhenti kerja sb sy rasa mcm xleh fokus utk kerja.. jadi sy nk tanya layakkah sy memohon dan brapakah keparatusan lulus prmohonan sy nnti?

      Padam
    3. Assalamualaikum w.b.t puan..saya doakan puan sentiasa sihat,
      1.Puan nasihat saya puan SEGERA ke pejabat PERKESO terdekat untuk buat tuntutan Pencen Ilat,Jangan bertangguh lagi puan!!!!

      2.Ingat puan SEGERA ke pejabat Perkeso terdekat!Inshallah permohonan puan akan dirujuk ke Jemaah Dotor dan pihak Jemaah Doktor kan putuskan..INshallah puan MOHONLA SEGERA

      Padam
  14. AsSalam Tuan, nak minta pandangan tuan. Saya telah dapat hilang upaya kekal kerana kemalangan tahun 1996. Cacat di kaki dan tidak boleh berjalan selama setahun. Lepas dari itu, bila saya telah boleh berjalan (walaupun cacat) hingga sekarang, saya bekerja.
    Masalah mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini, mgkin kerana factor usia (43thn) atau kesan cedera parah dulu. Saya mempunyai doctor yang merawat saya. Layakkah saya memohon pencen ilat ? Kerana tidak sanggup lagi menahan sakit2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Dee..mohonla die tak daks apa yang BOLEH HALANG ITU HAK KITA!!!sape yang tak bagi nak cliam habaq mai hahahaha itu hak kita maka ambil peluang claim lah tak jadi masalah..

      wasalam dee

      Padam
  15. asalamualaikum.
    saya telah submit borang perkeso dekat hospital yang merawat saya dahulu.
    Saya mengidap kanser germ cell tumor stage 4.
    dah melalui chemotheraphy dan lain lain.
    sekarang memang susah nak carik kerja sebab jika mereka tahu saya sakit, serta merta mereka reject.
    + saya selalu naik turun hospital sebab sakit di bahagian dada.
    layak ke saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalams emoga puan cepat sihat aminnnn
      1.Puan bolehs aya tahu puan submit kat hospital borang apa ye?saya syorkan puan mohon pencen Ilat...cepat puan bertindak plzzzz

      Padam
  16. Salam... Maaf nak bertanya tentang bayaran pencen ilat. Saya difahamkan pencen ilat dibayar jika pekerja tersebut sudah berhenti kerja. Tapi bagaimana jika pemohon pencen ilat belum diberhentikan lagi atas sebab terikat dgn polisi company walaupun tidak dibayar gaji lagi.

    Selepas habes contract barulah pemohon hantar surat berhenti iaitu beberapa bulan selepas menghantar notis ilat kepada perkeso.

    Jadi jika disahkan ilat oleh jemaah doctor, bayaran pencen ilat bermula drpd tarikh hantar notis ilat atau ikut tarikh berhenti kerja di hantar?

    Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro irwan peh marcello hehehe
      1.Byaran pencen ilat AKAN BERKUATKUASA SETELAH penerima pencen ilat BERHENTI KERJA..maknyanya berhenti kerja baru pencen dikira sekali tak berhenti ILAT DIGANTUNG walaupun keputusan Jemaah Doktor(JD)telah sahkan pekerja disahkan mengalami atau mengidapai KEILATAN...kejam majikan kalau tak lepaskan pekerja berhenti kerja..depa yang disahkan ILAT adalah depa yang mengalami sakit kronik dan tak terdaya lagi untuk kerja..BUAT apa kompeni nak TAHAN2 lepas la cara baik.

      wasalam

      Padam
  17. Salam,saya umur 28,sakit buah pinggang dan dh dylisis.saya pernah bekerja dan carum perkeso selama setahun.layak kah saya dpt pencen ilat? Gaji dulu rm2500..kalau sy layak boleh dpt kadar bayaran brp sbln?
    *saya sdg uruskan permohonan pencen ilat ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam saya doakan Nur cepat sihat
      1.Inshallah puan untuk kemudahan dialysis inshallah puan layak..ada 12 bulan caruman sudah cukup untuk melayakkan puan mendapat kemudahan dialysis yang disediakan pihak perkeso.

      2.Untuk pencen Ilat terutama melibatkan pencen perlu lihat caruman puan dulu sekurang kurangnya ada 24 bulan dari tempoh 40 bulan untuk kelayakan penuh..apa pun ia bergantung pada keputusan Jemaah Doktor juga,dan bagi kes dialysis biasanya x de masalah puan

      Padam
  18. Salam..suami sy menghidap penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan bypass pada march 2015..pd bulan 6 2015 suami telah memohon pencen ilat..dn pada bulan 12 2015 dah disahkan ilat oleh jemaah doktor..wbagaimanapun pihak perkeso mengatakan caruman suami masih blm mencukupi..sedangkan suami telah bekerja lama dgn agensi swasta..samaada caruman tidak dibayar atau dibayar oleh majikan tpi tiada rekod dlm sistem perkeso..pegawai perkeso menyuruh suami membuat surat pembatalan pencen ilat atas sebab suami masih lagi bekerja..Dan menasihatkn suami terus bekerja sehingga disember 2016 dan memohon semula pencen ilat pada januari 2017..tapi pada julai 2016..setelah membuat semakan dgn pegawai socso..caruman suami mencukupi 25 bulan utk 4 tahun terkini pada bulan september 2016..kerana berlaku kesilapan dlm system socso Yg mana majikan telah membuat caruman..tp dlm system socso tiada caruman dicatatkn..suami membuat keputusan berhenti kerja pada sep 2016 kerana sering sakit dada akibat sakit jantung n pembedahan bypass..lagipun menurut pegawai socso suami perlu berhenti kerja sebelum memohon pencen ilat..setelah selesai proses permohonan kedua pencen ilat..tak lama kemudian suami dipanggil jemaah doktor..wbagaimanapun keputusan jemaah doktor menyatakan yg suami tidak mengalami keilatan dan masih boleh bekerja..kami kehilangan punca sbb mengharapkan pencen ilat tersebut..company lama suami tidak mahu terima suami kerja semula setelah tahu suami sakit..skrg suami berumur 54 tahun..Dan suami tengah membuat rayuan utk permohonan pencen ilat kedua..soalan saya disini..sejauh manakah telusnya jemaah doktor yg dilantik socso?..sbb permohonan pertama..suami diishtiharkn menghidapi keilatan..tp pada permohonan kedua..suami diishtiharkan tidak menghidapi keilatan..seolah2 pihak socso cuba sedaya upaya mengelak pencarum yg layak utk menerima pencen ilat..penyakit jantung juga merupakan antara penyakit kritikal yg dipertimbangkan untuk pencen ilat..semua syarat kelayakan telah dipenuhi oleh suami..tp masih gagal..agensi (ngo)mana yg boleh membantu suami mendapatkan pencen ilat? sebagai pencarum suami mmg sangat mengharapkan pencen ilat tersebut..dan socso sebagai badan yg menguruskan bagi pihak kerajaan hendaklah telus dan amanah..tp seolah olah bersikap acuh tak acuh terhadap penderitaan yg dideritai oleh pencarum socso..banyak lagi kes kegagalan permohonan pencen ilat atas sebab yg tak munasabah yg tidak mendapat pembelaan..mohon individu atau badan2 yg mempunyai kuasa(ngo)tampil kehadapan untuk membantu pencarum yg layak mendapatkan hak utk memperolehi pencen ilat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan saya cukup2 bersimpati dengan nasib suami puan JIKA BENAR seperti puan katakana..saya akan cuba buat semakan sama ada betul atau tidak sebagaimana dakwaan puan dan Inshallahs aya akan kemukakan balik di sini.

      2.Sejujurnya semua keputusan ILat atau tidak ianya adalah keputusan 100% Jemaah Doktor yang terdiri dari pakar2 Perubatan Hospital Kerajaan,maka ianya terletak pada mereka..ada kes apabila dibuat PEMBEDAHAN pesakit yang sakit BOLEH PULIH KEMBALI dan KELUAR DARI ZON KRONIK dan boleh kembali sihat dan boleh KEMBALI BEKERJA MMAKA PEMBEDAHAN ITU BERJAYA MEMULIHKAN NYA dan jika Berjaya dan pesakit kembali sihat maka memang benar lah keputusan JEMAAH DOKTOR itu tidak memberi ILAT atas sebab pesakit telah pulih selepas membuat pembedahan..SEBALIKNYA jika pembedahan itu gagal dan pesakit masih dalam keadaan KRONIK maka selalunya pesakit akan disahkan mengalami keilatan kerana tidak berupaya untuk pulih dan tidak lagi mampu untuk bekerja.itu adalah sebahagian dari pengalaman saya puan..BANYAK KES yang dapat ILAT dan PESAKIT KEMBALI PULIH MAKA PENCEN ILAT AKAN DI TARIK BALIK PUAN contoh yang ketara adalah pesakit strok...mula2 kena memang lumpuh habis dan PADA KETIKA ITU MEMANG PESAKIT DISAHKAN ILAT dan menerima pencen ILAT..namun HASIL FISIOTERAPY yang berpanjangan pesakit kembali pulih dan mampu untuk kembali bekerja ia kita panggil program RTW(Return To Work)maka bila kembali pulih pencen ILAT TADI DITARIK BALIK.

      3.Pada saya puan jangan putus asa sebab suai puan masih dibawah usia 60 tahun dan layak memohon ilat sepanjang tahun sebelum mencapai umur 60 tahun,Nasihat saya puan jangan putus ASA,pertamanyanya permohonan ILAT kali kedua boleh dibuat dengan kemukakan laporan perubatan TERKINI dan sekiranya gagal jangan putus asa silat BUAT RAYUAN KE JEMAAH DOKTOR RAYUAN (JDR)Jemaah DOKTOR RAYUAN lebih tinggi kuasanya dari JEMAAH DOKTOR KHAS(JDK) yang sentiasa mendengard an memutuskan kes2 permohonan pencen Ilat.

      4.Doa saya moga2 suami puan kembali sembuh seperti sedia kala,Inshallah puan rezeki puan ada!!Jangan putus asa saya doakan puan Berjaya.

      wasalam

      Padam
    2. Assalam tuan...nk tnyer slps tuntutan faedah cacat kekal blh x sy mohon pencen ilat walaupun kini sy masih x blh kerja.dh sthn lebih sy x blh bekerja tu cr nafkah kluarga.

      Padam
  19. Hi . Suami saya tinggal penglihatan 30-40% je sbb kencing manis . Dah gi jumpa doctor jemaah. Dah tunggu 1 bulan tapi belum dapat result . Boleh advise . Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi mis Celia..Suami puan mohon pencen Ilat kan?
      saya berpendapat elok sahaja puan celia ke pejabat perkeso yang menguruskan tuntutan Pencen Ilat suami puan,sepatutnya keputusan Jemaah Doktor itu puan telah ketahui keputusannya,mungkin pos tak sampai dan puan tidak terima suratnya..

      2.Sila puan ke pejabat perkeso dan bertanyakan status tuntutan/keputusan Jemaah doctor tersebut..jangan risau depa tak marah :)

      Padam
  20. Assalamualaikum, saya nk tanya bolehkah saya tuntut pencen ilat sekiranya telah berhenti kerja sebagai kerani pada umur 48thn. Sebab umur saya ni agak sukar mendapat kerja kerani dan tak de orang nk amik kerja. Buat sementara ini saya sekarang jaga anak orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam hehehe untuk makluman puan Pencen Ilat ni Pencen yang diberi bilamana pihak penuntut mendapat Penyakit KRONIK yang menyebabkan ia tidak mampu lagi bekerja seperti kanser,sakit buah pinggang dan lain2 dan ianya tertakluk pada PENILAIAN JEMAAH DOKTOR(JD)hehehe kalau kita sihat dan boleh bekerja Pencen Ilat ni tak leh tuntut la dan untuk tuntut Pencen Ilat ni juga mesti ada kelayakan dari segi caruman dan umur berada sebelum 60 tahun puan.

      wasalam

      Padam
    2. as Salam, Tuan. Saya telah menjalani pembedahan implant kaki dan lutut permanent, doktor pakar benarkan saya bekerja. Saya masih boleh mohon keilatan lain tak? kalau Pencen Ilat, memang tak layak dah, sbb masih mampu bekerja.

      Padam
    3. wasalam tuan..tuan buat pembedahan adalah ia kerana jatuh di tempat kerja?kalau tak jatuh di tempat kerja atau kemalangan masa pergi dan balik kerja maka tiada tuntutan lain tuan,ini kerana kalau mohon pencen ilat seandainya tuan masih mampu bekerja maka biasanya ilat tidak akan dapat tuan..lain la kalau tuan terlibat dalam apa juga kemalangan yang berkaitan kerja?

      2.Namun boleh saya tahu apa kerja tuan dan bagaimana pekerja harian tuan?

      Padam
    4. Terima kasih atas maklum balas segera, tuan. Saya bekerja sebagai kerani. Kebanyakan kerja hanya duduk dan melibatkan komputer sahaja. Untuk pengetahuan tuan, sebelum ni saya menghidap kanser tulang dan penyakit tidak berkait dengan kerja. Alhamdulillah, sekarang sudah sembuh, doktor galakkan saya bekerja dan fisio. Jadi, saya memang tak layak mohon sebarang ilat ke, tuan?

      Padam
    5. oooo..saya baru faham..saya syorkan puan terima cadangan doctor terbabit..puan teruskan fisio inshallah puan akan pulih dan kembali sihat dan bertenaga Inshallah..untuk makluman puan memang puan dalam kategori boleh bekerja dans aya syorkan puan teruskan bekerja dengan kuat dan bertenaga Inshallah.

      2.Untuk Pencen Ilat SEKIRANYA puan sakit sehingga menyebabkan tidak mampu lagi untuk bekerja dans akit itu tidak akan pulih maka saya syor mohon pencen ilat!Namuns elagi puan mampu bekerja dan telah sihat teruskan lah bekerja..untuk makluman puan pencen ilat ini hanya untuk pesakit yang kronik sahaja puan dan keilatan ditentukan oleh pihak Jemaah Doktor(JD) dan bukannya pihak Perkeso

      wasalam

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  21. salam. Saya nak tanya pasal laporan perubatan. Kalau amek dari klinik yg selalu kite check boleh ke tak ye?

    Kalau nak mohon laporan perubatab di hospital mcm mana ye? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan Isteri MR.B hehe
      1.Untuk makluman puan laporan perubatan sememangnya diambil ditempat yang baisa puan mendapatkan rawatan.

      wasalam

      Padam
  22. Assalamualaikum Tuan, maaf menganggu, nk bertanya sy pernah menjalani pembedahan buang buah pinggang sebelah di sebab kan kanser, selepas 1lebih sy jalani rawatan lagi kini dalam proses pembedahan buang rahim atas nasehat doktor. Untuk pengetahuan sy dah 7tahun berhenti kerja. Apakah permohonan yg boleh sy mohon di perkeso. Dgn tahap kesihatan sy yg mudah letih untuk berdiri lama pun tak boleh.. Kasihan suami yg buat semua urusan rumah dan selalu mengurut sy bila letih.. Mohon nasehat Tuan PM wssp sy 01127751892 urgent. Semoga Allah yg membalas jasa baek Tuan yg Budiman Aamiiin3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam semoga puan cepat pulih saya doakan puan.
      1.Nasihat saya puan ke pejabat Perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan caruman untuk memohon PENCEN ILAT dari pihak PERKESO..segera ke sana puan..saya doakan caruman puan mengcukupi!!!

      2.Dan untuk bantuan Ilat pula kadar kelayakan Caruman adalah 12 caruman sahaja,bantuan ilat juga penting dimana bantuan2 hemodalisis dengan pengesyoran pihak Jemaah Doktor boleh diberi pada puan begitu juga khidmat rehabilitasi..Ayuh puan segera ke pejabat PERKESO terdekat untuk membuat semakan kelayakan CARUMAN!!!

      3.Saya faham besar dugaan puan hadapi NAMUN puan kena KUAT!!!

      Padam
  23. Assalamualaikum.boleh kah pesakit hepatitis mohon pencen ilat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam,
      TUan apa sahaja penyakit KRONIK boleh sahaja mohon Pencen ILat dengan syarat cukup kelayakan CARUMAN dan kelayan UMUR yakni belum mencapai umur 60 tahun, dan mempunyai caruman 24 caruman dalam tempoh 40 bulan bekerja.

      wasalam

      Padam
  24. As salam cik. Pesakit kanser selain dr pencen ila tuntutan ape lg yg blg pesakit kanser tuntut di perkeso. Terima kasih..😊😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan,semoga puan cepat pulih dan bertenaga!
      1.Boleh saya tahu puan kerja apa dan ruang lingkup kerja puan?

      2.Kanser apa yang puan hidapi dan tahapnya?Pada kebiasaanya Pencen Ilat adalah jenis tuntutan yang paling tepat untuk puan tuntut Perkeso,walau bagaimanapun untuk pencen Ilat tahap kanser tahap 4 biasanya inshallah akan dapat Pencen Ilat itupun terpulang pada keputusan Jemaah Doktor puan.

      Namun begitu jika puan terdedah pada pekerjaan yang terdedah pada bahan kimia yang boelh menyumbang pada KANSER seperti plumbum dan sebagainya maka puan boleh juga mohon dibawah TUNTUTAN Penyakit KHIDMAT!

      Padam
  25. Askm tian. Nk tanya. Mak sy disahkn kanser payudara stage 3. Dh buat pambedahan dan sedang dlm rawatan kimoterapi. Adakh layak dpt pencen ilat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Puan saripah ..semoga ibu puan lekas sembuh.

      1.Puan Ibu kerja mana?umurnya berapa Puan?

      2.Kalau Ibu kerja swasta umurnya belum sampai 60 tahun dan buat caruman dengan pihak Perkeso BOLEH MOHON PENCEN ILAT!!!!

      3.Nasihats aya kalau nak tahu kelayakan caruman ini layak atau tidak maka bawa ibu atau kad pengenalan ibu ke mana mana pejabat Perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan caruman Tuntutan Pencen Ilat..Inshallah kakitangan Kaunter Perekso akan memberi khidmat Terbaik pada Puan

      Padam