Khamis, 26 Julai 2012

kes FOT@cleaner ILP Mersing


1.Sekarang banyak betul kes kemalangan pergi dan balik kerja,jenuh aku nak ke hulu kehilir..nak buat macam mana dah kerja. 2 hari lepas aku ke kampung wak salam dekat jemaluang mersing,sepertimana post aku yang lepas mak cik cleaner ni dalam perjalanan nak masuk kerja dengan menunggang motosikal telah dilanggar kereta dari arah bertentangan di KM 7 jalan jemaluang mersing,mungkin kerna hujan janlan sedikit licin kereta dari arah hadapan berpusing pusing lalu masuk ke laluan mak cik ni llalu melanggarnya..beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital mersing.


2.Dua tiga hari kejadian berlaku aku segera diarah siasat kes ini..mak cik ni kerja sebagai cleaner di ILP mersing,ada 4 orang anak..3 anak arwah masih bersekolah,yang sulung umur dah lebih 21 tahun jadi hanya 3 anak saja la yang layak mendapat bahagian pencen Faedah Orang tanggungan (FOT) selain dari suaminya..


3.Aku sebenarnya amat simpati dengan keluarga ini, mereka bukan orang senang..namun Alhamdulilah kerajaan ada bantu bagi rumah melalu program E- kasih aku rasanya..lau tak silap baru 3 bukan depa dapat rumah ni..

4.Setelah siasatan dilakukan sememangnya didapati mak cik ni dalam perjalanan ke tempat kerja ketika terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia..maka kes ini telah diklasifikasikan kes bencana kerja mengikut seksyen 24(1)(A)AKSP 1969 maka secara tidak langsung membolehkan suaminya menerima pencen faedah orang tanggungan untuk seumur hidupnya..dan tiga anak mereka pula akan  mendapat syer/bahagian pencen FOT itu sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat Ijazah pertama..


5.Dan seandainya anak2 ni bijak pandai dan berjaya masuk universti maka depa ni boleh memohon pinjaman pelajaran dengan pihak perkeso...cara2 mohon pinjaman pendidikan dengan pihak perkeso aku dah cerita dalam pos yang lalu..

6.Pasal tu la aku selalu habaq kalau la hangpa kerja pastikanlah majikan mencarum dengan perkeso..aku takut jadi sesuatu yang tak diingini susahla kemudian hari..kecualila kalau mak ayah kira hartawan atau jutawan...maka itu tak jadi masalah la bekali nak teruskan hidup..jika hangpa dapati majikan hangpa tak mencarum dengan perkeso hangpa pi la buat aduan kat mana2 pejabat perkeso terdekat..jangan risau jangan kuatir maklumat anda dirahsiakan!


7.Untuk kes mak cik ini telah selesai dan bayaran Faedah pengurusan mayat (FPM) telah pun dibayar..manakala bayaran pencen bulanan untuk seumur hidup suaminya juga telah selesai di proses..Alhamdulilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan